SARA RM100 2025 : SEMAK SEGERA STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKAD

SARA RM100 2025 : SEMAK SEGERA STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKAD

Bantuan SARA RM100 tahun 2025 merupakan salah satu inisiatif penting di bawah program SARA MyKasih, yang diperkenalkan bagi membantu rakyat menangani beban kos sara hidup yang kian meningkat. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan dana khas untuk memastikan bantuan ini dapat dinikmati oleh golongan B40 dan M40 yang layak, tanpa mengira latar belakang. Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad penerima, dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai serta pasar raya terpilih. Inisiatif ini bukan sahaja menambah baik kebajikan rakyat, malah mencerminkan iltizam kerajaan dalam membina masyarakat MADANI yang lebih sejahtera dan saksama.

Artikel ini akan membimbing anda untuk menyemak status kelayakan bantuan SARA RM100 2025, beserta panduan penggunaan dan tarikh penting yang perlu diberi perhatian.

BACA JUGA: SEMAK BANTUAN TERKINI RM100 SARA ONE OFF UNTUK SEMUA

SYARAT KELAYAKAN SARA RM100

Untuk melayakkan diri menerima bantuan, pemohon mestilah memenuhi beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA

Tarikh pembayaran bantuan SARA berbeza mengikut kategori penerima yang layak, seperti yang diperincikan berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BANTUAN SARA 2025

Penerima bantuan SARA akan menerima jumlah bantuan yang berbeza secara tanpa tunai di dalam MyKad mereka mengikut kategori kelayakan. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*TERKINI DAN RASMI SARA UNTUK SEMUA BANTUAN TAMBAHAN RM100

  • Mulai 31 Ogos 2025, semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad di bawah program SARA.
  • Isi rumah juga boleh menerima jumlah lebih tinggi jika ada lebih daripada seorang penerima berumur 18 tahun ke atas.
  • Contohnya, keluarga 3 orang dewasa iaitu Suami (RM100), Isteri (RM100), 1 Orang Anak masih belajar di IPT (RM100).
  • Bantuan ini boleh dibelanjakan di lebih 4100 kedai runcit atau pasar raya untuk pembelian barangan asas sehingga bantuan tamat pada 31 Disember 2025.
  • Untuk info lebih lanjut, sila rujuk di sini.

CARA GUNA SARA RM100

Sebagai panduan kepada penerima bantuan, berikut ialah langkah-langkah yang boleh diikuti untuk menggunakan bantuan RM100 yang telah dimasukkan secara cashless ke dalam MyKad:

  1. Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
  2. Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
  3. Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
  4. Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
  5. Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
  7. Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.

SEMAKAN SARA RM100 2025

Dua cara untuk semakan online disediakan bagi penerima yang layak mendapat bantuan SARA RM100 ini. Rujuk platform rasmi dan langkah-langkah berikut untuk membuat semakan:

SEMAKAN SARA MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN SEMAKAN SARA RM100 2025
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

SEMAKAN SARA MELALUI PORTAL MYSTR

LOGIN SEMAKAN SARA RM100 2025
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi SARA RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment