Permohonan SYUKUR SABAH: Fasa 2 2025 Semakan Status Penerima Bayaran

Permohonan SYUKUR SABAH: Fasa 2 2025 Semakan Status Penerima Bayaran

Pengenalan

Kerajaan Negeri Sabah terus komited dalam memperjuangkan nasib rakyat berpendapatan rendah menerusi pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 (SYUKUR). Sebuah inisiatif bantuan tunai bersasar yang dirangka khusus bagi meringankan beban kos sara hidup golongan miskin dan miskin tegar.

Dilancarkan sebagai kesinambungan kepada usaha kerajaan negeri dalam memperluas jaringan perlindungan sosial, program ini menyasarkan Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dalam sistem eKasih dan menetap di Sabah secara sah.

Dengan pendekatan yang lebih inklusif dan kaedah penyaluran yang diperluas, termasuk terus ke akaun bank, pembayaran tunai, dan melalui e-dompet . Program SYUKUR 2025 bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi manifestasi tekad kerajaan negeri dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera, saksama dan berdaya tahan.

Baca Juga: Permohonan Lesen Memandu Percuma

Objektif Program

Anta objektif utama Program SYUKUR Sabah adalah:

  • Sokongan tambahan kepada golongan yang memerlukan agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih stabil.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah yang merupakan antara yang tertinggi di Malaysia
  • Meringankan bebanan kewangan dalam memenuhi keperluan asas dalam kehidupan rakyat Sabah.

Kelayakan Permohonan SYUKUR SABAH

Beberapa syarat telah ditetapkan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada golongan sasar yang benar-benar berkelayakan:

Kriteria asas

1) Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024 (perlu memenuhi semua kriteria berikut)

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.

Serta memenuhi salah satu kriteria berikut:

2) Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024; atau

3) Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Bagi kategori miskin

  • Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau

Bagi kategori miskin tegar

  • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
  • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah/ anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (c.ii) masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan KasihRakyat.

Penerima yang berkelayakan perlu memenuhi kesemua syarat kelayakan dalam para (1) dan memenuhi salah satu syarat kelayakan sama ada perkara (2) atau (3).

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Sabah

Semakan SYUKUR SABAH

Untuk Semakan kelayakan, semakan boleh dibuat melalui laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 dan aplikasi YONO Superapp:

1) Masukkan nombor MyKad untuk membuat semakan di laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat (https://syukur.sabah.gov.my/)

Semakan Kelayakan Bantuan SYUKUR SABAH

2) Semakan kelayakan juga boleh dibuat melalui aplikasi YONO Superapp ( https://yono.my/ )

Aplikasi YONO untuk semakan kelayakan dan permohonan bantuan SYUKUR SABAH

Kaedah Penyaluran bantuan SYUKUR Sabah

Penyaluran bantuan bagi Program SYUKUR oleh Kerajaan Negeri Sabah disalurkan melalui tiga kaedah bagi memastikan bantuan bulanan sampai terus kepada penerima yang layak:

  • Kredit Terus ke Akauan Bank
  • Pembayaran Tunai ( Sekiranya Tiada Akauan Bank )
  • Pengkreditan ke e-Wallet YONO Superapp

Jumlah dan Tarikh Pembayaran

Sumbangan bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan secara berperingkat dan mengikut fasa yang telah ditetapkan. Berikut merupakan tarikh dan jumlah bayaran bantuan:

Fasa Pengagihan

Fasa pengagihan sumbangan bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Jumlah Bayaran

FasaJumlah BantuanTarikh Bayaran
Fasa 1
Januari – Mac
Rm 900Februari
Fasa 2
April – Jun
Rm 900April
Fasa 3
Julai – September
Rm 900Ogos
Fasa 4
Oktober – Disember
Rm 900Oktober

Rujukan

  • Pangkalan Data e-Kasih (di bawah ICU JPM) ( https://ekasih.icu.gov.my )
    • Sistem rasmi untuk pengkalan data rakyat miskin/miskin tegar yang digunakan sebagai asas kelayakan penerima bantuan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian awam dan rujukan am sahaja. Segala data berkaitan tarikh permohonan, syarat kelayakan, kaedah semakan dan jumlah bantuan adalah berdasarkan sumber rasmi yang tersedia pada waktu penulisan, termasuk daripada portal kerajaan, kenyataan media dan laman web berkaitan.

Pihak penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perubahan, pindaan dasar, atau pengumuman terkini yang dibuat selepas artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan untuk memohon atau membuat semakan hendaklah dilakukan secara terus melalui saluran rasmi kerajaan Negeri Sabah, termasuk laman web Ketua Menteri Sabah di https://cm.sabah.gov.my dan agensi pelaksana berkaitan.

Leave a Comment