PERMOHONAN BARU BANTUAN STR : FASA 3 2025
Kerajaan Malaysia telah membuat tambahan nilai peruntukan sebanyak 3 billion ringgit untuk bantuan rakyat melalui Belanjawan 2025. Ini menjadikan nilai keseluruhan sebanyak 13 billion ringgit berbanding 10 billion ringgit pada tahun sebelumnya.
BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN MYKASIH
PENGENALAN
STR merupakn salah satu inisiatif dari kerajaan untuk rakyat malaysia yang berpendapatan rendah bagi menyokong kelangsungan hidup yang dengan beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Menyedari hakikat itu, kerajaan telah menawarkan bantuan yang bakal dimanfaatkan oleh 9 juta penerima di Malaysia.
Sudahkah anda membuat permohonan? Semak cara mohon di bawah sekarang.
JUMLAH BANTUAN DITERIMA
Jumlah bantuan STR yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori penerima. Semak panduan dibawah:
PENDAPATAN ISI RUMAH DIBAWAH RM2,500
- 5 orang anak kebawah: Rm2,500
- 3 & 4 orang anak: Rm2,000
- 1 & 2 orang anak: Rm 1,500
- Tiada anak: Rm1,000
PENDAPATAN ISI RUMAH RM2,501 HINGGA RM5,000
- 5 orang anak kebawah: Rm1,250
- 3 & 4 orang anak: Rm1,000
- 1 & 2 orang anak: Rm750
- Tiada anak: Rm500
WARGA EMAS TIADA PASANGAN PENDAPATAN BAWAH RM5,000
- Jumlah bantuan: Rm600
BUJANG PENDAPATAN BAWAH RM2,500
- Jumlah bantuan: Rm600
KELAYAKAN PERMOHONAN
Penetapan syarat ini adalah bagi membolehkan bantuan ini dapat diterima oleh gologan yang benar-benar memerlukan. Berikut merupakan syarat yang di tetapkan:
- Kategori isi rumah
- Pendapatan bulanan bawah rm5,000
- Berkahwin atau;
- Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Kategori warga emas tiada pasangan
- Bujang, ibu & bapa tunggal tiada anak
- Umur 60 tahun ke atas
- Pendapatan rm5,000 ke bawah
- Bujang
- Bujang, ibu & bapa tunggal tiada anak
- Berumur 21-59
- Bujang (OKU) 19 ke atas
- Bukan penuntut IPT sepenuh masa
- Pendapatan rm2,500 ke bawah
Nota: Penuntut IPT sepenuh masa bujang adalah tidak layak kerana nama telah tersenarai sebagai tanggungan keluarga.
PERMOHONAN BARU BANTUAN STR
Cara buat permohonan baru atau kemaskini:
- Buka laman rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik pada butang Permohonan Baru
- Isi maklumat pemohon
- Muat naik dokumen sokongan jika berkaitan
- Hantar permohonan

Nota bagi dokumen sokongan;
- Dokumen sokongan pengesahan status perkahwinan perlu dimuat naik sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan
- Sila pastikan dokumen yang dimuat naik tidak mempunyai kata laluan
- Sila pastikan saiz fail yang dimuat naik mengikut saiz yang dibenarkan (3MB) untuk satu fail
- Hanya tiga (3) dokumen yang dibenarkan muat naik
- Hanya jenis fail .pdf, .png, .jpg, .jpeg yang dibenarkan
KESIMPULAN
Bantuan kewangan STR kepada rakyat adalah kesinambungan daripada inisiatif sebelum ini. Berbeza dengan belanjawan 2025 kali ini, peningkatan kadar maksimum yang diterima isi rumah adalah meningkat sebanyak 4,600 ringgit. Dengan langkah permohonan yang mudah, diharapkan bantuan ini dapat dimanfaatkan oleh golongan sasar dan tidak tercicir.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut pemohon boleh menyemak laman rasmi atau berhubung terus:
- Laman rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR MoF: 03-8882 4565 / 8882 4566
- Emel: [email protected]
- Alamat: Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia(MOF), Presint 2, 62592, Putrajaya