PERMOHONAN BANTUAN RM500 UNTUK PENJAGAAN OKU & PESAKIT KRONIK TERLANTAR – (BPT) JKM
Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menawarkan Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT) sebanyak RM500 sebulan kepada penjaga yang layak.
Bantuan ini diberikan bagi menghargai pengorbanan penjaga yang menanggung beban dan tanggungjawab menjaga individu Orang Kurang Upaya (OKU) atau pesakit kronik terlantar daN tidak terlantar sepenuhnya di rumah.
Ketahui info lanjut tentang syarat kelayakan, cara permohonan & semakan status Bantuan RM500 di bawah ini.
BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE
APA ITU BANTUAN PENJAGAAN OKU & PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)?
Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT) ialah bantuan tunai bulanan RM500 yang diberikan kepada penjaga yang layak bagi menampung keperluan asas penjagaan.
Ia diberikan kepada penjaga yang menjaga sepenuh masa individu berikut:
- OKU yang tidak berupaya mengurus diri; atau
- Pesakit kronik yang terlantar di rumah dan memerlukan bantuan sepenuhnya dalam aktiviti harian.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN RM500
Syarat asas permohonan Bantuan RM500 BPT adalah seperti berikut:
Bagi Penjaga:
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Malaysia.
- Penjaga mestilah tinggal serumah dengan OKU/pesakit kronik yang dijaga.
- Tidak bekerja sepenuh masa atau tidak mempunyai pendapatan tetap (bawah RM5000 sebulan).
- Tidak menerima bantuan penjagaan lain dari agensi kerajaan yang sama jenis.
Bagi Individu Dijaga:
- Berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan JKM; atau
- Pesakit kronik yang disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan sebagai terlantar dan memerlukan penjagaan sepenuh masa.
- Tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan berdaftar.
BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG DIBERIKAN?
Penerima BPT yang layak akan menerima jumlah bantuan seperti butiran berikut:
| JUMLAH BANTUAN | CARA BAYARAN |
|---|---|
| RM500 sebulan bagi setiap individu yang dijaga (OKU/pesakit kronik terlantar). | Bayaran disalurkan setiap bulan melalui akaun bank atau secara tunai (bergantung kepada kaedah yang ditetapkan JKM). |
APA SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN?
Pemohon Bantuan RM500 perlu menyediakan dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan penjaga dan individu dijaga.
- Kad OKU JKM (jika individu dijaga ialah OKU).
- Laporan perubatan / surat pengesahan doktor kerajaan bagi pesakit kronik terlantar.
- Bil utiliti / bil air / bil elektrik sebagai bukti tempat tinggal.
- Gambar keadaan pesakit & rumah.
- Dokumen tambahan lain jika diminta oleh pegawai JKM.
CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 BPT
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) atau manual di pejabat JKM. Setiap permohonan yang di hantar akan melalui proses penilaian dan siasatan sebelum diluluskan. Rujuk langkah penuh di bawah bagi permohonan Bantuan RM500:
Permohonan Bantuan RM500 Secara Online (eBantuan JKM)
- Layari portal rasmi eBantuan JKM: https://ebantuanjkm.jkm.gov.my
- Daftar akaun pengguna (jika belum ada).
- Isi maklumat peribadi & butiran tanggungan dalam sistem.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan
- Hantar permohonan secara online.
- Pemohon akan dihubungi untuk proses siasatan & lawatan sebelum keputusan dibuat.
Perhatian: Pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dilakukan. Sistem akan membatalkan permohonan secara automatik jika gagal menghadirkan diri.
[PENTING] SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
Permohonan Bantuan RM500 Secara Manual (Guna Borang)
Pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian berhampiran.
Isi borang permohonan bantuan seperti di bawah:
- Sediakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & tanggungan.
- Sijil lahir anak (jika ada).
- Sijil nikah/cerai/kematian pasangan (jika berkaitan).
- Penyata pendapatan / surat pengesahan tidak bekerja.
- Serahkan borang lengkap bersama dokumen kepada pegawai JKM.
- Pegawai akan buat siasatan & lawatan sebelum keputusan dikeluarkan.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN RM500
Pemohon boleh menyemak status terkini Bantuan RM500 BPT secara online melalui portal eBantuan https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/. Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus hubungi 03 – 8000 8000. Berikut adalah langkah lengkap semakan permohonan Bantuan RM500 secara online:
- Layari Portal Rasmi JKM: https://www.jkm.gov.my
- Cari Menu “eBantuan”
- Klik pada menu Perkhidmatan Online – pilih eBantuan.
- Pilih Semakan Status Permohonan
- Dalam paparan eBantuan, tekan pilihan Semakan Status Permohonan.
- Masukkan Maklumat Diri
- Isi No. Kad Pengenalan (IC) pemohon.
- Tekan butang Cari.
- Semak Keputusan
- Sistem akan papar status permohonan sama ada diluluskan, dalam proses, atau ditolak.
- Jika lulus, akan dipaparkan juga jenis bantuan, kadar bayaran, dan tarikh kelulusan.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Boleh, asalkan kerja tersebut tidak menghalang penjagaan sepenuh masa dan pendapatan masih rendah.
Ya, tetapi tertakluk kepada kelulusan JKM dan keadaan sebenar penjagaan.
Tidak semestinya, tetapi laporan perubatan mesti disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan.
Kebiasaannya antara 30 hingga 60 hari selepas lawatan rumah dan semakan dokumen lengkap.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan Bantuan RM500 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman web eBantuan JKM : https://www.jkm.gov.my
- Telefon : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
- Emel : Maklum Balas (ISPAAA)