PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN 2025 : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON (BIB) RM450
Kerajaan Sarawak meneruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) bagi tahun 2025 dengan pemberian RM450 kepada semua ibu yang melahirkan. Inisiatif ini bertujuan membantu kos penjagaan diri dan keperluan asas ibu selepas bersalin. Permohonan Bantuan Ibu Bersalin boleh dibuat secara atas talian atau manual dengan mudah.
Penjelasan lengkap tersedia di bawah.
BACA JUGA: SEMAK KELAYAKAN SKAS 2026
APA ITU BANTUAN IBU BERSALIN?
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ialah bantuan tunai RM450 sekali bayar kepada ibu rakyat Sarawak yang melahirkan bayi pada tahun 2025. Program ini diwujudkan untuk menyokong kebajikan ibu-ibu terutama dalam tempoh berpantang. Semua kaum dan latar belakang sosio-ekonomi adalah layak, tertakluk kepada syarat kelayakan dan dokumen lengkap.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN 2025
Sebelum membuat permohonan Bantuan Ibu Bersalin, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Melahirkan bayi di dalam atau luar Sarawak.
- Ibu merupakan pemegang MyKad Sarawak berstatus “K”, atau isteri kepada pemegang MyKad Sarawak berstatus “K”.
- Permohonan dibuat mulai usia kandungan 22 minggu hingga 3 bulan selepas bersalin.
- Semua borang lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat berkaitan (jika manual).
APA SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
Permohonan Bantuan Ibu Bersalin lengkap mestilah disertakan dokumen yang diperlukan seperti senarai di bawah:
- Salinan Kad Pengenalan / pasport ibu.
- Salinan Kad Pengenalan / pasport pasangan atau penjaga.
- Salinan sijil perkahwinan (jika pemohon bukan berstatus “K”).
- Salinan muka hadapan rekod kesihatan ibu mengandung (buku pink).
- Salinan penyata akaun bank terkini.
- Salinan surat pengesahan doktor / nota discaj / sijil lahir bayi ATAU surat pengesahan mengandung 22 minggu ke atas.
Nota: Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A – Gred 41 ke atas), Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat. Pengesahan tidak diperlukan jika permohonan dibuat secara online.
PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN
Terdapat 2 cara permohonan Bantuan Ibu Bersalin sama ada secara online ataupun manual. Berikut perinciannya:
PERMOHONAN ONLINE
Permohonan atas talian boleh dibuat melalui platform rasmi iSarawakCare.
- Layari portal iSarawakCare: https://isarawakcare.sarawak.gov.my/
- Isi borang permohonan BIB secara online.
- Muat naik semua dokumen baharu dan lengkap.
- Hantar permohonan dan tunggu proses semakan.
Tempoh proses:
- Semakan permohonan: 7 – 14 hari bekerja.
- Proses pembayaran: 7 – 14 hari bekerja selepas kelulusan.
- Notifikasi bayaran akan dihantar melalui emel pemohon.
Rujukan manual permohonan PDF:
PERMOHONAN MANUAL
Bagi pemohon yang memilih kaedah manual, borang boleh diperolehi di lokasi berikut:
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah Sarawak
- Pejabat Daerah Negeri Sarawak
- Pejabat Urus Setia BIB (Kuching sahaja)
Cara hantar borang: Serahkan borang dan dokumen lengkap di mana-mana pejabat di atas.
Maklumat penting:
- Permohonan wajib dibuat bermula 22 minggu kandungan hingga 3 bulan selepas bersalin.
- Permohonan Bantuan Ibu Bersalin sah selama 6 bulan dari tarikh permohonan dibuat.
- Permohonan tanpa dokumen lengkap tidak akan diproses.

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)?
Status permohonan boleh disemak melalui:
- WhatsApp: +6014-6881398 (mesej sahaja)
- iSarawakCare – untuk permohonan online
SOALAN LAZIM (FAQ)
Kebiasaannya selepas 1–2 minggu daripada tarikh permohonan diluluskan.
Ya, asalkan pemohon atau pasangan adalah rakyat Sarawak.
Tidak. Hanya salinan diperlukan, tetapi perlu disahkan jika mohon manual.
Tidak. Mana-mana akaun aktif atas nama pemohon diterima.
Ya. Setiap bayi memerlukan satu permohonan berasingan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan Ibu Bersalin ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sarawak. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi iSarawakCare: https://isarawakcare.sarawak.gov.my/
- E-mel: [email protected]
- WhatsApp: +6014-6881398 (mesej sahaja)