MY STR 2026 : PERMOHONAN BARU BANTUAN & KEMASKINI MAKLUMAT
Kerajaan MADANI akan terus membuka permohonan dan rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk sepanjang tahun 2026 supaya lebih ramai rakyat berpeluang mendapat manfaat daripada bayaran Bantuan STR secara berfasa serta bayaran tambahan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
BACA JUGA : LOG MASUK STR 2025 – (FASA 4) SEMAK KELAYAKAN & STATUS BAYARAN
APA ITU MY STR 2026?
STR / Sumbangan Tunai Rahmah 2026 adalah program bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah hingga sederhana menghadapi bebanan kos sara hidup.
Manakala MySTR pula adalah sebuah portal yang dibangunkan oleh Kerajaan yang berfungsi untuk :
- Daftar akaun baharu untuk penerimaan STR 2026;
 - Semak status permohonan kelayakan;
 - Kemaskini maklumat permohonan baru; dan
 - Permohonan secara online tanpa perlu ke LHDN.
 
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Beberapa syarat utama penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah termasuk :
- Pemohon merupakan Warganegara Malaysia;
 - Isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM5,000;
 - Warga Emas tanpa pasangan serta berpendapatan bawah RM5,000;
 - Individu bujang (bukan pelajar sepenuh masa) dengan pendapatan sehingga RM2,500.
 
*Pemohon yang perlu menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu mendaftar akaun baharu mySTR da kemaskini maklumat permohonan untuk menerima bayaran 2026.
TEMPOH PERMOHONAN MY STR 2026
Kini, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah dibuka untuk individu yang memenuhi kelayakan memohon dan untuk penerima sedia kemas kini permohonan bagi penerimaan bayaran Fasa 1 2026.
Berikut merupakan tempoh permohonan dan kemas kini permohonan STR 2026 :
- Bermula 13 Oktober 2025 – Permohonan & Kemas kini dibuka.
 - 28 November 2025 – Permohonan & Kemas kini Fasa 1 ditutup.
 - Seterusnya permohonan akan dibuka kembali untuk penerimaan Fasa 2 2026.
 
PERMOHONAN BARU BANTUAN MY STR 2026
Kerajaan memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat menerima manfaat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan membuka permohonan sepanjang tahun dan rakyat yang layak boleh mula kemukakan permohonan seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
- Klik pautan laman Portal Rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
 
 - Pergi ke bahagian Permohonan :
- Pada halaman utama MySTR, klik pada butang [Permohonan Baharu].
 
 - Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
- Klik pada butang [Ya, Teruskan] untuk meneruskan permohonan.
 
 - Masukkan maklumat peribadi :
- Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa – dan tanpa jarak. Klik butang [Semak].
 
 - Maklumat individu akan dipaparkan :
- Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
 
 - Lengkapkan maklumat peribadi :
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
 
 - Pergi halaman permohonan seterusnya :
- Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang [Teruskan].
 
 - Pilih Status Perkahwinan :
- Jika status perkahwinan adalah berkahwin, pilih [Berkahwin].
 - Jika status perkahwinan adalah bercerai, pilih [Bercerai].
 - Jika status belum berkahwin, pilih [Bujang].
 - Jika status pasangan telah tiada, pilih [Kematian pasangan].
 
 - Lengkapkan maklumat pasangan :
- Sekiranya anda memilih status perkahwinan sebagai [Berkahwin], isikan semua maklumat pasangan.
 
 - Isikan maklumat anak (jika ada) :
- Masukkan nama dan nombor MyKid anak anda jika ada dan terhad kepada 5 orang anak (tanggungan) sahaja untuk diisi.
 
 - Muat naik dokumen sokongan :
- Dokumen sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak (saiz dokumen perlu kurang dari 3 MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
 
 - Masukkan maklumat waris :
- Pada halaman seterusnya adalah maklumat waris yang perlu diisi hubungan adik beradik atau saudara terdekat.
 
 - Sahkan kod Captcha :
- Nilai kod Captcha yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
 
 - Hantar borang permohonan :
- Klik pada butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
 
 - Permohonan berjaya :
- Bagi permohonan yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
 
 
KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN MY STR
Bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat asas seperti alamat rumah, pertukaran nombor telefon, nombor akaun bank dan sebagainya boleh mula membuat kemaskini maklumat STR sebelum penerimaan 2026 seperti berikut :
- Pergi ke halaman Rasmi MySTR 2026 :
- Klik pada pautan MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
 
 - Masukkan maklumat peribadi :
- Isikan ruangan yang disediakan dengan nombor kad pengenalan anda.
 
 - Log Masuk akaun baru STR 2026 :
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
 
 - Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang [Kemas Kini Permohonan].
 
 - Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
 
 - Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang [Simpan].
 
 - Sahkan Kod Captcha :
- Isi Kod Captcha yang betul mengikut yang dipaparkan.
 
 - Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang [Hantar].
 
 - Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya’.
 
 
SOALAN LAZIM
- Bilakah tarikh mula permohonan MySTR 2026 dibuka?
- Permohonan MySTR 2026 telah mula dibuka bermula 13 Oktober 2025.
 
 
- Bilakah tarikh akhir permohonan MySTR dibuka untuk penerimaan Fasa 1?
- Pemohon boleh kemukakan permohonan STR untuk penerimaan fasa 1 2026 adalah sehingga 28 November 2025 sahaja.
 
 
- Adakah semua pemohon akan menerima bayaran STR 2026?
- Penerima bayaran STR 2026 adalah dipilih tertakluk kepada syarat dan kriteria kelayakan.
 
 
- Berapakah jumlah Bantuan STR 2026 yang akan disalurkan untuk golongan bujang?
- Golongan bujang hanya akan menerima bayaran Bantuan SARA sebanyak RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
 
 
- Adakah penerima STR 2025 sedia ada perlu memohon kembali STR 2026?
- Pemohon sedia ada perlu membuat kemaskini permohonan bagi tahun 2026 untuk pastikan maklumat masih tepat.
 
 
MAKLUMAT LANJUT
Semua kandungan panduan Bantuan STR 2026 ini dikongsikan bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui :
- Laman Web Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
 - Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
 - Email :[email protected]