E-KASIH SEMAK : SEMAKAN STATUS BAYARAN DUIT DALAM MYKAD

E-KASIH SEMAK : SEMAKAN STATUS BAYARAN DUIT DALAM MYKAD

Program SARA e-Kasih 2025 ialah inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dalam sistem e-Kasih. Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit tunai yang disalurkan terus ke dalam MyKad, dan boleh digunakan untuk membeli barangan asas seperti makanan, keperluan dapur, dan produk harian di kedai terpilih. Melalui sistem ini, penerima tidak perlu membuka akaun bank baharu, cukup dengan MyKad yang telah didaftarkan.

Ikuti info di bawah untuk ketahui cara semak status e-Kasih, jumlah bayaran, dan cara guna duit bantuan dalam MyKad dengan mudah.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA

APA SYARAT KELAYAKAN SARA E-KASIH?

Untuk layak menerima bantuan SARA e-Kasih, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat asas berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA E-KASIH YANG DISALURKAN?

Jumlah bayaran bagi penerima SARA eKasih 2025 berbeza mengikut kategori dan kelayakan isi rumah B40. Secara umum, semak jadual di bawah bagi penerima B40 e-Kasih:

PENERIMA B40 (STR & EKASIH)

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)

BILA TARIKH BAYARAN E-KASIH DIKREDITKAN DALAM MYKAD?

Kredit Bantuan SARA e-Kasih dibuat secara bulanan pada awal bulan untuk semua penerima yang layak daripada kumpulan B40. Semak butiran di bawah untuk maklumat lanjut tentang tarikh bayaran SARA e-Kasih:

Penerima B40 (STR & eKasih)
Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025

E-KASIH SEMAK

Untuk semak status pendaftaran e-Kasih sama ada lulus atau tidak, penerima boleh membuat semakan secara atas talian melalui portal rasmi. Berikut langkah penuh untuk semak status e-Kasih:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
  4. Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
  5. Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
  6. Selesai.
E-KASIH SEMAK

BAGAIMANA CARA SEMAK SARA E-KASIH SECARA ONLINE?

Untuk semakan status penerimaan SARA eKasih 2025, langkahnya hampir sama tetapi melalui portal bantuan MyKasih & MySTR. Penerima boleh layari Portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my atau SARA di https://sara.gov.my. Jika menghadapi sebarang masalah, hubungi 1-800-88-2747 (STR) atau 03-7720 1800 (MyKasih). Langkah semakan lengkap seperti di bawah:

SEMAK SARA E-KASIH MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
BAGAIMANA CARA SEMAK SARA E-KASIH SECARA ONLINE

SEMAK SARA E-KASIH MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
BAGAIMANA CARA SEMAK SARA E-KASIH SECARA ONLINE

CARA GUNA BANTUAN E-KASIH DALAM MYKAD

Untuk membeli barangan SARA e-Kasih dengan MyKad, penerima hanya perlu memilih barangan yang diluluskan, tunjuk MyKad di kaunter untuk pengesahan, kemudian teruskan pembayaran. Resit pembelian disimpan sebagai rujukan. Berikut adalah perinciannya:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bagaimana nak tahu baki bantuan dalam MyKad?

Baki boleh disemak di kedai rakan niaga MyKasih semasa membuat transaksi.

Boleh ke keluarkan duit bantuan SARA e-Kasih secara tunai?

Tidak boleh. Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk pembelian keperluan asas.

Jika MyKad hilang, bantuan masih boleh diterima?

Tidak. Penerima perlu lapor kehilangan MyKad dan buat kad baharu sebelum bantuan disambung semula.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi e-Kasih Semak ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment