CARA SEMAK BAKI KREDIT MYKASIH : SEMAKAN 2026
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih diteruskan pada tahun 2026 bagi membantu penerima isi rumah, warga emas dan bujang dari kalangan B40. Ia bertujuan untuk meringankan kos perbelanjaan sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan MyKasih akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak setiap bulan secara tanpa tunai. Penerima bantuan boleh membuat pembelian di kedai dan pasar raya terpilih.
Bagaimanakah cara semak baki kredit MyKasih? Ikuti info lanjut yang telah disediakan.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026
Setakat ini, maklumat rasmi berkaitan syarat kelayakan Bantuan MyKasih 2026 masih belum dikeluarkan, namun ia biasanya dikemas kini berdasarkan ketetapan tahun sebelumnya. Rujuk syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH
Bantuan MyKasih 2026 diberikan mengikut kategori yang ditetapkan, dengan jumlah bayaran berbeza berdasarkan status isi rumah dan dimasukkan terus ke MyKad penerima. Perincian penuh adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
- RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih

PENGHARGAAN SARA RM100
- Sebagai langkah tambahan SARA 2026, bantuan RM100 secara one-off akan diberikan kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas sekitar pertengahan Februari, hasil penjimatan rasionalisasi subsidi kerajaan.

CARA SEMAK BAKI KREDIT MYKASIH
Bagi semak baki kredit bantuan MyKasih, penerima boleh membuat semakan melalui beberapa cara mudah yang disediakan seperti berikut:
- Cara semak baki kredit melalui Aplikasi MyKasih
- Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
- Log masuk menggunakan akaun berdaftar
- Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
- Baki SARA bulanan akan dipaparkan

- Cara semak baki kredit MyKasih melalui Resit Pembelian
- Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
- Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
- Cara semak baki kredit MyKasih di Kaunter Kedai Terlibat
- Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
- Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
- Semakan melalui Portal Rasmi
- Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
- Log Masuk Akaun Penerima
- Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
- Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
- Maklumat baki SARA bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
- Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.
SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH
Semakan status Bantuan MyKasih 2026 boleh dilakukan di Portal STR bantuantunai.hasil.gov.my dan Portal SARA sara.gov.my, selain mendapatkan bantuan lanjut melalui talian perhubungan STR 1-800-88-2747 seperti yang disediakan:
SEMAK BANTUAN MYKASIH MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAK BANTUAN MYKASIH MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

TARIKH BAYARAN
Setakat pengumuman terkini, tarikh pembayaran Bantuan MyKasih 2026 belum disahkan oleh kerajaan. Penerima dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap maklumat rasmi dari semasa ke semasa.
- Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
- Buat semakan status bantuan di Portal MyKasih & kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
- Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.

CARA GUNA KREDIT MYKASIH DALAM MYKAD
Semua transaksi pembelian SARA MyKasih 2026 hendaklah dibuat menggunakan MyKad di premis terpilih, dengan pembelian terhad kepada barangan yang diluluskan. Berikut adalah langkah lengkap pembelian:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

CARA MOHON MYKASIH
Tiada permohonan baharu diperlukan untuk MyKasih 2026 kerana kelayakan ditentukan berdasarkan rekod STR, namun penerima disaran memastikan maklumat adalah tepat dan terkini.
- Kemaskini STR apabila tempoh kemaskini dibuka.
- Buat permohonan STR jika belum berdaftar.
- Pastikan maklumat pendapatan, tanggungan dan alamat dikemaskini dengan tepat.
Permohonan STR Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
Permohonan STR Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
*Sekiranya memenuhi kelayakan, penerima STR 2025 dan STR 2026 akan didaftarkan secara automatik sebagai penerima SARA MyKasih selepas proses semakan oleh MOF dan KPDN.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tak boleh, hanya di kedai fizikal terlibat.
Ada pelekat logo “MyKasih / SARA Diterima Di Sini” di kedai.
Boleh semak semula di portal SARA atau hubungi MyKasih.
Cuba di kedai lain atau tukar MyKad baru di JPN.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Cara Semak Baki Kredit MyKasih ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
Semak baki terkini ka