CARA MOHON BANTUAN BANJIR RM1000 : PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN SECARA ONLINE & BORANG MANUAL
Bantuan Banjir RM1000 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan bantuan sekali bayar kepada mangsa yang rumahnya terjejas akibat bencana banjir. Ia bertujuan membantu meringankan beban kewangan keluarga ketika menghadapi kerosakan harta benda, kehilangan dokumen penting, serta perpindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Panduan lengkap ini menerangkan cara mohon Bantuan Banjir secara online dan manual, syarat asas, dokumen penting serta aliran proses supaya mangsa boleh membuat permohonan dengan lebih mudah dan teratur.
Semua butiran penting telah disusun di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BANJIR RM1000?
Syarat-syarat ini ditetapkan bagi memastikan hanya keluarga yang benar-benar terkesan semasa bencana menerima bantuan sewajarnya. Antara syarat kelayakan asas bagi permohonan Bantuan Banjir mengikut garis panduan JKM ialah:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
- Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) semasa bencana berlaku.
- Menetap atau menumpang di rumah persendirian ketika banjir berlaku.
- Berpindah ke PPS di bawah seliaan JKM.
- Hanya satu (1) rumah layak menerima bantuan tanpa mengira jumlah ahli.

BERAPA JUMLAH BANTUAN BANJIR YANG DIAGIHKAN?
Bantuan Banjir JKM ditetapkan pada jumlah sama di seluruh negara. Pembayaran diberikan berdasarkan kategori kerosakan dan pengesahan oleh pihak berkuasa seperti berikut:
| RM1,000 | RM10,000 |
|---|---|
| Kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir. | Diberikan jika berlaku kematian disebabkan bencana banjir. |

CARA MOHON BANTUAN BANJIR
JKM menyediakan dua cara mohon Bantuan Banjir bergantung kepada situasi banjir serta arahan semasa. Berikut butirannya:
Daftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)
- Hadir ke PPS terdekat ketika banjir.
- Daftarkan KIR & bilangan ahli keluarga dengan petugas JKM.
- Buat permohonan bantuan banjir.
CARA MOHON BANTUAN BANJIR RM1000 SECARA ONLINE
- Bagi negeri yang menyediakan permohonan digital, mangsa boleh membuat permohonan secara online melalui platform MyIBJKM. Cara Daftar MyIBJKM untuk mohon Bantuan Banjir adalah seperti di bawah:
- Muat turun aplikasi MyIBJKM.
- Buka aplikasi selepas selesai pemasangan.
- Jika sudah ada akaun, log masuk dengan IC & kata laluan.
- Jika belum ada akaun, tekan Pendaftaran.
- Masukkan:
- Nombor Kad Pengenalan
- Kata laluan
- Sahkan kata laluan
- Tandakan Perakuan
- Tekan Seterusnya.
- Isi alamat e-mel & nombor telefon aktif – Seterusnya.
- Isi alamat surat menyurat semasa – Seterusnya.
- Pendaftaran siap – log masuk semula.
- Masukkan IC & kata laluan – Log Masuk.
- Pilih PPS terdekat.
- Berpindah ke PPS dan sahkan kehadiran dengan petugas JKM.
- Pejabat Daerah akan membuat pengesahan.
- Pejabat SUK Negeri akan memproses perakuan.
- Bantuan akan disalurkan kepada KIR yang layak.
- Selesai.

CARA MOHON BANTUAN BANJIR RM1000 SECARA MANUAL
- Muat turun borang permohonan bantuan PDF NADMA.
- Lengkapkan semua maklumat.
- Sediakan salinan dokumen wajib.
- Dapatkan pengesahan ketua kampung / penghulu (jika diperlukan).
- Hantar borang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD).
- Pegawai JKM akan membuat semakan & lawatan penilaian.
SOALAN LAZIM (FAQ) CARA MOHON BANTUAN BANJIR
Tidak, bantuan hanya diberikan apabila berlaku bencana banjir dan pengesahan dibuat oleh agensi berkaitan.
Tidak. Kelayakan hanya diberi jika kediaman pemohon disahkan terjejas.
Ya. Pendaftaran di PPS penting kerana ia menjadi bukti rasmi kehadiran dan pengesahan bencana.
Boleh, tetapi anda tetap perlu lapor diri kepada JKM atau PPS untuk pengesahan awal.
Biasanya beberapa hari hingga beberapa minggu bergantung keadaan bencana dan semakan negeri.
JKM biasanya benarkan laporan pengesahan sementara dari PPS atau polis sehingga dokumen diganti.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Cara Mohon Bantuan Banjir ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA): https://www.nadma.gov.my/bm/
- Talian Kasih JKM : 15999 (24 jam)
- Talian WhatsApp JKM : 019-26159999
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045