BAYARAN STR 2026 : SEMAK TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN BAGI FASA 1

BAYARAN STR 2026 : SEMAK TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN BAGI FASA 1

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 terus menjadi perhatian ramai kerana ia membantu mengurangkan beban sara hidup isi rumah berpendapatan rendah. Seperti tahun sebelumnya, pembayaran STR akan dilaksanakan mengikut fasa tertentu dan setiap kategori penerima menerima jumlah bantuan yang berbeza. Penerima perlu memastikan maklumat peribadi dalam portal MySTR sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan masalah kelayakan apabila bayaran STR 2026 bermula.

Semak terus di bawah untuk penerangan menyeluruh.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Syarat kelayakan STR 2026 ditentukan berdasarkan kategori penerima serta pendapatan isi rumah masing-masing. Kategori yang layak disenaraikan adalah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

*Untuk makluman, kategori bujang tidak lagi menerima bayaran STR kerana ia telah digantikan dengan SARA 2026.

BILA TARIKH BAYARAN STR 2026 DIKREDITKAN?

Setakat ini, kerajaan masih belum menetapkan tarikh rasmi untuk bayaran Fasa 1 STR 2026. Tarikh akan dikemas kini sebaik pengumuman dikeluarkan secara rasmi.

Bayaran Fasa 1 STR 2025 pernah dikreditkan pada bulan Januari, namun tarikh bagi STR 2026 boleh berbeza bergantung kepada pengumuman kewangan semasa oleh kerajaan.

JUMLAH BAYARAN STR 2026

Jumlah bayaran STR 2026 diagihkan mengikut kategori penerima. Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran berbeza yang ditentukan melalui jadual rasmi. Jumlah bayaran bantuan STR 2026 ini bergantung kepada pendapatan, status keluarga serta tanggungan. Berikut perinciannya:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0700
1-21200
3-41700
>52200
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0200
1-2450
3-4700
>5950
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
<RM5000600
JUMLAH BAYARAN STR 2026

CARA DAFTAR AKAUN MYSTR

Semua penerima termasuk pemohon baharu diwajibkan memiliki akaun MySTR. Proses pendaftaran dilakukan sepenuhnya melalui portal MySTR dan hanya memerlukan nombor IC serta maklumat asas pemohon. Ikuti langkah di bawah:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
CARA DAFTAR AKAUN MYSTR

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.
CARA DAFTAR AKAUN MYSTR

BAGAIMANA CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR?

Kemaskini maklumat STR boleh dilakukan terus melalui portal MySTR dengan mengikuti arahan langkah demi langkah seperti yang tertera dalam sistem. Berikut caranya:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
BAGAIMANA CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR

PERMOHONAN BANTUAN STR

Individu yang memenuhi syarat tetapi belum pernah membuat permohonan boleh berbuat demikian pada bila-bila masa. Permohonan STR 2026 boleh dihantar secara dalam talian melalui portal rasmi, dan prosesnya terbuka sepanjang tahun. Langkah lengkap permohonan seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
    • Klik pautan laman Portal Rasmi MySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pergi ke bahagian Permohonan :
    • Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
  3. Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
    • Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
  4. Masukkan maklumat peribadi :
    • Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
  5. Maklumat individu akan dipaparkan :
    • Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
  6. Lengkapkan maklumat peribadi :
    • Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
  7. Pergi halaman permohonan seterusnya :
    • Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
  8. Pilih Status Perkahwinan :
    • “Berkahwin”;
    • “Bercerai”;
    • “Bujang”;
    • Jika status pasangan telah tiada, pilih “Kematian pasangan”.
  9. Lengkapkan maklumat pasangan :
    • Sekiranya anda memilih status “Berkahwin”, isikan maklumat pasangan.
  10. Isikan maklumat anak (jika ada) :
    • Masukkan nama dan nombor MyKid anak jika ada dan terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi.
  11. Muat naik dokumen sokongan :
    • Dokumen sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  12. Masukkan maklumat waris :
    • Maklumat waris yang perlu diisi hubungan adik beradik atau saudara terdekat.
  13. Sahkan kod Captcha :
    • Nilai “kod Captcha” yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
  14. Hantar borang permohonan :
    • Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
  15. Permohonan berjaya :
    • Bagi permohonan Bantuan STR 2026 yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN BANTUAN STR

SOALAN LAZIM (FAQ) BAYARAN STR 2026

Jika pendapatan saya berubah, adakah kelayakan turut berubah?

Ya. Perubahan pendapatan mempengaruhi kelayakan STR.

Perlukah saya mengemaskini maklumat setiap tahun?

Digalakkan terutama jika berlaku perubahan butiran peribadi atau tanggungan.

Bagaimana mengetahui jumlah bayaran yang saya layak terima?

Rujuk jadual rasmi bayaran STR 2026 mengikut kategori penerima.

Apa perlu saya buat jika gagal log masuk MySTR?

Gunakan fungsi reset kata laluan atau hubungi talian bantuan STR.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bayaran STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment