BANTUAN SABAH RM900 FASA 3 2025 SEMAKAN STATUS
Kerajaan Negeri meneruskan agihan Bantuan Sabah RM900 Fasa 3 2025 untuk membantu meringankan beban rakyat, khususnya golongan B40 dan M40. Penerima boleh membuat semakan status Bantuan Sabah secara online bagi memastikan bayaran sudah dikreditkan. Walaupun lebih dikenali sebagai Syukur Sabah, nama rasmi bantuan ini tetap menggunakan istilah Bantuan Sabah RM900 agar rakyat lebih jelas mengenai tujuan agihan. Maklumat penuh boleh dirujuk di bawah.
BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025
APA ITU BANTUAN SABAH RM900?
Bantuan Sabah RM900 atau dikenali sebagai Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar. Melalui program ini, penerima akan mendapat RM300 sebulan, bersamaan RM900 bagi setiap fasa, dengan keseluruhannya empat fasa setahun. Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban sara hidup, malah menjadi bukti keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat Sabah tidak tercicir daripada menikmati kehidupan lebih baik.
SYARAT KELAYAKAN
Ada beberapa syarat asas dan juga syarat khas yang telah digariskan bagi Bantuan Sabah (SYUKUR) RM900. Setiap kategori penerima mempunyai kriteria tertentu yang perlu dipenuhi. Berikut adalah senarai syarat yang ditetapkan untuk melayakkan seseorang menerima bantuan ini:
SYARAT ASAS BANTUAN SABAH
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia.
- Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
- Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H‘.
- Selain itu, penerima mesti memenuhi salah satu daripada syarat berikut:
- Dikategorikan sebagai miskin / miskin tegar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
- Pendapatan isi rumah kurang daripada Garis Kemiskinan (PGK).
SYARAT KHAS BANTUAN SABAH MENGIKUT KATEGORI PENERIMA
- B40 (pendapatan < RM1,218)
- Layak untuk ketua isi rumah dan pasangan, atau ketua isi rumah dan anak berumur 18 tahun ke atas.
- M40 (pendapatan RM1,219–RM2,742)
- Hanya satu ketua isi rumah sahaja layak.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SABAH YANG DISALURKAN?
Bantuan Sabah menyalurkan jumlah bayaran yang sama untuk semua penerima layak, iaitu RM900 bagi kategori miskin dan RM1800 bagi kategori miskin tegar dengan dua penerima dalam isi rumah. Lihat jadual di bawah untuk butiran penuh:
FASA BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | RM900 |
FASA 2 | RM900 |
FASA 3 | RM900 |
FASA 4 | RM900 |
BAGAIMANA CARA BAYARAN BANTUAN SABAH DIAGIHKAN?
Bayaran Bantuan Sabah RM900 diagihkan secara fleksibel melalui tiga pilihan iaitu: dimasukkan ke akaun bank penerima, diterima secara tunai, atau dikreditkan ke dalam eWallet YONO. Berikut adalah perinciannya:
- Kredit terus ke akaun bank penerima.
- Tunai secara fizikal.
- Kredit ke dalam eWallet YONO.
BILA TARIKH BANTUAN SABAH RM900 FASA 3 DIKREDITKAN?
Bantuan Sabah dikreditkan mengikut empat fasa. Dua fasa awal telah pun selesai. Seterusnya, pembayaran Fasa 3 juga telah bermula secara berperingkat pada 29 September 2025 mengikut bank. Jadual di bawah menunjukkan pecahan mengikut fasa bayaran:
FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | Januari 2025 |
FASA 2 | April 2025 |
FASA 3 | September 2025 |
FASA 4 | November 2025 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH RM900 FASA 3
Bagi penerima yang layak, mereka boleh membuat semakan status bayaran Bantuan Sabah Fasa 3 secara dalam talian melalui dua saluran, iaitu laman web rasmi syukur.sabah.gov.my atau aplikasi Yono Superapp. Ikuti panduan semakan di bawah:
SEMAKAN STATUS MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi: https://syukur.sabah.gov.my
- Klik “Semakan Permohonan”
- Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang).
- Tekan butang Semak
- Status bayaran & kelayakan akan dipaparkan secara automatik.

SEMAKAN STATUS MELALUI APLIKASI
- Muat turun aplikasi YONO SuperApp:
- Log masuk atau daftar akaun.
- Pilih menu Bantuan SYUKUR.
- Status bayaran & baki akan terpapar.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SABAH RM900
Ya, penerima mesti mempunyai MyKad sah.
Biasanya permohonan dibuka mengikut tarikh yang diumumkan kerajaan negeri.
Ya, dengan dokumen sokongan yang sah.
Kelayakan akan diteliti semula, bergantung kepada status tempat tinggal semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan Sabah RM900 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah: https://padans.sabah.gov.my
- Portal Sekretariat Maju Jaya Sabah: https://smj.sabah.gov.my
- Hotline SYUKUR Sabah: 088 338 338
- Talian Whatsapp: 010-5828207