BANTUAN IBU BERSALIN RM450 : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON (BIB)

BANTUAN IBU BERSALIN RM450 : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON (BIB)

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak bagi meringankan beban kewangan ibu-ibu yang bakal melahirkan atau sudah melahirkan anak. Melalui bantuan sekali bayar berjumlah RM450, program ini bertujuan menyokong keperluan asas ibu terutama dalam tempoh berpantang serta memastikan kebajikan keluarga terus terjamin. Semua ibu rakyat Sarawak yang memenuhi syarat kelayakan digalakkan untuk memohon sama ada secara online atau manual.

Rujuk panduan lengkap Bantuan Ibu Bersalin yang telah disediakan dalam artikel ini.

BACA JUGA: SEMAK KELAYAKAN SKAS 2026

APA ITU BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)?

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan bayaran tunai sekali sahaja berjumlah RM450 kepada ibu rakyat Sarawak yang melahirkan anak pada tahun 2025. Inisiatif ini diwujudkan bagi menyokong kebajikan para ibu, khususnya sepanjang tempoh berpantang. Bantuan ini terbuka kepada semua kaum dan latar belakang sosioekonomi, tertakluk kepada syarat kelayakan serta dokumen yang lengkap.

APA ITU BANTUAN IBU BERSALIN

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN 2025

Ibu mestilah memenuhi syarat asas kelayakan berikut untuk memohon BIB 2025:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Melahirkan bayi di dalam atau luar Sarawak.
  • Ibu merupakan pemegang MyKad Sarawak berstatus “K”, atau isteri kepada pemegang MyKad Sarawak berstatus “K”.
  • Permohonan dibuat mulai usia kandungan 22 minggu hingga 3 bulan selepas bersalin.
  • Semua borang lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat berkaitan (jika manual).

APA DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN BIB?

Pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi tujuan pengesahan identiti, status perkahwinan serta maklumat kelahiran atau kehamilan. Pastikan semua dokumen adalah jelas dan terkini untuk mengelakkan permohonan ditolak. Dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan Kad Pengenalan / pasport ibu.
  • Salinan Kad Pengenalan / pasport pasangan atau penjaga.
  • Salinan sijil perkahwinan (jika pemohon bukan berstatus “K”).
  • Salinan muka hadapan rekod kesihatan ibu mengandung (buku pink).
  • Salinan penyata akaun bank terkini.
  • Salinan surat pengesahan doktor / nota discaj / sijil lahir bayi ATAU surat pengesahan mengandung 22 minggu ke atas.

Perhatian: Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A – Gred 41 ke atas), Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat. Pengesahan tidak diperlukan jika permohonan dibuat secara online.

BAGAIMANA CARA MOHON BANTUAN IBU BERSALIN RM450?

Ada 2 cara permohonan Bantuan Ibu Bersalin sama ada secara online melalui iSarawakCare ataupun manual dengan cara hadir ke pejabat berkaitan. Perinciannya adalah seperti berikut:

PERMOHONAN ONLINE

Permohonan atas talian boleh dibuat melalui platform rasmi iSarawakCare.

  1. Layari portal iSarawakCare: https://isarawakcare.sarawak.gov.my/
  2. Isi borang permohonan BIB secara online.
  3. Muat naik semua dokumen baharu dan lengkap.
  4. Hantar permohonan dan tunggu proses semakan.

Tempoh proses:

  • Semakan permohonan: 7 – 14 hari bekerja.
  • Proses pembayaran: 7 – 14 hari bekerja selepas kelulusan.
  • Notifikasi bayaran akan dihantar melalui emel pemohon.

Rujukan manual permohonan PDF:

PERMOHONAN MANUAL

Bagi pemohon yang memilih kaedah manual, borang boleh diperolehi di lokasi berikut:

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah Sarawak
  • Pejabat Daerah Negeri Sarawak
  • Pejabat Urus Setia BIB (Kuching sahaja)

Cara hantar borang: Serahkan borang dan dokumen lengkap di mana-mana pejabat di atas.

Penting:

  • Permohonan wajib dibuat bermula 22 minggu kandungan hingga 3 bulan selepas bersalin.
  • Permohonan sah selama 6 bulan dari tarikh permohonan dibuat.
  • Permohonan tanpa dokumen lengkap tidak akan diproses.
BAGAIMANA CARA PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN

SEMAKAN STATUS BIB

Status permohonan yang telah dihantar boleh disemak melalui saluran di bawah:

  1. WhatsApp: ‪+6014-6881398‬ (mesej sahaja)
  2. iSarawakCare – untuk permohonan online

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bagaimana cara menerima bayaran?

Bayaran dimasukkan terus ke akaun bank pemohon.

Adakah perlu buat permohonan setiap anak?

Ya, permohonan adalah satu kali bagi setiap kelahiran.

Jika permohonan ditolak, boleh hantar semula?

Boleh, dengan dokumen lengkap dan ralat diperbetulkan.

Semakan status lambat, apa perlu buat?

Hubungi WhatsApp atau semak semula di iSarawakCare untuk update terkini.

Jika bayi belum ada sijil lahir?

Gunakan surat pengesahan doktor atau nota discaj terlebih dahulu.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan Ibu Bersalin ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sarawak. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi iSarawakCare: https://isarawakcare.sarawak.gov.my/
  • E-mel: [email protected]
  • WhatsApp: ‪+6014-6881398‬ (mesej sahaja)

Leave a Comment