BANTUAN BUJANG RM600 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN BUJANG RM600 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

Kerajaan Madani menerusi Belanjawan 2025 telah meneruskan bantuan tunai untuk golongan bujang melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih. Bantuan bujang RM600 merupakan sebahagian daripada inisiatif SARA yang disalurkan terus ke dalam MyKad penerima. Bantuan ini bertujuan membantu meringankan kos sara hidup bagi golongan berpendapatan rendah termasuk individu bujang yang layak.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk bantuan tersebut? Ikuti panduan lengkap yang telah disediakan.

BACA JUGA: CHECK STATUS SARA MYKASIH

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BUJANG

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk melayakkan seseorang individu menerima bantuan RM600. Antara syarat-syaratnya adalah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Berstatus bujang (belum berkahwin)
  4. Balu/Janda/Duda tiada anak
  5. Bukan pelajar sepenuh masa IPTA atau IPTS
  6. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
  7. Berpendapatan bawah RM2,500 sebulan
  8. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)

JUMLAH BAYARAN MYKASIH BUJANG

Bantuan RM600 akan dikreditkan ke dalam MyKad secara tanpa tunai kepada penerima yang layak mengikut butiran seperti jadual di bawah:

JUMLAH TAHUNANAGIHAN BANTUAN
RM600RM50 sebulan
(Januari – Disember 2025)

SEMAK STATUS BANTUAN BUJANG

Pemohon boleh membuat semakan status kelayakan secara online untuk mengetahui sama ada layak atau tidak mendapat bantuan tersebut. Ada 3 platform rasmi yang boleh digunakan untuk membuat semakan iaitu:

1. CARA SEMAK MELALUI PORTAL RASMI STR.

  1. Layari laman web rasmi:

    https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Klik pada menu “Semakan Status”

  3. Masukkan:

    Nombor MyKad
    Kata laluan (jika berdaftar) atau guna semakan ringkas

  4. Klik butang “Semak”

  5. Paparan akan tunjuk status kelayakan anda:

    Jika layak, akan dinyatakan “Layak Bantuan SARA RM600 (Bujang)”
    Termasuk jumlah, kategori & tarikh bayaran

2. PORTAL EKASIH (JIKA BUKAN PENERIMA STR)

  • Layari: https://ekasih.icu.gov.my
  • Klik “Semakan Status Individu”
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Jika tersenarai dalam sistem eKasih (kategori Miskin/Miskin Tegar), anda mungkin layak
  • Status kelayakan bantuan akan dirujuk kepada agensi pelaksana (MyKasih)

3. APLIKASI MYKASIH

  • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau Apple App Store
  • Daftar/log masuk guna nombor IC
  • Paparan akan tunjuk bantuan aktif dalam MyKad (jika layak)
  • Anda juga boleh semak baki dan transaksi bulanan

RUJUKAN BUJANG

Panduan bagi Bantuan Bujang RM600 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment