SEMAKAN MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN TERKINI

SEMAKAN MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN TERKINI

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih diteruskan pada tahun 2025 melalui Belanjawan Madani untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Program ini menyasarkan 9 juta penerima yang layak untuk membuat pembelian barangan asas dengan hanya menggunakan MyKad.

Bagaimanakah cara membuat semakan MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap yang disediakan.

BACA JUGA: CHECK SENARAI KEDAI & BARANGAN MYKASIH

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi memastikan hanya penerima yang benar-benar layak sahaja dapat memanfaatkan bantuan ini. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Tersenarai dalam sistem eKasih atau penerima STR 2025
  • Pendapatan isi rumah kategori Miskin/Miskin Tegar/B40
  • Tiada pendapatan tetap

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN MYKASIH

Pembayaran bantuan MyKasih dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima yang layak. Berikut disertakan butiran tarikh pembayaran bantuan mengikut kategori penerima yang terlibat:

  1. Penerima STR & eKasih:
    Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  2. Penerima STR sahaja:
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Penerima bantuan akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan. Jadual di bawah akan memberi gambaran jelas tentang kategori penerima & jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • PENERIMA EKASIH (MISKIN & MISKIN TEGAR)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA STR SAHAJA (ASAS BUKAN MISKIN)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

SEMAKAN SARA MYKASIH 2025

Bantuan MyKasih boleh disemak secara online untuk memudahkan akses para penerima bantuan. Terdapat 2 portal rasmi yang telah disediakan untuk membuat semakan bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad iaitu:

CARA SEMAKAN MYKASIH 2025

1. PORTAL RASMI MYKASIH

  1. Layari laman rasmi MyKasih

    Buka pelayar web dan pergi ke: https://mykasih.com.my/

  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’

    Biasanya terletak di bahagian atas laman.

  3. Masukkan maklumat diperlukan

    Nombor MyKad / IC
    Kata laluan (jika diperlukan)
    Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.

  4. Tekan butang ‘Login’

    Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
    Semak status kelayakan
    Semak baki bantuan
    Semak rekod transaksi

  5. Selesai

2.PORTAL RASMI MYSTR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan (tanpa sengkang). Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Papar Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
      • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, anda akan nampak jumlah bantuan & tempoh bayaran
  7. Selesai

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan MyKasih 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment