BANTUAN BIL ELEKTRIK RM40 SEBULAN : SEMAK CARA DAFTAR DAN PERMOHONAN REBAT 2025
Program Rebat Bantuan Bil Elektrik RM40 Sebulan merupakan inisiatif bantuan bersasar daripada kerajaan Malaysia khusus untuk meringankan beban Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar. Melalui program ini, penerima yang layak akan mendapat potongan sehingga RM40 setiap bulan secara automatik terus ke dalam bil elektrik domestik mereka. Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah, malah memastikan golongan berpendapatan rendah dapat menikmati bekalan elektrik yang mencukupi bagi keperluan asas harian.
Cara daftar dan permohonan Bantuan Bil Elektrik RM40 sebulan ini sangat mudah. Artikel ini sediakan panduan lengkap untuk anda.
BACA JUGA: CHECK KELAYAKAN PENERIMA REBAT BIL ELEKTRIK RM40
APA ITU BANTUAN BIL ELEKTRIK RM40 SEBULAN?
Bantuan Bil Elektrik RM40 Sebulan merupakan inisiatif kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 pada 2 November 2018, menggantikan Program Rebat RM20 yang berakhir pada Disember 2018. Untuk tahun 2025, program ini diteruskan dengan fokus membantu golongan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih, khususnya Ketua Isi Rumah (KIR) yang disenaraikan di bawah pemantauan Jabatan Perdana Menteri.
Melalui program ini, kerajaan menanggung bayaran bil elektrik maksimum RM40 sebulan bagi akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau mana-mana pembekal elektrik yang berdaftar. Jika penggunaan elektrik melebihi RM40, pengguna hanya perlu menjelaskan baki lebihan tersebut. Usaha ini bertujuan meringankan beban kos utiliti asas dan memastikan setiap keluarga terus mendapat akses kepada bekalan elektrik tanpa terganggu.

KELAYAKAN ASAS PENERIMA BANTUAN BIL ELEKTRIK
Untuk melayakkan diri menikmati Bantuan Bil Elektrik RM40 Sebulan, pengguna perlu memenuhi dua syarat utama iaitu:
- Berstatus Miskin Tegar
- Status miskin tegar ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
- Sebagai rujukan, pendapatan purata bulanan nasional bagi kategori miskin tegar ialah RM1,198.
- Berdaftar dalam Sistem eKasih
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang disenaraikan dalam Sistem eKasih di bawah kategori miskin tegar secara automatik layak menerima rebat bil elektrik RM40 untuk tahun 2025.
- Bagi yang belum berdaftar, pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP) di peringkat negeri atau Unit Pembangunan Daerah (UPD). Data eKasih dikumpulkan melalui proses kaji selidik rasmi dan disahkan oleh pihak PPPN/JPP/UPP JPM di peringkat negeri.
APA SYARAT BANTUAN BIL ELEKTRIK?
Antara syarat-syarat Bantuan Bil Elektrik RM40 Sebulan ini adalah seperti butiran berikut:
- Setiap KIR hanya layak untuk satu akaun bil elektrik di bawah tarif Domestik A. Rebat ini meliputi semua caj bil, termasuk denda lewat bayar.
- Bagi KIR yang mempunyai akaun TNB (Tarif Domestik A), rebat akan dimasukkan secara automatik ke dalam bil bulanan.
- Bagi yang tiada akaun TNB sendiri atau menyewa rumah, permohonan untuk rebat melalui akaun pihak ketiga boleh dibuat di Kedai Tenaga dengan menghantar borang permohonan melalui laman [https://semakanrebat.petra.gov.my/].
- Penerima juga boleh kemas kini nombor akaun elektrik dari semasa ke semasa dengan menghubungi TNB Careline atau hadir ke Kedai Tenaga berhampiran.
KRITERIA BANTUAN BIL ELEKTRIK
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak akan menerima rebat bil elektrik sebanyak RM40 setiap bulan, dan bantuan ini akan diberikan sehingga 31 Disember 2025.
- Rebat hanya terhad kepada RM40 sebulan. Jika jumlah bil kurang daripada RM40, lebihan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya. Manakala, jika bil melebihi RM40, penerima perlu menanggung dan membayar sendiri baki selebihnya.
BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN BIL ELEKTRIK DILAKUKAN?
Pengguna yang layak boleh membuat semakan melalui 2 cara yang mudah sahaja iaitu melalui Portal Rasmi Rebat Elektrik https://semakanrebat.petra.gov.my dan semak secara fizikal. Berikut disertakan cara semakan dan langkah lengkapnya:
SEMAKAN BANTUAN BIL ELEKTRIK MELALUI PORTAL RASMI
- Layari Portal Rasmi Rebat Elektrik RM40: https://semakanrebat.petra.gov.my
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor Kad Pengenalan (IC) Ketua Isi Rumah (KIR)
- Klik “Semak” atau “Hantar”
- Paparan status kelayakan akan dipaparkan, sama ada:
- Lulus / Layak menerima rebat
- Tidak layak (jika tiada dalam senarai eKasih kategori miskin tegar)

SEMAKAN SECARA FIZIKAL
- Anda boleh pergi ke Kedai Tenaga TNB (atau SESB di Sabah, SEB di Sarawak) untuk membuat semakan secara bersemuka.
- Bawa bersama Kad Pengenalan KIR dan bil elektrik sebagai rujukan.
- Pegawai di situ boleh bantu semak status kelayakan, kemaskini nombor akaun, atau memproses permohonan pengesahan akaun pihak ketiga jika perlu.
Borang Kemaskini Maklumat Bil Akaun Elektrik boleh dimuat turun di sini:
BAGAIMANA CARA DAFTAR DAN PERMOHONAN BANTUAN BIL ELEKTRIK?
Cara daftar dan permohonan Bantuan Bil Elektrik RM40 Sebulan adalah seperti langkah-langkah di bawah:
- Semakan Kelayakan melalui e-Kasih / Data PADU
- Penerima rebat RM40 adalah daripada senarai Isi Rumah Miskin Tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih atau pangkalan data rasmi kerajaan (PADU).
- Jika nama tersenarai, penerima akan automatik layak tanpa perlu isi borang baharu.
- Pendaftaran bagi yang belum berdaftar
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang masih belum berada dalam senarai boleh membuat permohonan dengan mendaftar ke dalam sistem PADU atau e-Kasih di pejabat Jabatan Perangkaan / Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Pengesahan & Kemaskini Maklumat
- Pastikan maklumat isi rumah, bilangan tanggungan, serta nombor akaun bil elektrik dikemaskini.
- Hanya bil elektrik domestik (rumah kediaman) sahaja yang layak menerima rebat.
- Potongan Automatik RM40
- Setelah diluluskan, rebat akan ditolak terus dalam bil elektrik bulanan sehingga RM40.
- Jika bil kurang daripada RM40, lebihan rebat tidak boleh dipindahkan ke bulan berikutnya.
KESIMPULAN
Bantuan Bil Elektrik RM40 Sebulan adalah antara langkah prihatin kerajaan dalam usaha mengurangkan beban kewangan rakyat. Bagi mereka yang belum menerima manfaat ini, semakan kelayakan boleh dibuat melalui portal rasmi atau dengan pihak berkaitan bagi tujuan pendaftaran eKasih. Jangan lepaskan peluang ini kerana walaupun jumlahnya mungkin kelihatan kecil, bantuan tersebut mampu memberi kesan yang besar dalam meringankan perbelanjaan harian, khususnya kepada keluarga yang benar-benar memerlukan.
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan Bil Elektrik RM40 Sebulan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Semakan Rebat Elektrik RM40: https://semakanrebat.petra.gov.my
- Laman Rasmi TNB (Tenaga Nasional Berhad): https://www.tnb.com.my
- TNB Careline: 1-300-88-5454
- Email TNB: [email protected]
- Hotline MyGCC: 03-8000 8000
- Portal eKasih (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, ICU JPM): https://www.icu.gov.my/ekasih