BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAKAN : (2025) SEMAK ONLINE PENERIMA

BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAKAN : (2025) SEMAK ONLINE PENERIMA

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih merupakan salah satu inisiatif penting kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Melalui program ini, bantuan disalurkan secara bulanan kepada kategori B40 dan M40 yang layak. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya terpilih secara tanpa tunai (cashless) menggunakan MyKad penerima. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan khusus untuk meneruskan pelaksanaan program ini demi memastikan tiada golongan terpinggir daripada arus pembangunan ekonomi negara.

Bagaimanakah cara nak buat semakan bantuan Asas Rahmah? Ikuti kupasan info lengkap di dalam artikel ini.

BACA JUGA: SEMAKAN ONLINE SARA BANTUAN BARANG DAPUR 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Untuk melayakkan diri menerima bantuan Asas Rahmah, pemohon mestilah memenuhi beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan tidak melebihi RM5000 sebulan.
  • Lulus & Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH

Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad kepada penerima mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual berikut untuk maklumat jumlah bantuan bagi setiap kategori:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Pembayaran bantuan ini disusun mengikut kategori kelayakan penerima dengan tarikh yang berlainan, seperti dijelaskan di bawah:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

CARA SEMAK BAKI BANTUAN ASAS RAHMAH

Untuk ketahui jumlah baki bantuan terkini, semakan boleh dibuat melalui aplikasi MyKasih seperti langkah di bawah:

CARA SEMAK BAKI BANTUAN ASAS RAHMAH

SEMAKAN BAKI MELALUI APLIKASI MYKASIH

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store / Apple App Store.

  2. Buka aplikasi dan tekan “Log Masuk”.

  3. Masukkan nombor MyKad (tanpa sengkang) dan tekan “Hantar OTP.

  4. Masukkan kod OTP yang dihantar ke nombor telefon berdaftar.

  5. Sebaik berjaya log masuk, pilih menu “Baki” / “Akaun” / “Transaksi”.

  6. Paparan baki terkini bantuan anda akan dipaparkan.

BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAKAN

Terdapat dua platform rasmi yang boleh digunakan untuk menyemak status bantuan Asas Rahmah secara atas talian. Berikut dikongsikan portal dan panduan semakan:

SEMAKAN BANTUAN MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAKAN
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

SEMAKAN BANTUAN MELALUI PORTAL STR

LOGIN BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAKAN
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan Asas Rahmah Semakan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment