BANTUAN 100 MADANI 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ONE OFF DALAM MYKAD
Bantuan 100 Madani 2026 ialah inisiatif one-off (sekali bayar) yang dikreditkan terus ke MyKad bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan barangan keperluan asas SARA MyKasih dengan lebih mudah. Ia diberikan secara automatik kepada penerima yang layak berdasarkan rekod kerajaan tanpa perlu sebarang permohonan. Melalui sistem bayaran terus dalam MyKad, pengguna boleh membuat pembelian di premis terpilih dengan lebih cepat, selamat dan tanpa tunai.
Ikuti penerangan lanjut berkaitan Bantuan 100 Madani yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA ITU BANTUAN 100 MADANI?
Bantuan ini adalah salah satu inisiatif tunai segera yang diberikan untuk membantu kos harian rakyat. Secara ringkasnya, ia merupakan bantuan sekali bayar yang dikreditkan terus ke MyKad.
- Kredit RM100 dimasukkan terus ke MyKad.
- Termasuk dalam pakej bantuan kos sara hidup bajet 2026.
- Digunakan untuk urusan pembelian di premis terpilih.
SYARAT KELAYAKAN
Hanya syarat yang ringkas yang ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan semua golongan masyarakat dapat menikmati manfaat ini. Secara umum, bantuan ini terbuka kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas tanpa sebarang syarat pendapatan. Perinciannya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Tiada had pendapatan atau status pekerjaan.
PERMOHONAN BANTUAN 100 MADANI 2026
Bantuan ini tidak memerlukan permohonan kerana ia diagihkan secara automatik. Penerima hanya perlu memastikan maklumat dalam rekod kerajaan adalah tepat dan terkini.
- Tiada borang atau pendaftaran.
- Sistem kerajaan menggunakan data sedia ada.
- Bayaran RM100 terus dimasukkan tanpa sebarang tindakan dari penerima.
SEMAKAN STATUS BANTUAN MADANI 100
Penerima yang layak boleh membuat semakan status Bantuan 100 Madani untuk memastikan kredit telah dimasukkan ke dalam MyKad. Rujuk beberapa saluran rasmi berikut yang disediakan kerajaan untuk menyemak status terkini:
- Semak melalui Laman Rasmi SARA (apabila dibuka).
- Semakan transaksi MyKad di kiosk atau mesin khas.
- Rujuk makluman di saluran rasmi kerajaan.
BILA TARIKH BANTUAN AKAN DIKREDITKAN?
Bayaran Bantuan 100 Madani akan dibuat mengikut jadual rasmi Belanjawan 2026. Kerajaan akan menentukan satu tarikh khusus supaya semua penerima menerima kredit secara serentak.
| TARIKH BANTUAN | CARA BAYARAN |
|---|---|
| Pertengahan Februari 2026 | Kredit akan masuk secara automatik ke MyKad. |
*Maklumat tarikh tepat akan diumumkan melalui kenyataan rasmi menjelang hari bayaran.

BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN ONE OFF DALAM MYKAD?
Bantuan 100 Madani hanya boleh digunakan di premis yang menyokong sistem pembayaran MyKad. Proses penggunaannya tidak memerlukan tunai. Berikut ialah langkah untuk menggunakan bantuan one off dalam MyKad bagi pembelian barangan asas SARA:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Anda perlu membuat penggantian MyKad di JPN sebelum menggunakan bantuan tersebut.
Anda boleh semak status bantuan melalui saluran rasmi atau portal semakan yang disediakan.
Tidak. Kredit hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di premis yang menerima pembayaran MyKad.
Tidak. Kredit dalam MyKad adalah khusus untuk penerima dan tidak boleh dipindahkan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan 100 Madani ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/