SEMAKAN STR FASA 4 2025 : SEMAK STATUS BANTUAN TUNAI
Kerajaan meneruskan pelaksanaan STR Fasa 4 tahun 2025 bagi membantu rakyat yang layak menerima bantuan tunai. Bantuan ini merupakan kesinambungan fasa terdahulu dan menjadi bukti keprihatinan kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup. Usaha ini diharap dapat membantu isi rumah B40 serta M40 mengurus perbelanjaan harian dengan lebih baik.
Melalui semakan status, penerima boleh mengetahui kelayakan, jumlah bantuan dan tarikh bayaran STR Fasa 4 2025. Teruskan membaca artikel ini untuk maklumat lengkap.
BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?
Bantuan STR Fasa 4 2025 hanya akan diberikan kepada penerima yang menepati syarat kelayakan. Kelayakan ini dibahagikan mengikut kategori pemohon iaitu isi rumah, warga emas serta bujang. Berikut adalah perinciannya:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
BERAPA JUMLAH STR FASA 4 2025 YANG DISALURKAN?
Jumlah bantuan STR yang disalurkan kepada penerima bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing iaitu antara RM150-RM700. Berikut adalah jadual menunjukkan kategori dan jumlah bantuan yang ditetapkan:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
>5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
>5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|
600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|
600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
CARA STR FASA 4 2025 DIBAYAR
Bagi STR Fasa 4, bayaran dibuat dalam dua cara; terus masuk ke akaun bank untuk penerima yang ada akaun, atau secara tunai di BSN bagi penerima tanpa akaun. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
BILA TARIKH PENGKREDITAN STR FASA 4?
Bayaran bantuan tunai STR Fasa 4 2025 dikreditkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan pastinya sedang ternanti-nanti pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan Fasa 4. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:
FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | 22-28 JANUARI |
FASA 2 | 24 MAC |
FASA 3 | 12 OGOS |
FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Berdasarkan rekod tahun 2024, bayaran bagi fasa 4 dibuat pada November – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
BAGAIMANA SEMAKAN STR FASA 4 2025 DILAKUKAN?
Penerima yang layak boleh membuat semakan status STR Fasa 4 2025 melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Sila pilih menu Log Masuk MySTR dan klik Semakan Status. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Berikut adalah langkah semakan penuh bagi STR Fasa 4 2025:
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN STR FASA 4 2025
Tidak layak, pelajar IPT hanya dibenarkan berada di bawah tanggungan isi rumah.
Tidak, STR adalah bantuan kewangan dan tidak tertakluk kepada cukai.
Ya, boleh log masuk portal MySTR menggunakan telefon bimbit dengan capaian internet.
Bayaran akan dipindahkan untuk tuntutan tunai di BSN.
Boleh. Kemaskini maklumat anak di portal MySTR dengan dokumen sokongan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan STR Fasa 4 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]