TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025: SEMAKAN TERKINI & JUMLAH BANTUAN
Tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 3 dijangka akan bermula pada bulan Julai 2025, tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Seperti fasa sebelum ini, pembayaran akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank penerima yang layak di bawah kategori isi rumah, warga emas, dan bujang.
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah bantuan tunai bersasar yang diberikan oleh kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup golongan B40 dan M40.
BACA JUGA: CHECK STATUS STR: (FASA 3 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
JADUAL TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025 MENGIKUT FASA
| FASA | TARIKH BAYARAN | STATUS |
|---|---|---|
| FASA 1 | Januari 2025 | Selesai |
| FASA 2 | April 2025 | Selesai |
| FASA 3 | Julai 2025 (Tidak Rasmi) | Belum Diumum |
| FASA 4 | November (Anggaran) | Akan Datang |
Nota Penting: Tarikh rasmi akan diumumkan menerusi kenyataan media Kementerian Kewangan atau Perdana Menteri. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my untuk pengesahan.
SIAPA YANG LAYAK TERIMA BAYARAN FASA 3
Bayaran STR Fasa 3 akan diberikan kepada individu dan isi rumah yang telah lulus permohonan atau kemas kini maklumat sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. Antara kategori penerima ialah:
- Isi rumah B40 dan M40
- Warga emas tiada pasangan
- Bujang berpendapatan rendah
- Individu dalam data e-Kasih dan JKM (bergantung kepada kelayakan)
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2025
Jumlah yang diterima berbeza mengikut kategori, jumlah tanggungan, dan pendapatan. Berikut ialah anggaran umum berdasarkan tahun sebelumnya:
| KATEGORI | JUMLAH |
|---|---|
| ISI RUMAH (B40) | RM150 – RM650 |
| ISI RUMAH (M40) | RM150 – RM300 |
| WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM150 |
| BUJANG | RM150 |
NOTA: Jumlah sebenar akan diumumkan secara rasmi semasa pengumuman tarikh bayaran.
CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN STR
Anda boleh menyemak status kelulusan dan maklumat bayaran secara atas talian:
- Layari portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik menu “Semakan Status“
- Masukkan nombor MyKad dan CAPTCHA
- Status akan dipaparkan termasuk jumlah dan fasa bayaran
SOALAN LAZIM (FAQ)
Bayaran dijangka bermula pada Julai 2025, bergantung kepada pengumuman rasmi kerajaan.
Tidak perlu, jika anda sudah lulus dalam permohonan STR 2025 sebelum ini.
Kemaskini maklumat boleh dibuat semasa tempoh yang dibuka melalui portal rasmi STR. Namun jika tempoh tutup telah berlalu, bayaran akan dibuat melalui kaedah alternatif seperti baucar tunai.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Bantuan STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]