TARIKH BAYAR STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terus menjadi antara bantuan kewangan utama yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah. Menerusi pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan telah mengumumkan kesinambungan bantuan STR bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Kini, perhatian tertumpu kepada bayaran Fasa 3 STR 2025 yang bakal diagihkan dalam masa terdekat.
Nak tahu bila tarikh bayar STR 2025? Ikuti segala info lanjut yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: CARA SEMAKAN STR FASA 3
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Terdapat beberapa syarat kelayakan mengikut kategori yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
CARA BAYAR STR 2025
Bantuan STR 2025 akan disalurkan melalui 2 cara yang fleksibel bagi memudahkan proses pembayaran bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Penerima bantuan akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh bagi Fasa 3 2025:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM150 |
| 1-2 ANAK | RM350 |
| 3-4 ANAK | RM500 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM650 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM100 |
| 1-2 ANAK | RM200 |
| 3-4 ANAK | RM250 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM300 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| <RM5000 | RM150 |
- BUJANG
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| <RM2500 | RM150 |
CARA SEMAK BANTUAN STR
Semakan bagi kelayakan Bantuan STR 2025 boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

SEMAKAN DI PORTAL RASMI STR
- Buka laman rasmi STR.
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
TARIKH BAYAR STR 2025
Bantuan STR 2025 disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan mesti sedang ternanti-nanti pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan Fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Berdasarkan rekod tahun 2024, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
RUJUKAN
Panduan bagi Tarikh Bayar STR 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]