TARIKH BANTUAN STR FASA 4 2025 SEMAKAN ONLINE

TARIKH BANTUAN STR FASA 4 2025 SEMAKAN ONLINE

Kerajaan meneruskan agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 kepada rakyat yang layak. Semakan online penting dilakukan untuk mengetahui tarikh Bantuan STR Fasa 4 dan jumlah bayaran yang akan diterima. Inisiatif ini membuktikan komitmen kerajaan dalam membantu isi rumah B40 dan M40 mengurus kos sara hidup dengan lebih baik.

Penjelasan lengkap tersedia di bawah.

BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR?

Bantuan STR ada syarat kelayakan tersendiri. Pemohon perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan mengikut kategori sama ada isi rumah, warga emas atau bujang. Berikut adalah perinciannya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Penting: Individu bujang yang masih dalam pengajian IPTA/IPTS tidak layak memohon sebagai pemohon bujang. Sebaliknya, mereka perlu dimasukkan dalam maklumat tanggungan permohonan isi rumah.

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR YANG DIKREDITKAN?

Sebagai makluman, jumlah bayaran STR Fasa 4 adalah antara RM150-RM700, bergantung kepada kategori penerima. Lihat jadual di bawah bagi butiran jumlah yang layak diterima:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
01000500150150200
1-21500500300350350
3-42000500500500500
>52500500650650700
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
0500150100150100
1-2750150200200200
3-41000250250250250
>51250300300300350
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150
  • BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150

BAGAIMANA CARA BAYARAN BANTUAN STR DIAGIHKAN?

Pengagihan bayaran Bantuan STR dilakukan berdasarkan jenis penerima. Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing. Manakala, penerima tanpa akaun bank boleh mengambil bayaran secara tunai di kaunter BSN. Perincian lanjut adalah seperti berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BANTUAN STR FASA 4 SEMAKAN STATUS

Semakan status bayaran dan tarikh Bantuan STR Fasa 4 kini lebih mudah! Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my, log masuk ke akaun MySTR dan pilih Semakan Status. Anda juga boleh hubungi talian rasmi BKK di 1-800-88-2747 untuk sebarang pertanyaan pada waktu operasi 9 pagi hingga 5 petang. Berikut adalah langkah penuh semakan status Bantuan STR:

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Tekan pada butang [Log Masuk].
    • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  4. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
    • Tekan [Ya] sekiranya betul.
  5. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  6. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  7. Klik pada butang [Semakan 2025].
    • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  8. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
    • Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
LOGIN BANTUAN STR FASA 4 SEMAKAN STATUS

BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4?

Tarikh bayaran Bantuan STR fasa empat (4) akan mula dikreditkan bermula November dimana ini merupakan fasa terakhir bayaran bagi tahun 2025 dengan merujuk trend bayaran pada tahun sebelumnya.
Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

Berikut disediakan jadual lengkap yang memaparkan fasa Bantuan STR beserta tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
Fasa 122-28 Januari
Fasa 224 Mac
Fasa 312 Ogos
Fasa 4November

*Tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 4 akan di kemaskini mengikut pengumuan rasmi kerajaan jika berlaku perubahan.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Macam mana nak tahu tarikh duit Bantuan STR masuk bank?

Rujuk portal STR atau semak notifikasi bank.

Boleh tukar akaun bank untuk STR?

Ya, dengan kemaskini maklumat di portal STR

STR boleh diwarisi kalau penerima meninggal dunia?

Tidak, tapi tanggungan boleh buat permohonan baru.

Akaun bank ditutup selepas mohon, macam mana?

Bayaran akan dibuat secara tunai di BSN.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Tarikh Bantuan STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email : [email protected]

Leave a Comment