SYUKUR SABAH SEMAKAN STATUS FASA 3 2025
Kerajaan Negeri Sabah meneruskan pelaksanaan Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 tahun 2025 untuk membantu rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup. Bantuan ini memberi tumpuan kepada isi rumah berpendapatan rendah termasuk di kawasan pedalaman. Inisiatif ini diharapkan dapat mengurangkan beban kewangan rakyat sekaligus mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat Sabah.
Melalui semakan status bantuan SYUKUR Sabah, penerima boleh mengetahui kelayakan, jumlah bayaran dan tarikh pengkreditan. Semua info penting ada dalam artikel ini.
BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025
APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH?
Bantuan SYUKUR Sabah (Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) merupakan bantuan tunai bersasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah sejak awal tahun 2025. Bantuan ini diberikan secara automatik kepada penerima yang layak, berdasarkan data daripada sistem eKasih dan PADANS (Pangkalan Data Miskin Negeri Sabah). Setiap fasa bantuan menyalurkan jumlah RM900 secara sekaligus, iaitu bersamaan RM300 sebulan untuk tempoh tiga bulan.
SYARAT KELAYAKAN STATUS SYUKUR SABAH
Terdapat beberapa syarat asas dan syarat khas yang telah ditetapkan mengikut kategori penerima. Berikut adalah perincian syarat yang perlu dipenuhi:
- SYARAT ASAS SYUKUR SABAH
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia.
- Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
- Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H‘.
*Selain itu, penerima mesti memenuhi salah satu daripada syarat berikut:
- Dikategorikan sebagai miskin / miskin tegar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
- Pendapatan isi rumah kurang daripada Garis Kemiskinan (PGK).
- SYARAT KHAS SYUKUR SABAH MENGIKUT KATEGORI PENERIMA
KATEGORI B40 | KELAYAKAN |
---|---|
Pendapatan <RM1218 | -Ketua isi rumah dan pasangan; atau -Ketua isi rumah dan anak berumur 18 tahun ke atas. |
KATEGORI M40 | KELAYAKAN |
---|---|
Pendapatan RM1219-RM2742 | Hanya satu ketua isi rumah sahaja layak. |
BILA TARIKH BANTUAN SYUKUR SABAH DIKREDITKAN?
Bayaran Bantuan Syukur Sabah dikreditkan secara berperingkat melibatkan 4 fasa keseluruhan. Proses bayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telahpun selesai dilaksanakan. Seterusnya, Fasa 3 dijadualkan pada bulan September. Untuk rujukan lebih jelas, berikut adalah jadual mengikut fasa bayaran:
FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | JANUARI 2025 |
FASA 2 | APRIL 2025 |
FASA 3 | SEPTEMBER 2025 |
FASA 4 | NOVEMBER 2025 |
BAGAIMANA CARA BAYARAN SYUKUR SABAH DISALURKAN?
Bantuan SYUKUR Sabah akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui tiga cara pembayaran utama, iaitu:
- Kredit terus ke akaun bank penerima.
- Tunai secara fizikal.
- Kredit ke dalam eWallet YONO.
BERAPA JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH 2025?
Setiap penerima yang layak akan menerima jumlah bayaran yang sama iaitu RM900 bagi setiap fasa bagi kategori miskin dan RM1800 bagi kategori miskin tegar melalui 2 penerima setiap rumah. Rujuk jadual berikut untuk butiran terperinci:
FASA BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | RM900 |
FASA 2 | RM900 |
FASA 3 | RM900 |
FASA 4 | RM900 |
SYUKUR SABAH SEMAKAN STATUS FASA 3
Penerima bantuan boleh membuat semakan status SYUKUR Sabah Fasa 3 secara online melalui 2 cara iaitu semakan status di laman rasmi https://syukur.sabah.gov.my dan melalui aplikasi Yono Superapp. Langkah lengkap semakan adalah seperti berikut:
SYUKUR SABAH SEMAKAN STATUS MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi: https://syukur.sabah.gov.my
- Klik “Semakan Permohonan”
- Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang).
- Tekan butang Semak
- Status bayaran & kelayakan akan dipaparkan secara automatik.

SYUKUR SABAH SEMAKAN STATUS MELALUI APLIKASI
- Muat turun aplikasi YONO SuperApp:
- Log masuk atau daftar akaun.
- Pilih menu Bantuan SYUKUR.
- Status bayaran & baki akan terpapar.

SOALAN LAZIM (FAQ) SYUKUR SABAH SEMAKAN STATUS
Penerima boleh hubungi talian hotline yang disediakan oleh kerajaan negeri atau Pejabat Daerah terdekat untuk bantuan lanjut.
Keputusan pelaksanaan bergantung kepada dasar kerajaan negeri dan peruntukan semasa.
Ya, rayuan boleh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan melalui saluran rasmi.
Tidak. Sekiranya permohonan telah diluluskan, bantuan akan diteruskan mengikut jadual pembayaran fasa yang ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Syukur Sabah Semakan Status ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah: https://padans.sabah.gov.my
- Portal Sekretariat Maju Jaya Sabah: https://smj.sabah.gov.my
- Hotline SYUKUR Sabah: 088 338 338
- Talian Whatsapp: 010-5828207