STR SEMAKAN 2026: SEMAK STATUS BAYARAN BAGI BANTUAN FASA 1

STR SEMAKAN 2026: SEMAK STATUS BAYARAN BAGI BANTUAN FASA 1

STR Semakan 2026 bagi Fasa 1 membolehkan pemohon mengetahui status kelayakan dan bayaran bantuan yang diterima mengikut kategori masing-masing. Proses semakan ini penting bagi memastikan maklumat penerima adalah tepat serta bayaran disalurkan tanpa sebarang isu.

Semak di bawah untuk penerangan menyeluruh.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Bagi memastikan bantuan disasarkan secara tepat, kelayakan STR 2026 masih berasaskan kriteria sedia ada dengan beberapa penambahbaikan dari segi ketelusan. Antara syarat utama STR 2026 yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

*Pemohon bujang yang memenuhi syarat kelayakan tidak menerima bayaran STR dalam bentuk tunai seperti kategori isi rumah. Sebaliknya, bantuan bagi kategori ini disalurkan melalui Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.

STR SEMAKAN 2026

Pemohon yang layak boleh membuat semakan status STR Fasa 1 2026 melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di bantuantunai.hasil.gov.my atau menghubungi Hotline BKK. Panduan semakan penuh STR 2026 adalah seperti yang diterangkan di bawah:

STR SEMAKAN 2026 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan STR 2026 :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR TERKINI

SEMAKAN STR 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal rasmi, semakan status STR 2026 juga boleh dibuat melalui platform MyGOV Malaysia dengan syarat akaun MyDigital ID telah didaftarkan dan aktif. Berikut merupakan langkah ringkas untuk membuat semakan melalui MyGOV Malaysia:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan Status Permohonan STR 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan permohonan STR 2026 & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

BILA TARIKH BAYARAN FASA 1 STR DIKREDITKAN?

Bayaran STR 2026 tidak dibuat secara sekaligus, sebaliknya diagihkan secara berperingkat sepanjang tahun. Bagi Fasa 1, bayaran mula dikreditkan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
BILA TARIKH BAYARAN FASA 1 STR DIKREDITKAN

BERAPA JUMLAH STR 2026 FASA 1?

Jumlah bantuan yang diterima bagi Fasa 1 adalah berbeza bagi setiap pemohon kerana ia ditentukan mengikut kategori dan kelayakan. Perincian jumlah bantuan akan dijelaskan melalui jadual di bawah:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0700200
1-21200300
3-41700400
>52200500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0200100
1-2450100
3-4700150
>5950200
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
<RM5000600150
BERAPA JUMLAH STR 2026 FASA 1?

BAGAIMANA STR 2026 DIBAYAR?

Bantuan STR 2026 disalurkan menggunakan kaedah pembayaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan agihan berjalan lancar. Kaedah pembayaran bantuan adalah seperti perincian berikut:

JENIS PENERIMACARA BAYARAN
Penerima Mempunyai Akaun BankBayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR?

Pemohon baharu dan penerima sedia ada digalakkan memiliki akaun MySTR bagi memudahkan urusan semakan dan pengurusan bantuan STR 2026. Pendaftaran akaun MySTR boleh dibuat secara dalam talian melalui langkah-langkah berikut:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR

PERMOHONAN BAHARU STR 2026

Bagi individu atau isi rumah yang belum pernah memohon STR sebelum ini, permohonan baharu STR 2026 bagi Fasa 2 dibuka dari 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Proses permohonan STR 2026 boleh dibuat secara dalam talian atau manual dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

PERMOHONAN BAHARU STR 2026

PERMOHONAN STR 2026 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN BAHARU STR 2026

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baharu STR 2026 di sini:

PERMOHONAN STR 2026 SECARA MANUAL

Bagi pemohon yang menghadapi kekangan akses internet, permohonan baharu STR 2026 turut disediakan secara manual. Permohonan manual boleh dibuat dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI

Bagi mengelakkan sebarang isu kelayakan atau kelewatan bayaran, pemohon disarankan mengemas kini maklumat peribadi secara berkala. Cara pengemaskinian maklumat melalui portal MySTR adalah seperti berikut:

  1. Log masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI

CARA BUAT RAYUAN STR 2026

Kerajaan turut membuka tempoh rayuan khas bagi pemohon yang permohonan terdahulu tidak diluluskan. Tarikh rayuan STR 2026 diumumkan secara rasmi seperti butiran berikut:

TARIKH RAYUAN STR 2026
Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026
CARA BUAT RAYUAN STR 2026

Cara rayuan STR secara dalam talian:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

CARA BUAT RAYUAN STR 2026

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah status STR boleh berubah selepas Fasa 1?

Ya, status boleh berubah bergantung kepada kemaskini maklumat dan semakan semula kelayakan.

Kenapa status lulus tetapi bayaran belum diterima?

Bayaran dikreditkan mengikut jadual dan bank yang berbeza mungkin mengambil masa pemprosesan.

Adakah perlu semak STR setiap fasa?

Disarankan untuk membuat semakan STR 2026 setiap fasa bagi memastikan tiada perubahan status.

Bolehkah wakil membuat semakan bagi pihak penerima?

Semakan memerlukan maklumat peribadi dan akses akaun penerima sendiri..

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi STR Semakan 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment