STR PERMOHONAN BARU 2026 : DAFTAR, SEMAK KELAYAKAN & BERAPA JUMLAH BAYARAN
Kerajaan terus komited membantu rakyat melalui pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026. Bantuan ini memberi kelegaan kepada golongan B40 dan M40 yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Bagi yang belum pernah memohon, pendaftaran baharu STR kini dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025 untuk semakan dan kemas kini maklumat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan lengkap cara permohonan baru, jumlah bayaran dan semak kelayakan STR 2026.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Permohonan baru STR 2026 terbuka kepada warganegara Malaysia berpendapatan isi rumah di bawah paras kelayakan yang ditetapkan. Kelayakan berbeza mengikut kategori isi rumah B40 & M40 serta warga emas. Berikut butirannya:
KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Makluman: Golongan bujang tidak layak di bawah STR mulai tahun 2026. Bantuan untuk mereka kini disalurkan melalui Program SARA.
JUMLAH BAYARAN STR 2026 YANG DISALURKAN
Jumlah bayaran STR 2026 akan disalurkan mengikut kategori dan fasa yang ditetapkan. Setiap isi rumah & warga emas akan menerima jumlah berbeza berdasarkan kelayakan. Berikut perinciannya:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| <RM5000 | 600 |
BAGAIMANA CARA PENDAFTARAN AKAUN BARU MYSTR?
Bagi memudahkan semakan status, pendaftaran akaun MySTR diwajibkan kepada semua penerima sama ada sedia ada atau pengguna baru yang membuat permohonan STR 2026. Langkahnya seperti berikut:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

STR PERMOHONAN BARU 2026
Proses permohonan baru STR 2026 boleh dilakukan melalui portal MySTR secara online (https://bantuantunai.hasil.gov.my). Semak langkah permohonan baru STR 2026 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
- Klik pautan laman Portal Rasmi MySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pergi ke bahagian Permohonan :
- Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
- Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
- Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
- Masukkan maklumat peribadi :
- Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
- Maklumat individu akan dipaparkan :
- Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
- Lengkapkan maklumat peribadi :
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pergi halaman permohonan seterusnya :
- Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
- Pilih Status Perkahwinan :
- “Berkahwin”;
- “Bercerai”;
- “Bujang”;
- Jika status pasangan telah tiada, pilih “Kematian pasangan”.
- Lengkapkan maklumat pasangan :
- Sekiranya anda memilih status “Berkahwin”, isikan maklumat pasangan.
- Isikan maklumat anak (jika ada) :
- Masukkan nama dan nombor MyKid anak jika ada dan terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi.
- Muat naik dokumen sokongan :
- Dokumen sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Masukkan maklumat waris :
- Maklumat waris yang perlu diisi hubungan adik beradik atau saudara terdekat.
- Sahkan kod Captcha :
- Nilai “kod Captcha” yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
- Hantar borang permohonan :
- Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
- Permohonan berjaya :
- Bagi permohonan yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026 PERMOHONAN BARU
Pastikan maklumat anda sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan isu kelayakan dalam STR Fasa 1 2026. Proses kemaskini boleh dilakukan di portal MySTR seperti langkah di bawah:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR PERMOHONAN BARU 2026
Penerima sedia ada hanya perlu kemaskini maklumat jika ada perubahan.
Semakan kategori boleh dilihat pada paparan status selepas permohonan dihantar.
Fasa pertama dijangka bermula pada suku pertama tahun 2026.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi STR Permohonan Baru 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/