STR 2026 SEMAKAN : SEMAKAN STATUS, TARIKH BAYARAN & JUMLAH BANTUAN

STR 2026 SEMAKAN : SEMAKAN STATUS, TARIKH BAYARAN & JUMLAH BANTUAN

STR 2026 terus menjadi antara inisiatif bantuan tunai utama kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar. Melalui semakan STR 2026, penerima boleh mengetahui status kelayakan, anggaran jumlah bantuan serta tarikh bayaran yang akan dikreditkan mengikut fasa ditetapkan. Maklumat ini penting supaya penerima dapat membuat perancangan kewangan lebih awal dan teratur.

Maklumat menyeluruh tersedia di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Syarat kelayakan STR 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Syarat-syaratnya adalah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Makluman: Bagi individu bujang, anda akan menerima Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.

BILA TARIKH BAYARAN STR 2026 DIKREDITKAN?

Bayaran bantuan STR bagi tahun 2026 akan dilaksanakan secara berperingkat dalam empat (4) fasa, tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan dari semasa ke semasa. Untuk Fasa 1, bayaran telah dikreditkan mengikut tarikh berikut:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
BILA TARIKH BAYARAN STR 2026 DIKREDITKAN

STR 2026 SEMAKAN

Penerima yang layak boleh membuat semakan status STR 2026 melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di bantuantunai.hasil.gov.my atau menghubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 pada waktu operasi. Panduan semakan penuh STR 2026 adalah seperti yang diterangkan di bawah:

SEMAKAN STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
STR 2026 SEMAKAN

SEMAKAN STR 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Bagi semakan STR 2026 melalui MyGOV Malaysia, pengguna perlu memastikan akaun MyDigital ID telah didaftarkan dan diaktifkan terlebih dahulu. Berikut adalah langkah ringkas untuk membuat semakan STR 2026 melalui MyGov Malaysia:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan STR 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
STR 2026 SEMAKAN

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR DISALURKAN?

Jumlah bayaran STR 2026 adalah berbeza mengikut kategori penerima dan akan diperincikan melalui jadual jumlah bantuan seperti di bawah:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0700200
1-21200300
3-41700400
>52200500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0200100
1-2450100
3-4700150
>5950200
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
<RM5000600150
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR DISALURKAN

BAGAIMANA BAYARAN STR 2026 DIAGIHKAN?


Bantuan STR 2026 akan diagihkan kepada penerima yang layak melalui kaedah pembayaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti perincian berikut:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR?

Semua penerima STR 2026, sama ada pemohon baharu atau sedia ada, digalakkan memiliki akaun MySTR bagi memudahkan semakan status, maklumat bayaran, kemaskini data peribadi serta akses kepada info bantuan terkini. Pendaftaran MySTR boleh dilakukan secara dalam talian seperti langkah-langkah berikut:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR

PERMOHONAN BAHARU STR 2026

Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan baharu sepanjang tahun melalui portal MySTR. Permohonan baharu bagi Fasa 2 STR 2026 dibuka mulai 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Berikut adalah cara permohonan penuh STR 2026 secara online & manual:

PERMOHONAN BAHARU STR 2026

PERMOHONAN STR 2026 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN BAHARU STR 2026

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baharu STR 2026 di sini:

STR 2026 PERMOHONAN SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

CARA MOHON RAYUAN STR 2026

Proses rayuan bagi permohonan terdahulu yang tidak diluluskan telah pun dibuka. Tarikh rayuan STR 2026 diumumkan secara rasmi seperti berikut:

TARIKH RAYUAN STR 2026
Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026
CARA MOHON RAYUAN STR 2026

Rayuan STR secara online:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

CARA MOHON RAYUAN STR 2026

CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR

Bagi mengelakkan sebarang isu kelayakan, pemohon disaran mengemas kini maklumat peribadi, pendapatan dan tanggungan secara berkala melalui portal MySTR. Cara-cara pengemaskinian seperti berikut:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bilakah masa terbaik untuk membuat semakan STR 2026?

Semakan boleh dibuat sebaik sahaja portal dibuka atau selepas pengumuman rasmi bayaran setiap fasa.

Adakah semakan STR perlu dibuat setiap fasa?

Digalakkan kerana status dan jumlah bayaran boleh berbeza mengikut fasa.

Jika status masih “dalam proses”, apa maksudnya?

Permohonan masih dalam peringkat semakan dan belum dimuktamadkan.

Jika maklumat tidak dikemas kini, adakah bantuan terjejas?

Ya, maklumat tidak tepat boleh menjejaskan kelayakan bantuan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi STR 2026 Semakan ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment