SENTUHAN KASIH SABAH (SYUKUR) FASA 3 2025 CHECK STATUS
Melalui program Sentuhan Kasih Sabah (SYUKUR) Fasa 3 2025, penerima yang layak akan terus mendapat manfaat bantuan tunai. Bantuan ini disalurkan bagi memastikan rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup menerima sokongan sewajarnya. Penerima boleh membuat semakan status Fasa 3 Sentuhan Kasih Sabah untuk mengetahui maklumat kelayakan serta tarikh bayaran yang ditetapkan. Teruskan mengikuti artikel ini untuk elak terlepas maklumat penting.
BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025
APA ITU SENTUHAN KASIH SABAH?
Bantuan Sentuhan Kasih Sabah (SYUKUR) ialah inisiatif kerajaan negeri untuk meringankan beban kewangan golongan miskin dan miskin tegar. Melalui bantuan ini, penerima akan menerima RM300 setiap bulan, bersamaan RM900 bagi setiap fasa, dengan keseluruhannya 4 fasa setahun. Program ini diwujudkan bagi membantu rakyat menyediakan keperluan asas dan menikmati kehidupan yang lebih selesa. Selain itu, ia juga menyokong agenda kerajaan negeri dalam mengurangkan kemiskinan tegar di Sabah. Dengan adanya peruntukan khas melalui Belanjawan Negeri, bantuan ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat.
SYARAT KELAYAKAN
Bantuan Sentuhan Kasih Sabah (SYUKUR) menetapkan beberapa syarat khusus yang perlu diikuti oleh setiap pemohon. Syarat tersebut terdiri daripada syarat asas dan syarat khas yang berbeza mengikut kategori penerima. Berikut adalah perincian syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
SYARAT ASAS SYUKUR SABAH
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia.
- Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
- Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H‘.
- Selain itu, penerima mesti memenuhi salah satu daripada syarat berikut:
- Dikategorikan sebagai miskin / miskin tegar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
- Pendapatan isi rumah kurang daripada Garis Kemiskinan (PGK).
SYARAT KHAS SYUKUR SABAH
- B40 (pendapatan < RM1,218)
- Layak untuk ketua isi rumah dan pasangan, atau ketua isi rumah dan anak berumur 18 tahun ke atas.
- M40 (pendapatan RM1,219–RM2,742)
- Hanya satu ketua isi rumah sahaja layak.
SENTUHAN KASIH SABAH CHECK STATUS
Penerima yang layak boleh check status bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Sabah (SYUKUR) secara atas talian. Penerima hanya perlu menggunakan salah satu daripada dua kaedah iaitu melalui syukur.sabah.gov.my atau aplikasi Yono Superapp. Berikut ialah panduan langkah semakan:
CHECK STATUS SYUKUR SABAH MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi: https://syukur.sabah.gov.my
- Klik “Semakan Permohonan”
- Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang).
- Tekan butang Semak
- Status bayaran & kelayakan akan dipaparkan secara automatik.

CHECK STATUS SYUKUR SABAH MELALUI APLIKASI TELEFON
- Muat turun aplikasi YONO SuperApp:
- Log masuk atau daftar akaun.
- Pilih menu Bantuan SYUKUR.
- Status bayaran & baki akan terpapar.

BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN?
Jumlah Bantuan Sentuhan Kasih Sabah telah ditetapkan secara jelas mengikut kategori. Kategori miskin akan memperoleh RM900, manakala kategori miskin tegar dengan dua penerima dalam isi rumah akan menerima RM1800. Butiran lengkap boleh dirujuk melalui jadual di bawah:
FASA BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | RM900 |
FASA 2 | RM900 |
FASA 3 | RM900 |
FASA 4 | RM900 |
BAGAIMANA CARA BAYARAN SENTUHAN KASIH SABAH DIAGIHKAN?
Untuk kemudahan penerima, Bantuan SYUKUR Sabah ditawarkan melalui tiga pilihan cara pembayaran. Antara pilihannya ialah kredit bank, bayaran tunai, dan kemasukan terus ke eWallet YONO. Berikut adalah butirannya:
- Kredit terus ke akaun bank penerima.
- Tunai secara fizikal.
- Kredit ke dalam eWallet YONO.
BILA TARIKH BAYARAN SENTUHAN KASIH SABAH FASA 3?
Pengkreditan Bantuan SYUKUR Sabah dilaksanakan secara berfasa, iaitu sebanyak empat kali setahun. Bayaran untuk Fasa 1 dan Fasa 2 telah diselesaikan, sementara Fasa 3 telah bermula pada 29 September 2025. Lihat jadual di bawah untuk tarikh penuh bagi setiap fasa:
FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | Januari 2025 |
FASA 2 | April 2025 |
FASA 3 | September 2025 |
FASA 4 | November 2025 |
SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, penerima boleh rujuk pejabat daerah atau pejabat kebajikan masyarakat berhampiran.
Penerima boleh hubungi talian bantuan rasmi atau hadir ke pejabat berkaitan.
Penerima boleh tukar maklumat bayaran melalui portal rasmi atau pejabat daerah.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Sentuhan Kasih Sabah ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah: https://padans.sabah.gov.my
- Portal Sekretariat Maju Jaya Sabah: https://smj.sabah.gov.my
- Hotline SYUKUR Sabah: 088 338 338
- Talian Whatsapp: 010-5828207