SENARAI BARANGAN MYKASIH YANG BOLEH DIBELI GUNA MYKAD
Program SARA MyKasih 2025 membolehkan lebih 5.4 juta penerima membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai dan pasar raya terpilih. Senarai barangan MyKasih yang dibenarkan disediakan khas supaya bantuan digunakan untuk tujuan sebenar iaitu keperluan harian. Dengan adanya panduan ini, penerima boleh merancang perbelanjaan bulanan mengikut jumlah bantuan yang diterima. Langkah ini membantu memastikan bantuan kerajaan benar-benar sampai dan dimanfaatkan rakyat.
Penerima bantuan SARA MyKasih digalakkan untuk menyemak senarai barangan asas yang boleh dibeli guna MyKad. Ikuti artikel ini untuk info lebih lanjut.
BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025
SENARAI BARANGAN MYKASIH YANG BOLEH DIBELI
Penambahan kategori baharu iaitu produk kebersihan rumah mulai 1 Mei 2025 menjadikan jumlah barangan asas MyKasih kini sebanyak 14 kategori. Berikut ialah senarai kategori barangan MyKasih dan contoh jenama popular:
KATEGORI BARANGAN MYKASIH | CONTOH JENAMA |
---|---|
BERAS | Jasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation |
ROTI | Massimo, Mighty White, Gardenia |
TELUR | CP, QL Eggs, Nutri Plus |
MINYAK MASAK | Seri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit |
TEPUNG | Sauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
BISKUT | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng |
MI SEGERA | Indo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan |
MINUMAN | BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico |
MAKANAN DALAM TIN | Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup |
BAHAN PERASA | Puteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s |
PRODUK KEBERSIHAN DIRI | Colgate, Kotex, Dettol |
UBAT-UBATAN | Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam |
KEPERLUAN SEKOLAH | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih |
BARANGAN KEBERSIHAN RUMAH | Breeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso |

DIMANA LOKASI KEDAI RAKAN NIAGA BARANGAN MYKASIH?
Penerima bantuan boleh membuat pembelian barangan asas di lebih 7300 senarai lokasi kedai dan pasar raya yang menjadi rakan niaga MyKasih, bergantung kepada lokasi masing-masing. Antara contohnya adalah seperti berikut:
- Mydin
- Lotus’s
- Econsave
- Giant
- Billion
- The Store
- Aeon Big
- TF Value Mart
- 99 Speedmart
- KK Super Mart
- Pasaraya Fresh Grocer
- Super Seven
Nota Tambahan: Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
BAGAIMANA CARA PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH GUNA MYKAD?
Cara guna bantuan dalam MyKad untuk membuat pembelian, pertama sekali penerima perlu memilih senarai barang MyKasih yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT
Seorang pelajar universiti di bandar berkata:
“Bantuan ini membantu untuk beli barang dapur asas bila duduk rumah sewa dengan kawan-kawan.”
Namun seorang petani berkongsi cabaran:
“Kena pergi pekan sebab kedai kampung tak terima MyKad. Jauh juga kalau nak beli barang.”
SOALAN LAZIM (FAQ) SENARAI BARANGAN MYKASIH
SARA MyKasih ialah bantuan kerajaan dalam bentuk barangan asas yang boleh ditebus menggunakan MyKad di kedai atau pasar raya terpilih.
Terdapat dua jenis iaitu SARA bulanan dan SARA one-off.
SARA bulanan dimasukkan setiap bulan untuk tempoh tertentu, manakala SARA one-off hanya diberi sekali dalam jumlah yang ditetapkan.
Penerima mestilah isi rumah B40 atau miskin yang tersenarai dalam pangkalan data kerajaan dan disahkan layak.
Semakan boleh dibuat di portal rasmi bantuan kerajaan atau melalui agensi berkaitan seperti JKM dan MyKasih Foundation.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Senarai Barangan MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]