SEMAKAN STATUS STR : SEMAK KELAYAKAN FASA 3 2025

SEMAKAN STATUS STR : SEMAK KELAYAKAN FASA 3 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan kepada golongan yang layak, khususnya isi rumah B40 dan M40. Menjelang pertengahan tahun 2025, perhatian kini tertumpu kepada Fasa 3 STR iaitu salah satu fasa penting dalam penyaluran bantuan tersebut. Ramai penerima ingin mengetahui sama ada mereka masih layak dan bilakah bayaran akan diterima.

Bagaimanakah cara nak buat semakan status STR? Ikuti artikel ini untuk segala panduan lengkap yang telah disediakan.

BACA JUGA: SEMAK BANTUAN STR BUJANG 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR

Pemohon bantuan perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan mengikut kategori mereka bagi memastikan hanya yang benar-benar layak sahaja yang akan terpilih. Berikut adalah syarat-syarat bagi kelayakan bantuan STR:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu berkategori bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH BANTUAN STR

Jumlah bantuan adalah bergantung kepada kategori kelayakan pemohon. Penerima bantuan akan mendapat jumlah yang berbeza seperti maklumat berikut:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN BAWAH RM2500)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM1000
1-2 ANAKRM1500
3-4 ANAKRM2000
5 ANAK KE ATASRM2500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM500
1-2 ANAKRM750
3-4 ANAKRM1000
5 ANAK KE ATASRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
BAWAH RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
BAWAH RM2500RM600

CARA BAYARAN STR

Pembayaran bantuan ini dibuat melalui 2 cara bergantung kepada kemudahan akses jenis penerima seperti butiran di bawah:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

TARIKH BAYARAN STR

Bantuan STR terbahagi kepada 4 fasa dan Fasa 1 & Fasa 2 telah selesai agihan pembayarannya. Penerima bantuan kini pastinya sedang menunggu untuk tarikh pembayaran Fasa 3. Jadual di bawah menuujukkan fasa bantuan dan tarikh bayaran untuk gambaran yang lebih jelas:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA SATU (1)22-28 JANUARI
FASA DUA (2)24 MAC
FASA TIGA (3)OGOS
FASA EMPAT (4)NOVEMBER

Penafian: Tarikh akan dikemaskini semula mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Berdasarkan rekod tahun lalu, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

SEMAKAN STATUS STR

Status kelayakan STR boleh disemak melalui atas talian sahaja bagi memudahkan penerima bantuan untuk membuat semakan. Berikut disertakan langkah-langkah terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi:

SEMAKAN STATUS STR

SEMAKAN MELALUI PORTAL STR

  1. Buka laman rasmi STR.

    Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  9. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  10. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  11. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Status STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  3. Email : [email protected]

Leave a Comment