SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN (STR FASA 3 2025)

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN (STR FASA 3 2025)

Skim Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan inisiatif berterusan kerajaan dalam membantu meringankan beban kewangan rakyat berpendapatan rendah di Malaysia. Melalui program ini, pelbagai kategori penerima termasuk isi rumah, warga emas dan bujang akan menerima bantuan kewangan secara berperingkat sepanjang tahun. STR 2025 bukan sahaja mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat, malah turut menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang paling memerlukan sokongan dalam menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Dengan mengambil manfaat penyasaran semula subsidi, kadar bayaran bantuan tahun ini telah ditingkatkan dan untuk Fasa 1 dan Fasa 2 pembayaran telah berjaya dikreditkan kepada pemohon yang layak.

Bagaimana nak buat semakan status bayaran bantuan untuk fasa 3? Semak panduan lengkap dibawah.

BACA JUGA: SEMAKAN SENARAI BANTUAN BARANGAN ASAS TERKINI MYKASIH 2025

SEMAKAN TARIKH BAYARAN BANTUAN STR

Proses pembayaran bagi bantuan STR 2025 adalah secara berperingkat sepanjang tahun. Dimana, pembayaran dibuat melalui Empat (4) Fasa.

FASA PEMBAYARANTARIKH BAYARAN
SATU (1)22 – 28 January 2025
DUA (2)24 April 2025
TIGA (3)Ogos 2025
EMPAT (4)November 2025

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR

Jumlah bayaran yang diperuntukkan adalah berbeza bagi setiap kategori pemohon. Ini mengambil kira kadar keperluan kewangan yang diperlukan oleh individu.

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
ISI RUMAH
Pendapatan RM2,500 Ke Bawah
5 Anak Ke atas : RM2,500
3 – 4 Anak : RM2,000
2 – 1 Anak: RM1,500
Tiada Anak : RM1,000
ISI RUMAH
Pendapatan RM2,501 – RM5,000
5 Anak ke atas : RM1,250
3 – 4 Anak : RM1,000
1 -2 Anak : RM750
Tiada Anak : RM 500
WARGA EMAS (60 Tahun Ke Atas)
Pendapatan RM5,000 Ke Bawah
RM 600
BUJANG (21 – 59 Tahun)
BUJANG (OKU) (19 Tahun Ke Atas)
Pendapatan RM2,500 Ke Bawah
RM600

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN

Untuk buat semakan status bayaran bantuan FASA 3, pemohon boleh ikuti langkah mudah secara online dibawah untuk buat semakan.

CARA SEMAK STR FASA 3

  1. Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

  2. Pada halaman utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Sila tekan pada butang [Log Masuk].

  5. Kemudian, Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.

  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  9. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  10. Seterusnya, tekan pada butang [Semakan 2025] di bawah.

  11. Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  12. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  13. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

  14. Proses semakan selesai.

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Status Bayaran Bantuan STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment