SEMAKAN KELAYAKAN SUBSIDI RON95 BUDI MADANI 2025

SEMAKAN KELAYAKAN SUBSIDI RON95 BUDI MADANI 2025

Kerajaan melalui inisiatif Budi Madani memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati subsidi petrol RON95 pada harga mampu milik. Semakan kelayakan subsidi RON95 penting dilakukan agar setiap penerima dapat mengesahkan status mereka dalam sistem. Prosesnya kini lebih mudah kerana boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke mana-mana pejabat. Dengan cara ini, bantuan sampai kepada golongan sasaran dengan lebih telus dan berkesan. Nak tahu lebih lanjut? Jom baca artikel ini sampai habis.

BACA JUGA: CARA MOHON MYKAD ONLINE : LANGKAH TUKAR KAD LAMA ATAU ROSAK

APA ITU SUBSIDI RON95 BUDI MADANI?

Subsidi RON95 Budi Madani menawarkan pengalaman baharu menikmati petrol bersubsidi. Dengan hanya menggunakan MyKad semasa mengisi minyak, harga subsidi terus ditolak secara automatik. Tiada lagi proses rumit – mudah, cepat, dan menguntungkan rakyat Malaysia.

APA ITU SUBSIDI RON95 BUDI MADANI

SYARAT KELAYAKAN SUBSIDI RON95

Beberapa syarat asas telah ditetapkan untuk membolehkan rakyat Malaysia menerima subsidi RON95 Budi Madani. Syarat yang mudah ini memberi peluang lebih luas kepada orang ramai menikmati harga petrol subsidi. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia dengan MyKad yang sah.
  • Mempunyai kereta atau motosikal berdaftar di JPJ.
  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
  • Pekerja gig turut layak jika menggunakan kenderaan untuk bekerja.

Perhatian: MyKad perlu berada dalam keadaan baik serta cip boleh digunakan.

BERAPA JUMLAH SUBSIDI RON95 & HAD PENGGUNAANNYA?

Subsidi Budi Madani RON95 membolehkan rakyat membeli petrol pada harga RM1.99 seliter, sedangkan harga pasaran petrol dijangka akan mencecah lebih RM3 seliter. Subsidi ini dihadkan kepada 300 liter sebulan bagi setiap warganegara, dengan peluang kuota tambahan khusus boleh dimohon untuk pemandu e-hailing yang terlibat.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SUBSIDI RON95 & HAD PENGGUNAANNYA

BILA TARIKH SUBSIDI RON95 DILAKSANAKAN?

Subsidi petrol RON95 Budi Madani bersasar dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan kumpulan tertentu yang diberi keutamaan. Berikut adalah butiran pelaksanaannya:

  • 27 September 2025 – Anggota polis dan tentera menerima subsidi lebih awal.
  • 28 September 2025 – Penerima STR mula menikmati harga subsidi.
  • 30 September 2025 – Semua rakyat Malaysia boleh menikmati harga subsidi RM1.99 seliter.
BILA TARIKH DILAKSANAKAN

SEMAKAN KELAYAKAN SUBSIDI RON95

Penerima layak boleh membuat semakan status kelayakan subsidi RON95 Budi Madani yang dibuka mulai 25 September 2025 melalui portal rasmi budi95.gov.my dan aplikasi Setel atau CaltexGO. Setelah selesai proses verifikasi identiti, pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan. Berikut merupakan langkah semakan penuh kelayakan subsidi RON95:

SEMAKAN KELAYAKAN SUBSIDI RON95 MELALUI PORTAL BUDI MADANI

  1. Layari portal rasmi: https://www.budi95.gov.my/
  2. Klik “Semak Kelayakan Individu”
  3. Masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
  4. Paparan akan menunjukkan penggunaan subsidi harian, baki kelayakan, dan had maksimum 300 liter sebulan.

SEMAKAN KELAYAKAN SUBSIDI RON95 MELALUI APLIKASI SETEL

  1. Muat turun aplikasi Setel di https://www.setel.com/.
  2. Klik ‘Check Eligibility’ (Nota: Akaun mesti disahkan melalui proses verifikasi).
  3. Jika layak, baki subsidi akan dipaparkan dalam aplikasi.
SEMAKAN KELAYAKAN SUBSIDI RON95

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN KELAYAKAN SUBSIDI RON95

Adakah subsidi RON95 ini melibatkan semua rakyat Malaysia?

Ya, selagi penerima memenuhi syarat kelayakan.

Kenapa kerajaan perkenalkan bantuan subsidi RON95 bersasar ini?

Bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup dan mengelakkan ketirisan subsidi kepada golongan tidak layak.

Bagaimana dengan rakyat yang tidak memiliki kenderaan sendiri?

Tidak layak, kerana skim ini hanya untuk pemilik kenderaan berdaftar di JPJ.

Apa yang perlu dibuat jika cip IC rosak?

Tukar IC baharu di JPN sebelum dapat teruskan penggunaan subsidi.

Bolehkah subsidi RON95 ini digunakan di semua stesen minyak?

Ya, stesen minyak di seluruh negara akan menyokong sistem Budi Madani.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semakan Kelayakan Subsidi RON95 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment