SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH (FASA 3 2025)

SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH (FASA 3 2025)

Program SYUKUR Sabah diteruskan lagi pada tahun 2025 sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam meringankan beban rakyat. Bantuan ini diberikan mengikut fasa, dan kini masuk ke Fasa 3 dengan penyaluran terus kepada penerima yang layak. Usaha ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat Sabah.

Semakan bayaran SYUKUR Sabah Fasa 3 boleh dilakukan secara atas talian untuk memastikan penerima mengetahui jumlah dan status terkini. Segala maklumat terkini telah kami kongsikan di bawah.

BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025

APA ITU SYUKUR SABAH?

Bantuan SYUKUR Sabah (Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) merupakan program kewangan bersasar oleh kerajaan negeri. Penerima dipilih melalui PADANS, iaitu pangkalan data rasmi bagi isi rumah miskin Negeri Sabah, selain maklumat daripada sistem eKasih. Setiap penerima layak akan menerima RM900 setiap fasa, bersamaan RM300 sebulan selama tiga bulan.

SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH 2025

Ada beberapa syarat asas dan syarat khas Bantuan SYUKUR Sabah yang telah ditetapkan mengikut kategori penerima yang terlibat. Berikut adalah perincian syarat yang perlu dipenuhi:

SYARAT ASAS SYUKUR SABAH

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  • Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H‘.
  • Selain itu, penerima mesti memenuhi salah satu daripada syarat berikut:
    • Dikategorikan sebagai miskin / miskin tegar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
    • Pendapatan isi rumah kurang daripada Garis Kemiskinan (PGK).

SYARAT KHAS SYUKUR SABAH MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

  • B40 (pendapatan < RM1,218)
    • Layak untuk ketua isi rumah dan pasangan, atau ketua isi rumah dan anak berumur 18 tahun ke atas.
  • M40 (pendapatan RM1,219–RM2,742)
    • Hanya satu ketua isi rumah sahaja layak.

BERAPA JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH YANG DIAGIHKAN?

Bantuan SYUKUR Sabah menetapkan jumlah bayaran yang sama untuk semua penerima layak, iaitu RM900 bagi kategori miskin dan RM1800 bagi kategori miskin tegar dengan dua penerima dalam isi rumah. Lihat jadual di bawah untuk butiran penuh:

FASA BANTUANJUMLAH BAYARAN
FASA 1RM900
FASA 2RM900
FASA 3RM900
FASA 4RM900

BILA TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 3 DIKREDITKAN?

Bantuan SYUKUR Sabah dikreditkan secara berperingkat mengikut empat fasa. Dua fasa awal (Fasa 1 & Fasa 2) telah pun selesai. Seterusnya, pembayaran Fasa 3 dijangka pada bulan September. Jadual di bawah menunjukkan tarikh bayaran mengikut fasa bantuan:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1JANUARI 2025
FASA 2APRIL 2025
FASA 3SEPTEMBER 2025
FASA 4NOVEMBER 2025

BAGAIMANA BAYARAN SYUKUR SABAH DISALURKAN?

Penerima Bantuan SYUKUR Sabah akan menerima bayaran melalui salah satu daripada tiga cara, iaitu kredit bank, bayaran tunai, atau kemasukan terus ke dalam eWallet YONO. Berikut adalah perinciannya:

  • Kredit terus ke akaun bank penerima.
  • Tunai secara fizikal.
  • Kredit ke dalam eWallet YONO.

SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH

Penerima bantuan disediakan dua pilihan untuk semakan status bayaran SYUKUR Sabah Fasa 3 secara online, sama ada melalui laman web rasmi syukur.sabah.gov.my atau aplikasi Yono Superapp. Panduan semakan bayaran SYUKUR Sabah disertakan di bawah:

SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi: https://syukur.sabah.gov.my
  2. Klik “Semakan Permohonan”
  3. Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang).
  4. Tekan butang Semak
  5. Status bayaran & kelayakan akan dipaparkan secara automatik.
SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH

SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH MELALUI APLIKASI

  1. Muat turun aplikasi YONO SuperApp:
  2. Log masuk atau daftar akaun.
  3. Pilih menu Bantuan SYUKUR.
  4. Status bayaran & baki akan terpapar.
SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH

Adakah penerima boleh menukar cara bayaran yang dipilih?

Tidak, cara bayaran ditentukan oleh pihak pelaksana berdasarkan kemudahan penerima.

Bagaimana jika penerima tidak menerima bayaran walaupun berada dalam kategori layak?

Penerima boleh membuat semakan atau aduan lanjut melalui portal rasmi yang telah disediakan.

Adakah bantuan ini akan diteruskan untuk tahun depan?

Keputusan pelaksanaan seterusnya bergantung kepada kerajaan negeri.

Adakah bantuan ini hanya untuk rakyat Sabah sahaja?

Ya, hanya isi rumah yang berdaftar di Negeri Sabah layak menerima.

Bolehkah penerima membuat rayuan jika nama tiada dalam senarai?

Ya, penerima boleh buat rayuan melalui saluran rasmi kerajaan negeri.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semakan Bayaran SYUKUR Sabah ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

1 thought on “SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH (FASA 3 2025)”

Leave a Comment