SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SABAH (FASA 1,2,3,4) 2026

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SABAH (FASA 1,2,3,4) 2026

Bantuan Sabah di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2026 merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar menghadapi peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini disalurkan secara berperingkat sepanjang tahun kepada penerima yang layak. Melalui semakan bayaran bantuan Sabah, penerima boleh mengetahui status kelayakan serta tarikh kemasukan bayaran bagi setiap fasa.

Artikel ini akan menghuraikan syarat, kaedah bayaran serta cara semakan dengan lebih jelas dan teratur.

BACA JUGA: BANTUAN SARA MYKASIH 2026

APA ITU BANTUAN SABAH 2026?

Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2026 merupakan bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di Sabah. Bantuan ini disasarkan kepada individu yang berdaftar dalam pangkalan data kebajikan negeri seperti eKasih dan PADANS. Penerima yang layak akan menerima bayaran mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

APA ITU BANTUAN SABAH 2026

Pelaksanaan bantuan ini bertujuan untuk:

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya bagi keperluan asas.
  • Membantu golongan memerlukan menjalani kehidupan yang lebih selesa.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar di Sabah.
  • Menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat.
APA ITU BANTUAN SABAH 2026

SIAPA LAYAK TERIMA BAYARAN BANTUAN SABAH?

Bagi melayakkan diri menerima bantuan ini, pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Penilaian dibuat berdasarkan syarat asas yang memastikan hanya golongan benar-benar layak menerima bantuan. Berikut syarat-syaratnya:

Syarat Kelayakan Utama

  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025
  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang MyKad berstatus “H” (penduduk asal Sabah)
  • Bermastautin di Sabah melebihi 1 tahun
  • Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data eKasih atau PADANS sebelum 31 Disember 2025
  • Tergolong dalam kategori miskin atau miskin tegarsentiasa dikemas kini

Kriteria Tambahan

  • Bukti alamat seperti bil utiliti / penyata bank / surat pengesahan kampung
  • Bukan pelajar sekolah
  • Maklumat pendapatan dan isi rumah

Penambahbaikan Bantuan Sabah 2026

Untuk tahun 2026, penilaian kelayakan menggunakan Garis Pendapatan Kemiskinan (GPK) 2024, berbanding sebelum ini menggunakan GPK 2022.
Penentuan kategori:

KategoriPendapatan Isi Rumah
(Sebulan)
Pendapatan Isi Rumah
(Per Kapita)
MiskinRM2,843RM720
Miskin TegarRM1,257RM310
  • Pendapatan isi rumah = jumlah pendapatan semua ahli keluarga.
  • Pendapatan per kapita = purata pendapatan setiap ahli.

Individu yang berada dalam julat ini serta berdaftar dalam eKasih dan PADANS berpotensi layak sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.

BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH?

Bantuan SYUKUR 2026 mula disalurkan kepada penerima melalui beberapa kaedah pembayaran:

  • Pemindahan bank (online) telah bermula pada 11 Mac 2026.
BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH
  • Bayaran tunai atau cek bagi Fasa 1 telah bermula pada 18 Mac hingga 25 Mac 2026.
  • Bagi bayaran tunai atau cek, penerima boleh membuat tuntutan di cawangan Sabah Credit Corporation (SCC) yang terdekat.
BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH

BERAPA BAYARAN BANTUAN SABAH DIAGIHKAN?

Bayaran bantuan Sabah dibuat setiap 3 bulan sekali. Pembayaran bantuan dilaksanakan secara berkala sepanjang tahun:

FASATEMPOHTARIKHJUMLAH
Fasa 1Januari – Mac11 Mac 2026RM600
Fasa 2April – JunAkan dikemaskiniRM600
Fasa 3Julai – SeptemberAkan dikemaskiniRM600
Fasa 4Oktober – DisemberAkan dikemaskiniRM600

CARA BAYARAN BANTUAN SABAH DISALURKAN

Kaedah pembayaran Bantuan Sabah adalah termasuk:

  • Dikreditkan terus ke akaun bank penerima
  • Tunai di kaunter bank (bagi yang tiada akaun bank)
  • Dikreditkan ke e-Wallet (YONO Superapp)

BAGAIMANA BANTUAN SABAH DI MOHON?

Permohonan bantuan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem PADANS. Langkah permohonan:

  • Langkah 1: Log Masuk
  • Langkah 2: Pilih Borang
    • Klik ikon menu tiga garisan di kanan atas dan pilih Borang Permohonan.
  • Langkah 3: Lengkapkan Maklumat
    • Isi semua maklumat bertanda (*), termasuk:
      • Ketua Isi Rumah
      • Ahli Isi Rumah
      • Indikator
      • Pengesahan
  • Langkah 4: Hantar
    • Semak semula maklumat dan klik hantar. Notifikasi pengesahan akan dipaparkan selepas berjaya.

Perhatian: Pemohon yang mendaftar melalui Pejabat Daerah atau UPPM tetap perlu mengemas kini maklumat dalam sistem PADANS bagi memastikan kelayakan tidak terjejas.

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SABAH

Semakan status bayaran Bantuan Sabah boleh dibuat melalui platform rasmi yang disediakan. Saluran semakan bayaran Bantuan Sabah adalah seperti berikut:

BAYARAN BANTUAN SABAH SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi: https://syukur.sabah.gov.my
  2. Klik “Semakan Permohonan”
  3. Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang).
  4. Tekan butang Semak
  5. Status bayaran & kelayakan Bantuan Sabah akan dipaparkan secara automatik.
LAMAN RASMI SYUKUR SABAH

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SABAH MELALUI APLIKASI

  1. Muat turun aplikasi YONO SuperApp:
  2. Log masuk atau daftar akaun.
  3. Pilih menu Bantuan SYUKUR.
  4. Status bayaran & baki akan terpapar.
APLIKASI YONO SUPERAPP

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah bantuan ini hanya untuk penduduk tetap Sabah?

Ya, keutamaan diberikan kepada rakyat Sabah yang memenuhi syarat kelayakan.

Bolehkah seseorang menerima bantuan walaupun tidak bekerja?

Ia bergantung kepada penilaian status pendapatan dan kategori kelayakan.

Adakah bantuan ini berterusan setiap tahun?

Pelaksanaannya bergantung kepada keputusan dan peruntukan semasa kerajaan negeri.

Bolehkah penerima menukar kaedah bayaran selepas diluluskan?

Sebarang perubahan tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan pihak pengurusan bantuan.

Bagaimana jika bantuan tidak masuk ke akaun bank?

Penerima disarankan membuat semakan status bayaran Bantuan Sabah dan maklumat bank atau hubungi pihak berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semakan Bayaran Bantuan Sabah ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman rasmi SYUKUR Sabah : https://syukur.sabah.gov.my/
  • Laman rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/
  • Facebook Sekretariat Sabah Maju Jaya
  • Hotline: 088 338 338 / 010 – 5828207 (WhatsApp)

Leave a Comment