SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD : (2025) SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN SARA
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan lagi pada tahun 2025 menerusi Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh kerajaan. Bantuan ini disalurkan kepada golongan B40 dan M40 yang layak melalui platform MyKasih setiap bulan selama tempoh tertentu mengikut kelayakan penerima. Bantuan ini bertujuan untuk membantu penerima membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit terpilih menggunakan MyKad sebagai akses pembayaran tanpa tunai. Menerusi inisiatif ini, kerajaan berharap dapat mengurangkan tekanan kos sara hidup dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah.
Semakan status penerima boleh dibuat secara online bagi mengetahui kelayakan masing-masing. Artikel ini akan berkongsi cara semakan, syarat kelayakan, serta maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan bantuan RM100 dalam MyKad.
BACA JUGA: CHECK STATUS BANTUAN TAMBAHAN SARA TERKINI 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM100 MYKAD
Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak menerima bantuan RM100 dalam MyKad. Berikut adalah senarai syarat tersebut:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan tidak melebihi RM5000 sebulan.
- Lulus & Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
TARIKH BANTUAN RM100 MYKAD
Tarikh pembayaran bantuan RM100 berbeza mengikut kategori penerima yang layak, seperti yang diperincikan berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai ke dalam MyKad, dengan jumlah berbeza mengikut kategori kelayakan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima serta jumlah bantuan masing-masing:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*TERKINI DAN RASMI SARA UNTUK SEMUA BANTUAN TAMBAHAN RM100 ONE-OFF
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan kepada semua individu yang berumur 18 tahun ke atas, tidak kira kategori mereka – termasuk bujang, warga emas atau penerima isi rumah.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Mereka yang berada di bawah tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di lebih 4100 kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
CARA GUNA BANTUAN RM100
Penerima yang layak boleh membuat pembelian dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan RM100 yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:
- Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
- Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
- Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
- Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.
SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD
Penerima boleh menyemak bantuan mereka melalui dua saluran digital rasmi yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Di bawah ini disertakan langkah semakan dan pautan portal:
SEMAKAN BANTUAN MELALUI PORTAL MYSTR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
SEMAKAN BANTUAN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Bantuan RM100 MyKad ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]