SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS BAYARAN & KELAYAKAN PENERIMA
Semakan Bantuan MyKasih 2026 menjadi rujukan penting bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKad. Inisiatif ini diteruskan oleh kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan asas secara bulanan di premis terpilih. Orang ramai disarankan untuk sentiasa membuat semakan status bayaran dan kelayakan bagi memastikan bantuan diterima tanpa sebarang masalah.
Lanjutkan bacaan anda di bawah untuk info penuh.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT BANTUAN MYKASIH 2026?
Syarat kelayakan Bantuan MyKasih 2026 belum diumumkan, namun biasanya dikemas kini daripada tahun sebelumnya. Semak syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BILA TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH DIKREDITKAN?
Sehingga kini, tarikh rasmi pembayaran Bantuan SARA MyKasih 2026 masih belum diumumkan secara rasmi oleh kerajaan. Oleh itu, penerima digalakkan membuat semakan maklumat terkini dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi bagi mendapatkan pengesahan berkaitan jadual bayaran.
- Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
- Buat semakan status bantuan di Portal MyKasih & kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
- Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.

BERAPA JUMLAH BANTUAN MYKASIH YANG DIAGIHKAN?
Jumlah Bantuan MyKasih 2026 diagihkan mengikut kategori penerima yang telah ditetapkan. Kadar bantuan adalah berbeza berdasarkan status isi rumah dan akan dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima. Perincian penuh jumlah bayaran seperti di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
- RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih

PENGHARGAAN SARA RM100
- Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan SARA 2026, kerajaan turut memperkenalkan bantuan one-off RM100 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas sekitar pertengahan Februari.
- Inisiatif ini dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 22 juta rakyat, dengan keseluruhan peruntukan STR dan SARA mencecah RM15 bilion hasil penjimatan rasionalisasi subsidi.

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2026
Penerima kini boleh membuat semakan status Bantuan MyKasih 2026 di https://bantuantunai.hasil.gov.my (Portal STR) atau https://sara.gov.my (Portal SARA). Untuk bantuan lanjut, hubungi STR: 1-800-88-2747 atau MyKasih: 03-7720 1800. Berikut panduan semakan penuh Bantuan MyKasih 2026:
SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2026 MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2026 MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

BAGAIMANA CARA MOHON BANTUAN MYKASIH?
Tiada permohonan baharu diperlukan bagi SARA MyKasih 2026 kerana penilaian kelayakan dibuat berdasarkan data STR sedia ada. Namun, bagi memastikan kelayakan tidak terjejas, penerima disarankan untuk:
- Kemaskini STR apabila tempoh kemaskini dibuka.
- Buat permohonan STR jika belum berdaftar.
- Pastikan maklumat pendapatan, tanggungan dan alamat dikemaskini dengan tepat.
Permohonan STR Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
Permohonan STR Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
*Bagi penerima STR 2025 dan STR 2026, data akan disemak secara automatik oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan KPDN. Jika memenuhi syarat kelayakan, pendaftaran sebagai penerima SARA MyKasih akan dilakukan secara automatik tanpa memerlukan sebarang permohonan tambahan.
CARA BELI BARANGAN ASAS SARA MYKASIH GUNA MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di bawah SARA MyKasih 2026 hanya boleh dibuat menggunakan MyKad di pasar raya terpilih yang berdaftar dengan MyKasih. Transaksi hanya melibatkan barangan yang diluluskan di bawah senarai bantuan. Berikut adalah langkah lengkap pembelian:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2026
Tidak semua penerima STR layak secara automatik, kelayakan bergantung kepada penilaian data semasa.
Tertakluk kepada terma dan syarat semasa MyKasih.
Tidak, hanya pasar raya terpilih yang berdaftar.
Tempoh bantuan bergantung kepada keputusan dan peruntukan kerajaan semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan Bantuan MyKasih 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/