SEMAKAN BANTUAN MYKASIH : CEK BANTUAN DALAM MYKAD TERKINI

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH : CEK BANTUAN DALAM MYKAD TERKINI

PENGENALAN

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan memperkukuh bantuan bersasar seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi program MyKasih. Bantuan ini disalurkan terus ke MyKad penerima secara tanpa tunai untuk pembelian barangan keperluan di lebih 3500 pasaraya/kedai runcit yang berdaftar seluruh negara.

Bantuan dah masuk atau tidak? Buat semakan sekarang status terkini bantuan MyKasih anda berpandukan artikel ini.

BACA JUGA: SEMAK SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DI BELI

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Untuk layak menerima Bantuan SARA MyKasih 2025, pemohon mesti memenuhi kriteria berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar/Miskin dalam rekod data eKasih atau penerima STR 2025.
  3. Pendapatan isi rumah mengikut kategori miskin & B40.
  4. Tiada rekod pendapatan tetap.

JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI

Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad berbeza mengikut kategori kelayakan penerima. Baki bantuan yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025. Berikut adalah jumlah bantuan dan kategori penerima:

JUMLAH BANTUANKATEGORI PENERIMA
Isi Rumah:
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan:
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
Bujang:
RM50 sebulan sepanjang tahun
Miskin & Miskin Tegar (eKasih)
Isi Rumah:
RM100 sebulan (April-Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan:
RM50 sebulan (April-Disember)
Bujang:
Tidak layak menerima bantuan
Asas Bukan Miskin (STR)

CARA SEMAKAN BANTUAN MYKASIH

Penerima yang layak boleh membuat semakan bantuan menggunakan dua portal rasmi yang telah disediakan oleh pihak kerajaan:

  1. PORTAL RASMI MYKASIH
    • Layari: https://www.mykasih.com.my
    • Klik butang “Semak Status”.
    • Masukkan 12 digit nombor MyKad.
    • Masukkan kod captcha yang terpapar.
    • Klik “Semak Status” untuk melihat keputusan kelayakan.
    • Selesai
  2. PORTAL RASMI MYSTR
    • Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Klik pada “Semak Status”.
    • Masukkan 12 digit nombor MyKad & tekan “Log Masuk”.
    • Sahkan Kata Kunci Keselamatan.
    • Pilih “Semakan Status” untuk melihat kelayakan.
    • Selesai.

KESIMPULAN

Dengan pelaksanaan sistem semakan online yang lebih mudah, penerima bantuan MyKasih kini boleh mengetahui status bantuan hanya di hujung jari. Bantuan MyKasih mungkin kecil nilainya tetapi sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos sara hidup penerima. Semoga panduan ini bermanfaat untuk menyemak bantuan secara tepat dan elakkan info palsu daripada sumber tidak sahih.

PENAFIAN

Maklumat dalam artikel ini dikemas kini berdasarkan sumber semasa. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau ketidaktepatan info terkini. Sebarang perubahan berkaitan bantuan MyKasih tertakluk kepada pengumuman rasmi daripada pihak yang berkaitan. Pembaca dinasihatkan untuk rujuk laman web rasmi bagi info terkini dan tepat.

RUJUKAN

  1. Portal Rasmi MyKasih: https://www.mykasih.com.my
  2. Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  3. Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
  4. Email Rasmi: [email protected]
  5. Hotline Mykasih: 03-7720 1800

Leave a Comment