SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA & JUMLAH BAYARAN
Bantuan MyKad 2026 merujuk kepada Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, iaitu bantuan barangan asas yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima dan digunakan di pasar raya berdaftar. Inisiatif ini disediakan bagi membantu isi rumah dan individu berpendapatan rendah mengurus kos sara hidup dengan lebih stabil.
Artikel ini menghimpunkan cara semakan status kelayakan, jumlah bantuan & cara permohonan Bantuan MyKad 2026.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD?
Kelayakan Bantuan MyKad 2026 ditentukan sepenuhnya oleh pihak kerajaan melalui semakan data pendapatan, rekod eKasih serta maklumat terkini dalam pangkalan data STR. Antara syarat umum yang digunakan termasuk:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
CARA PERMOHONAN BANTUAN MYKAD 2026
Tiada permohonan baharu dibuka untuk Bantuan MyKad 2026 kerana bantuan ini diproses sepenuhnya menggunakan data STR.
- Untuk memastikan kelayakan, pemohon digalakkan mengemaskini maklumat STR apabila tempoh kemaskini dibuka, memastikan pendapatan dan maklumat tanggungan adalah tepat, serta memohon STR jika belum pernah berbuat demikian.
Permohonan STR Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
Permohonan STR Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
Makluman: Bagi penerima STR 2025/2026, data akan disemak secara automatik oleh MOF dan KPDN. Jika layak, mereka akan terus didaftarkan sebagai penerima SARA tanpa perlu permohonan tambahan.
BILA TARIKH BANTUAN MYKAD DIKREDITKAN?
Tarikh rasmi pembayaran bantuan masih belum diumumkan. Orang ramai digalakkan membuat semakan tarikh Bantuan MyKad melalui saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini.
- Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
- Rujuk Portal MyKasih dan kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
- Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.

BERAPA JUMLAH BANTUAN MYKAD 2026?
Bantuan MyKad 2026 disalurkan secara bulanan mengikut kategori penerima sebagaimana ditetapkan dalam inisiatif SARA. Amaun pembayaran setiap bulan adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
- RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih

PENGHARGAAN SARA RM100
Di bawah inisiatif SARA 2026, kerajaan turut menyalurkan bayaran one-off RM100 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dijangka dibayar pada pertengahan Februari.
Langkah ini memanfaatkan sekitar 22 juta rakyat, dengan keseluruhan peruntukan STR & SARA mencecah RM15 bilion hasil penjimatan subsidi. Pembayaran dibuat terus kepada penerima melalui sistem ditetapkan kerajaan.

SEMAKAN BANTUAN MYKAD
Semakan status Bantuan MyKad boleh dibuat melalui Portal STR atau Portal SARA pada bila-bila masa. Untuk sebarang pertanyaan, penerima boleh menghubungi talian rasmi STR (1-800-88-2747) atau MyKasih (03-7720 1800). Langkah semakan Bantuan MyKad adalah ringkas seperti perincian di bawah:
SEMAKAN BANTUAN MYKAD MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN BANTUAN MYKAD MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

BAGAIMANA GUNA BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN?
Pembelian barangan asas boleh dilakukan menggunakan MyKad di pasar raya berdaftar MyKasih. Transaksi dilakukan secara automatik di kaunter pembayaran melalui sistem MyKasih, tanpa memerlukan wang tunai atau kad tambahan lain. Ikuti langkah di bawah:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan asas di pasar raya berdaftar.
Pemohon perlu membuat MyKad baharu dan menghubungi MyKasih untuk penyelarasan bagi mengaktifkan semula bantuan.
Ya. Kemaskini disyaratkan untuk memastikan data pendapatan dan tanggungan adalah tepat
Layak jika nama tersenarai dalam sistem. Semakan perlu dibuat melalui portal rasmi.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan Bantuan MyKad ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/