SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE : SEMAK STATUS & PERMOHONAN BARU 2025

SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE : SEMAK STATUS & PERMOHONAN BARU 2025

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan pelbagai jenis bantuan bulanan kepada golongan yang memerlukan di Malaysia. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban hidup, terutama bagi keluarga miskin, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit terlantar.

Pada tahun 2025, semua semakan status dan permohonan baru bantuan JKM boleh dilakukan secara online bagi memudahkan urusan penerima. Semak maklumat lanjut di bawah untuk panduan lengkap.

BACA JUGA: SEMAK CARA DAFTAR & MOHON REBAT BIL ELEKTRIK RM40

PENGENALAN SKIM BANTUAN JKM (eBantuan JKM)

Untuk tahun 2025, JKM ada salurkan lebih RM2.9 bilion bantuan yang bakal membantu lebih 460 ribu rakyat Malaysia. Golongan yang terlibat termasuklah isi rumah miskin tegar, warga emas, kanak-kanak dan juga OKU.

Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah umumkan bahawa syarat kelayakan bantuan diperluaskan. Perkara ini selaras dengan semakan terbaru Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2023, iaitu RM1,198 sebulan.

SEMAKAN SENARAI SKIM BANTUAN JKM

JKM menawarkan 8 jenis skim bantuan secara bulanan kepada individu yang layak seperti berikut:

  1. BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
  2. ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)
  3. BANTUAN ORANG KURANG UPAYA TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)
  4. BANTUAN PENJAGAAN ORANG KURANG UPAYA TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR DAN PESAKIT KRONIK TIDAK TERLANTAR (BPT)
  5. BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
  6. BANTUAN PERSEKUTUAN (BA)
  7. BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)
  8. BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

BANTUAN JKM KANAK-KANAK (BKK)

JUMLAH BANTUANUMUR
RM2506 Tahun Ke Bawah
RM2007 Tahun Hingga Bawah 18 Tahun
RM1000Jumlah Maksimum Untuk Setiap (KIR)

* Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran.

SYARAT KELAYAKAN:

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Ini termasuk:
    • Keluarga/ penjaga dan anak/ kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu/ bapa mereka/ penjaga/ saudara-mara dan lain-lain.
  • Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu/ bapa bukan warganegara/ diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu/ bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang BKK, sila rujuk di sini : BANTUAN KANAK-KANAK 2025

ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU) JKM

JUMLAH BANTUAN
RM450 Sebulan

SYARAT KELAYAKAN:

  • Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia.
  • Berumur 16 tahun ke atas dan bukan penuntut di mana-mana institusi pendidikan.
  • Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM.
  • Pendapatan bulanan minimum RM100.00 sehingga RM1,700.00 (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain sumber).
  • Jika pendapatan melebihi RM1,700.00 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan.

BANTUAN JKM ORANG KURANG UPAYA TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)

JUMLAH BANTUAN
RM300 Sebulan

SYARAT KELAYAKAN:

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  2. Berumur 16 tahun – 59 tahun.
  3. Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM.
  4. Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:
    • Kefungsian yang terhad dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
    • Persekitaran yang menghalang pemohon untuk akses kepada pekerjaan.
  5. Pemohon bukan penghuni / pelatih;
    • Institusi kendalian JKM
    • Pusat Jagaan Harian / Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum)
    • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
  6. Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar / Pegawai Perubatan / Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan/ Swasta yang berdaftar.
  7. Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  8. Kes-kes yang melebihi PGK boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat jika munasabah dan berkeperluan.

BANTUAN PENJAGAAN OKU / PESAKIT KRONIK TERLANTAR DAN PESAKIT KRONIK TIDAK TERLANTAR (BPT)

JUMLAH BANTUAN
RM500 Sebulan

SYARAT KELAYAKAN:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar.
  3. Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan [tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan] layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri.
  4. Sekiranya OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri.
  5. Pendapatan tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
  6. Pendapatan isi rumah yang melebihi RM5,000 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan.

BANTUAN JKM WARGA EMAS (BWE)

JUMLAH BANTUAN
RM600

SYARAT KELAYAKAN:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Berumur 60 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  4. Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi (PGK).
  5. Bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum).
  6. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) atau lain-lain perkara boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan.

BANTUAN JKM PERSEKUTUAN (BA)

JUMLAH BANTUAN
RM150 – RM500

SYARAT KELAYAKAN:

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK).
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
  • Faktor-faktor lain yang difikirkan sesuai dengan mengambil kira keadaan ekonomi, kesihatan dan tanggungan pemohon.
  • Kes-kes yang munasabah dan berkeperluan atau lain-lain perkara boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan.

BANTUAN JKM ANAK PELIHARA (BAP)

JUMLAH BANTUANBILANGAN KANAK-KANAK
RM250Seorang
RM500Dua orang atau lebih

SYARAT KELAYAKAN:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada kanak-kanak seperti berikut:
    • Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.
    • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa.
    • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi;
      • Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257]
      • Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253]
      • Ordinan Pengangkatan Sabah 1960
      • Native Adoption Regulations 1961
      • Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024; Ordinan Pengangkatan Sarawak [Cap.91]
      • Mana-mana undang-undang negeri yang berkaitan.
  3. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara seperti berikut:
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001; atau
    • Kanak-kanak bertaraf warganegara Malaysia yang dijaga oleh waris atau keluarga ganti yang mempunyai pertalian saudara dan berkelayakan.
    • Kanak-kanak yang tinggal di Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan secara percuma adalah tidak layak.
  4. Bagi kes yang berkeperluan, boleh dipertimbangkan dengan kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

BANTUAN JKM LATIHAN PERANTIS (BLP)

JUMLAH BANTUAN
RM200

SYARAT KELAYAKAN:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Berumur 16 tahun hingga 35 tahun mengikut kesesuaian.
  3. Anak-anak penerima bantuan.
  4. Bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan.
  5. Kes-kes seliaan akhlak.
  6. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat.
  7. OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan.
  8. Bagi kes yang berkeperluan, boleh dipertimbangkan dengan kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

Makluman: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

CARA MOHON BANTUAN JKM ONLINE

Cara untuk mohon bantuan JKM ini boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seluruh negara atau secara online. Setiap permohonan yang didaftarkan akan melalui proses siasatan dan penilaian. Sila rujuk panduan dibawah untuk langkah permohonan:

Permohonan Secara Manual (Guna Borang)

  • Datang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian berhampiran.
  • Isi borang permohonan bantuan:
  • Sediakan dokumen sokongan seperti:
    • Salinan MyKad pemohon & tanggungan.
    • Sijil lahir anak (jika ada).
    • Sijil nikah/cerai/kematian pasangan (jika berkaitan).
    • Penyata pendapatan / surat pengesahan tidak bekerja.
  • Serahkan borang lengkap bersama dokumen kepada pegawai JKM.
  • Pegawai akan buat siasatan & lawatan sebelum keputusan dikeluarkan.

Permohonan Bantuan Secara Online (eBantuan JKM)

  • Layari portal rasmi eBantuan JKM: https://ebantuanjkm.jkm.gov.my
  • Daftar akaun pengguna (jika belum ada).
  • Isi maklumat peribadi & butiran tanggungan dalam sistem.
  • Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan
  • Hantar permohonan secara online.
  • Pemohon akan dihubungi untuk proses siasatan & lawatan sebelum keputusan dibuat.

* Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dilakukan. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

[PENTING] SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE

Semakan status terkini bantuan JKM boleh disemak secara online melalui portal eBantuan https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/. Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus hubungi 03 – 8000 8000. Berikut adalah langkah penuh semakan bantuan JKM secara online:

  1. Layari Portal Rasmi JKM
  2. Cari Menu “eBantuan”
    • Klik pada menu Perkhidmatan Online – pilih eBantuan.
  3. Pilih Semakan Status Permohonan
    • Dalam paparan eBantuan, tekan pilihan Semakan Status Permohonan.
  4. Masukkan Maklumat Diri
    • Isi No. Kad Pengenalan (IC) pemohon.
    • Tekan butang Cari.
  5. Semak Keputusan
    • Sistem akan papar status permohonan sama ada diluluskan, dalam proses, atau ditolak.
    • Jika lulus, akan dipaparkan juga jenis bantuan, kadar bayaran, dan tarikh kelulusan.
SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT

Ramai rakyat menyambut baik bantuan yang disalurkan oleh JKM kerana ia dianggap mampu meringankan beban hidup, terutama golongan miskin tegar, warga emas, OKU dan ibu tunggal. Seorang penerima di Kelantan berkongsi:

“Alhamdulillah, bantuan ni memang banyak membantu. Dapatlah kurangkan sikit beban harian terutama untuk belanja dapur.”

Namun, ada juga suara rakyat yang mengharapkan penambahbaikan.
Seorang penerima di Sabah meluahkan:

“Proses permohonan agak lambat, kadang-kadang sampai berbulan tunggu keputusan. Kalau boleh dipercepatkan, lagi bagus.”

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE

Berapakah jumlah bantuan JKM?

Jumlah bantuan adalah dari Rm150 hingga Rm1000 bergantung kepada jenis skim permohonan yang dibuat.

Siapakah yang boleh memohon bantuan JKM?

Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berada dalam kategori rentan seperti keluarga berpendapatan rendah, warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, pesakit kronik, serta kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.

Bagaimana cara membuat permohonan pada tahun 2025?

Pemohon boleh hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) terdekat untuk mengisi borang dan menyerahkan dokumen sokongan. Selain itu, sesetengah skim juga menyediakan kemudahan permohonan secara online melalui sistem eBantuan JKM. Pegawai JKM akan membuat siasatan sosial sebelum kelulusan diberikan.

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Bantuan JKM Online ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment