Semak Zakat Kedah: Semakan dan Permohonan 2025
Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan ke atas umat Islam yang berkemampuan. Hasil kutipan zakat dimanfaatkan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti asnaf fakir, miskin, dan mualaf. Di negeri Kedah, pengurusan zakat dikendalikan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Dimana ia memainkan peranan penting dalam memastikan agihan zakat dilakukan dengan telus dan efektif.
Bagi tahun 2025, LZNK membuka peluang kepada individu yang layak untuk membuat permohonan baru bantuan zakat serta membolehkan pemohon sedia ada menyemak status permohonan mereka. Artikel ini akan menerangkan secara terperinci cara semak zakat Kedah dan permohoan baru bantuan.
Lihat Juga: Jadual Pembayaran Pencen 2025
JENIS BANTUAN DARI LZNK
LZNK menawarkan pelbagai jenis bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan, antaranya:
- Bantuan Kewangan Bulanan – Untuk golongan fakir, miskin, dan mualaf yang memerlukan bantuan bulanan untuk keperluan asas.
- Bantuan Perubatan – Bantuan kos rawatan perubatan bagi mereka yang tidak mampu menanggung perbelanjaan perubatan.
- Bantuan Pendidikan – Bantuan yuran sekolah, universiti, atau pengajian agama bagi anak-anak golongan asnaf.
- Bantuan Modal Perniagaan – Untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan kecil bagi menjana pendapatan sendiri.
- Bantuan Perumahan – Membantu asnaf yang memerlukan tempat tinggal yang lebih baik.
- Bantuan Musibah – Bantuan kepada mangsa bencana seperti kebakaran, banjir, dan tanah runtuh.
CARA SEMAK ZAKAT KEDAH
Bagi pemohon yang telah menghantar permohonan bantuan zakat, bakal penerima boleh menyemak status permohonan melalui beberapa kaedah mudah secara online yang disediakan oleh LZNK.
1. Melalui Portal Rasmi LZNK

Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka melalui laman web rasmi LZNK dengan langkah-langkah berikut:
- Layari laman web rasmi LZNK di https://www.zakatkedah.com.my.
- Paparan halam utama akan muncul dan tekan (X) untuk tutup borang soal selidik.
- Layarkan skrin (scroll) kebawah dan pilih Semakan Bantuan dan tekan butang [Info Lanjut].
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Tekan butang [Papar] untuk mendapatkan maklumat terkini permohonan.
- Status pemohon/penerima akan dipaparkan.
2. Melalui Sistem Permohonan Agihan Zakat

LZNK juga menyediakan sistem khas untuk semakan status permohonan zakat:
- Layari laman rasmi di: https://agihan.zakatkedah.com.my.
- Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
- Status permohonan akan dipaparkan secara terperinci.
SYARAT KELAYAKAN ZAKAT KEDAH
Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan agar bantuan ini dapat disalurkan kepada golongan yang benar memerlukan.
- Asnaf Fakir: Individu yang tidak mempunyai sumber pendapatan atau memiliki pendapatan yang sangat sedikit.
- Asnaf Miskin: Individu yang mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi untuk keperluan asas keluarga.
- Asnaf Mualaf: Individu yang baru memeluk Islam dan memerlukan bantuan untuk membina kehidupan baru.
- Asnaf Fisabilillah: Individu yang terlibat dalam perjuangan menegakkan syiar Islam seperti pendakwah dan pelajar tahfiz.
- Asnaf Gharimin: Individu yang menanggung hutang untuk keperluan hidup yang dibenarkan oleh syarak.
PERMOHONAN ZAKAT KEDAH 2025
Bagi individu yang ingin membuat permohonan baru zakat atau permohonan kali pertama, sila semak panduan lengkap dibawah:
1) Pendaftaran Akaun
- Layari laman rasmi Sistem Agihan Zakat di: https://agihan.zakatkedah.com.my/
- Tekan pada [Permohonan Baru] dan isikan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, dan maklumat lain yang diperlukan.
2) Pengisian Borang Permohonan
- Log masuk ke sistem menggunakan maklumat yang didaftarkan.
- Pilih jenis bantuan yang ingin dipohon.
- Lengkapkan borang dengan maklumat peribadi, maklumat pekerjaan, dan keperluan yang diperlukan.
3) Memuat Naik Dokumen Sokongan
- Sediakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan tanggungan.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Surat pengesahan pendapatan (jika bekerja sendiri).
- Surat tawaran pengajian (bagi permohonan bantuan pendidikan).
- Dokumen lain yang berkaitan.
- Muat naik dokumen ke dalam sistem.
4) Penghantaran Permohonan
- Pastikan semua maklumat telah diisi dengan betul.
- Tekan butang [Hantar] untuk mengemukakan permohonan.
- Pemohon akan menerima notifikasi melalui emel atau SMS mengenai status permohonan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Bantuan STR Bujang ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Rasmi (LZNK): https://www.zakatkedah.com.my
- Sistem Permohonan Agihan Zakat Kedah: https://agihan.zakatkedah.com.my
Atau pemohon boleh berhubung terus di Pejabat Lembaga Zakat Negeri Kedah:
- Alamat: Menara Zakat, Jalan Teluk Wanjah, 05200 Alor Setar, Kedah
- Talian Bebas Tol: 1-800-88-1740
- Emel: [email protected]
Sy memohon bantuan zakat nk masuk 3bulan dh permohonan Sy tu..Sy tak pasti lulus atau tidak…Sy sangat memerlukan zakat bulanan walaupun jumlah yg sedikit untuk Sara perbelanjaan sekolah anak² Dan harian,, Sy tiada pendapatan yg tetap kerana suami Masih dalam tahanan polis Selama 10 tahun
Tak boleh dapat zakat nih untuk yg sakit ja untuk perubatan yg MCM ni DPT zakat bakul makanan ja