SEMAK TARIKH BAYAR STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS
Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) tahun 2025 merupakan salah satu inisiatif penting kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan B40 dan M40. Semakan tarikh bayaran STR Fasa 3 amat dinanti-nantikan oleh penerima yang layak untuk memastikan mereka dapat membuat perancangan kewangan sebaiknya. Melalui Belanjawan 2025, kerajaan terus komited meneruskan bantuan bersasar ini dengan penambahbaikan dari segi jumlah dan saluran pembayaran. Ia juga selari dengan usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh sistem perlindungan sosial dan menyokong kesejahteraan rakyat.
Bagaimanakah cara semak tarikh bayar STR? Ikuti artikel ini untuk segala info lengkap yang telah disediakan.
BACA JUGA: SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Bantuan ini disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Maka, beberapa kriteria kelayakan telah ditetapkan seperti berikut:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Tidak semua penerima bantuan STR akan terima jumlah yang sama. Jumlahnya bergantung kepada kategori kelayakan. Jadual di bawah perincikan jumlah bantuan mengikut kategori:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
TIADA ANAK | RM1000 |
1-2 ANAK | RM1500 |
3-4 ANAK | RM2000 |
5 ANAK KE ATAS | RM2500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
TIADA ANAK | RM500 |
1-2 ANAK | RM750 |
3-4 ANAK | RM1000 |
5 ANAK KE ATAS | RM1250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
<RM5000 | RM600 |
- BUJANG
PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
<RM2500 | RM600 |
CARA BAYAR BANTUAN STR
Bantuan STR di bayar melalui dua cara mudah bergantung kepada jenis penerima. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAK STATUS STR FASA 3
Semakan status STR Fasa 3 kini boleh dilakukan secara atas talian. Jom lihat langkah mudah untuk buat semakan melalui portal rasmi kerajaan seperti di bawah:

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI STR
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
SEMAK TARIKH BAYAR STR
STR di bayar dalam 4 fasa secara berperingkat. Ramai menunggu bayaran Fasa 3 diumumkan. Semak jadual di bawah yang menunjukkan fasa dan tarikh bantuan di bayar:
FASA BANTUAN | TARIKH BAYAR |
---|---|
FASA 1 | 22-28 JANUARI |
FASA 2 | 24 MAC |
FASA 3 | OGOS |
FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini jika berlaku perubahan mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Mengikut rekod tahun sebelumnya, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal bulan September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
RUJUKAN
Panduan bagi Semak Tarikh Bayar STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]