SEMAK STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA

SEMAK STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA

Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 3 adalah satu usaha berterusan dari kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah terutama golongan B40 dan M40. Berdasarkan Belanjawan 2025, bantuan ini akan diteruskan secara berperingkat dan diagihkan dalam 4 fasa mengikut kategori kelayakan seperti isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan. Rakyat pastinya menantikan tarikh bayaran STR fasa 3 yang mana dapat meringankan beban kos sara hidup sekaligus membantu merancang bajet perbelanjaan harian mereka.

Nak tahu bagaimana cara semak STR Fasa 3 ini? Ikuti segala panduan lengkap yang telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: CARA LOGIN BANTUAN STR 2025

SYARAT KELAYAKAN STR

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya berdasarkan kategori pemohon ialah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Bantuan STR disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan mesti sedang ternanti-nanti pengumuman rasmi dari pihak kerajaan untuk tarikh bantuan Fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 3OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Berdasarkan rekod tahun 2024, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR

Penerima bantuan akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bayaran yang akan diperoleh:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN BAWAH RM2500)
TANGGUNGANJUMLAH BAYARAN
TIADA ANAKRM1000
1-2 ANAKRM1500
3-4 ANAKRM2000
5 ANAK KE ATASRM2500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGANJUMLAH BAYARAN
TIADA ANAKRM500
1-2 ANAKRM750
3-4 ANAKRM1000
5 ANAK KE ATASRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BAYARAN
BAWAH RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BAYARAN
BAWAH RM2500RM600

CARA BAYARAN BANTUAN STR

Bantuan STR akan disalurkan melalui 2 cara yang fleksibel bagi melancarkan proses pembayaran bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

CARA SEMAK STR FASA 3

Semakan bagi kelayakan STR Fasa 3 boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

CARA SEMAK STR FASA 3

SEMAKAN STR MELALUI PORTAL RASMI

  1. Buka laman rasmi STR.

    Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  9. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  10. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  11. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi Semak STR Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  3. Email : [email protected]

Leave a Comment