SEMAK BAYARAN STR RAYUAN (FASA 4 2025) : SEMAKAN STATUS PENERIMA & JUMLAH BAYARAN

SEMAK BAYARAN STR RAYUAN (FASA 4 2025) : SEMAKAN STATUS PENERIMA & JUMLAH BAYARAN

Bagi individu yang telah membuat rayuan serta penerima baharu STR 2025, pembayaran bagi Fasa 4 kini sedang dikreditkan secara berperingkat bermula 13 November 2025. Bantuan ini bertujuan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan meringankan kos sara hidup, khususnya menjelang penghujung tahun.

Bagi mengetahui jumlah bayaran STR rayuan serta cara semak status terkini bantuan, ikuti panduan lengkap di bawah.

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 PENERIMA BAHARU & RAYUAN

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN STR RAYUAN 2025?

Kerajaan menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi membuat permohonan rayuan STR berdasarkan kategori penerima iaitu isi rumah, warga emas dan bujang. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

ISI RUMAH

  • Kahwin.
  • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
  • Pendapatan RM5000 & ke bawah.

WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Bujang.
  • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
  • Berumur 60 tahun ke atas.
  • Pendapatan RM5000 ke bawah.

BUJANG

  • Bujang.
  • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
  • Berumur 21-59 tahun.
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
  • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Perhatian: Bagi individu bujang yang masih menuntut secara sepenuh masa di IPTA/IPTS, mereka hanya layak disenaraikan sebagai tanggungan dalam kategori isi rumah.

SIAPA LAYAK BUAT RAYUAN STR FASA 4?

Mereka yang layak mohon rayuan bagi mendapatkan bayaran STR Fasa 4 adalah seperti butiran berikut:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR atau berstatus Gagal; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

SEMAK BAYARAN STR RAYUAN

Akaun MySTR diperlukan bagi semua penerima, termasuk penerima baharu & rayuan, supaya proses semakan dan capaian maklumat bantuan lebih mudah. Berikut cara mendaftar akaun baru MySTR & semak status bayaran rayuan STR Fasa 4:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
SEMAK BAYARAN STR RAYUAN

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan semak status bayaran STR rayuan secara online.
SEMAK BAYARAN STR RAYUAN

CARA BAYARAN STR RAYUAN DISALURKAN

STR Fasa 4 disalurkan dalam dua bentuk bayaran; kredit ke akaun bank dan tunai di BSN bagi memudahkan penerima. Semak perincian di bawah tentang cara bayaran STR rayuan:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR RAYUAN YANG DISALURKAN?

STR Fasa 4 menetapkan jumlah bayaran antara RM150 hingga RM700 mengikut kategori penerima. Semak jadual berikut untuk mengetahui jumlah bayaran STR rayuan yang diterima bagi setiap kategori:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
01000500150150200
1-21500500300350350
3-42000500500500500
>52500500650650700
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
0500150100150100
1-2750150200200200
3-41000250250250250
>51250300300300350
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150
  • BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa itu akaun MySTR?

MySTR ialah sistem dalam talian untuk semak status, kemas kini maklumat, dan lihat sejarah bayaran STR.

Kalau tak semak bayaran STR rayuan, duit masih masuk ke akaun ke?

Ya, asalkan nama tersenarai sebagai penerima sah. Tapi disarankan semak supaya elak kesilapan maklumat bank.

Kalau akaun BSN tutup, apa perlu buat?

Kemas kini maklumat akaun melalui portal MySTR atau hubungi cawangan LHDN.

Adakah anak angkat boleh dikira sebagai tanggungan?

Boleh, asalkan anak angkat berdaftar sah di JPN.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semak Bayaran STR Rayuan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment