SEMAK BAKI MYKASIH 2025 : SEMAKAN TERKINI PENERIMA (RM200, RM150, RM50)

SEMAK BAKI MYKASIH 2025 : SEMAKAN TERKINI PENERIMA (RM200, RM150, RM50)

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah salah satu inisiatif penting yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 bagi membantu golongan B40. Bantuan ini disalurkan secara bulanan terus ke dalam MyKad penerima yang layak tanpa perlu tunai. Setiap penerima boleh membuat pembelian barangan asas di lebih 1200 kedai dan pasar raya terpilih.

Bagaimanakah cara nak semak baki bantuan MyKasih ini? Ikuti panduan terperinci yang telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: CHECK BANTUAN EKASIH TERKINI 2025

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Penerima bantuan MyKasih akan menerima jumlah bantuan yang berbeza secara tanpa tunai di dalam MyKad mereka mengikut kategori kelayakan. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
PENERIMA STR SAHAJA
(M40)
ISI RUMAH: RM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)

WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)

BUJANG: Tidak layak
PENERIMA EKASIH
(B40)
ISI RUMAH: RM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)

WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)

BUJANG: RM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)

TARIKH BANTUAN MYKASIH 2025

Bantuan MyKasih akan dibayar pada tarikh yang berbeza mengikut kategori kelayakan penerima seperti butiran di bawah:

  • Penerima B40:
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40:
    • Bermula April hingga Disember 2025

SENARAI SEMAK BARANGAN MYKASIH

Bermula 1 Mei 2025, terdapat penambahan produk kebersihan rumah yang menjadikan keseluruhannya sebanyak 14 kategori barangan asas yang boleh dibeli oleh penerima yang layak. Berikut disertakan jadual kategori barangan dan contoh jenama sebagai gambaran yang lebih jelas:

SENARAI SEMAK BARANGAN MYKASIH
KATEGORI BARANGANCONTOH JENAMA
BERASJasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation
ROTIMassimo, Mighty White, Gardenia
TELURCP, QL Eggs, Nutri Plus
MINYAK MASAKSeri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit
TEPUNGSauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros
BISKUTMunchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng
MI SEGERAIndo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan
MINUMANBOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico
MAKANAN DALAM TINAyam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup
BAHAN PERASAPuteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s
PRODUK KEBERSIHAN DIRIColgate, Kotex, Dettol
UBAT-UBATANProspan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam
BARANGAN PERSEKOLAHANStabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih
PRODUK KEBERSIHAN RUMAHBreeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso

SENARAI KEDAI MYKASIH 2025

Penerima bantuan boleh membuat pembelian di kedai atau pasar raya rakan niaga MyKasih berdekatan seperti contoh berikut:

  1. Pasar Raya Besar/Nasional:
    • Mydin
    • Econsave
    • Lotus’s
    • Giant
    • AEON Big
    • The Store
    • 99 Speedmart
    • TF Value Mart
    • Billion
  2. Pasar Mini/Runcit/Lain-lain:
    • KK Super Mart
    • BS Freshmart
    • Pasaraya Fresh Grocer
    • Sakan
    • U Sentral Market
    • Pasaraya Top Ten
    • Hi Way Mart
    • Super Seven

NOTA TAMBAHAN: Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

CARA SEMAK BAKI MYKASIH 2025

Penerima bantuan boleh membuat semakan baki menggunakan aplikasi MyKasih yang telah disediakan untuk memudahkan akses pengguna. Berikut disertakan panduan lengkap langkah semakan baki bantuan MyKasih:

SEMAKAN BAKI MYKASIH:

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store / Apple App Store.

  2. Buka aplikasi dan tekan “Log Masuk”.

  3. Masukkan nombor MyKad (tanpa sengkang) dan tekan “Hantar OTP”.

  4. Masukkan kod OTP yang dihantar ke nombor telefon berdaftar.

  5. Sebaik berjaya log masuk, pilih menu “Baki” / “Akaun” / “Transaksi”

  6. Paparan baki terkini bantuan anda akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi Semak Baki MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  3. Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment