SARA RM100 2026 SENARAI BARANG : SEMAK APAKAH KATEGORI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR 2026 yang layak, bagi membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar terpilih seluruh negara. Setiap penerima akan menerima RM100 sebulan dalam bentuk kredit yang boleh digunakan bagi pembelian barangan asas terpilih di kedai runcit berdaftar, pasar raya, dan outlet MyKasih.
Langkah ini bertujuan membantu keluarga berpendapatan rendah menampung perbelanjaan harian dan mengurangkan tekanan kos sara hidup.
Ikuti perkongsian ini untuk ketahui senarai penuh kategori barangan yang dibenarkan di bawah bantuan SARA RM100 2026.
BACA JUGA: BANTUAN BULANAN MYSARA 2026
SENARAI BARANG SARA RM100 2026
Penerima bantuan SARA RM100 2026 boleh membeli barang keperluan asas mengikut senarai yang telah ditetapkan kerajaan. Senarai ini merangkumi 14 kategori utama termasuk makanan, minuman, barangan dapur, serta produk kebersihan diri yang mudah didapati di pasar raya dan kedai runcit berdaftar. Rujuk jadual lengkap di bawah bagi senarai barang SARA RM100 2026 berserta contoh jenama popular:
| KATEGORI BARANG SARA | CONTOH JENAMA |
|---|---|
| BERAS | Jasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation |
| ROTI | Massimo, Mighty White, Gardenia |
| TELUR | CP, QL Eggs, Nutri Plus |
| MINYAK MASAK | Seri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit |
| TEPUNG | Sauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
| BISKUT | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng |
| MI SEGERA | Indo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan |
| MINUMAN | BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico |
| MAKANAN DALAM TIN | Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup |
| BAHAN PERASA | Puteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s |
| PRODUK KEBERSIHAN DIRI | Colgate, Kotex, Dettol |
| UBAT-UBATAN | Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam |
| KEPERLUAN SEKOLAH | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih |
| BARANGAN KEBERSIHAN RUMAH | Breeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso |

DI MANA LOKASI KEDAI PANEL BARANG SARA?
Terdapat lebih 7300 kedai rakan niaga MyKasih tersedia untuk pembelian barang asas bantuan SARA RM100 2026. Penerima boleh berbelanja di mana-mana kedai atau pasar raya berdekatan. Senarai contoh lokasi kedai barang bantuan SARA RM100 boleh dilihat di bawah:
- Mydin
- Lotus’s
- Econsave
- Giant
- Billion
- The Store
- Aeon Big
- TF Value Mart
- 99 Speedmart
- KK Super Mart
- Pasaraya Fresh Grocer
- Super Seven
Nota Tambahan: Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Penerima Bantuan SARA RM100 2026 hanya perlu pilih barangan dalam senarai yang diluluskan, sahkan MyKad di kaunter dan buat bayaran. Simpan resit sebagai rujukan selepas transaksi selesai. Ikuti langkah lengkap di bawah ini:
- Pilih Barang Keperluan
- Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
- Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
- Juruwang akan semak status MyKad penerima.
- Tukar Nombor PIN
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Guna MyKad
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
- Simpan Resit untuk Semakan
- Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RM100 2026 SENARAI BARANG
Baki bantuan boleh digunakan pada bulan berikutnya.
Hanya di premis yang berdaftar di bawah sistem MyKasih.
Layari laman rasmi STR untuk semak status kelayakan SARA 2026.
Tidak perlu. Akaun akan diaktifkan secara automatik jika anda layak menerima bantuan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi SARA RM100 2026 Senarai Barang ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/