PROGRAM TAWAS : PEMBAYARAN MANFAAT TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR
Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang memberi manfaat kewangan kepada anak kelahiran Selangor yang berdaftar sebagai ahli sejak bayi. Mulai tahun 2026, ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2008 mula layak menuntut manfaat RM1,500 setelah mencapai usia 18 tahun.
Dalam artikel ini, kami kongsikan syarat kelayakan, kaedah pembayaran dan cara membuat tuntutan manfaat Program TAWAS 2026.
BACA JUGA: PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR 2026
APA ITU PROGRAM TAWAS?
Program TAWAS ialah Tabung Warisan Anak Selangor, sebuah skim bantuan khas untuk anak kelahiran Selangor atau yang ibu bapanya menetap di Selangor mengikut syarat. Pendaftaran biasanya dilakukan sebelum anak mencapai umur 3 tahun (bergantung kepada garis panduan tahun semasa).
Ahli yang layak akan menerima manfaat RM1,500 apabila mencecah umur 18 tahun, tertakluk kepada pengesahan maklumat oleh YAWAS.

SIAPA YANG LAYAK MENERIMA MANFAAT PROGRAM TAWAS?
- Individu yang pernah didaftarkan sebagai Ahli TAWAS
- Mencapai umur 18 tahun pada tahun 2026 (lahir tahun 2008)
- Rekod maklumat dalam sistem TAWAS adalah lengkap & sah
- Menyediakan dokumen pengesahan sebelum pembayaran dilakukan
DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK TUNTUTAN
Sebelum pembayaran dibuat, ahli perlu menyediakan:
- Salinan Kad Pengenalan (IC) penerima
- Salinan IC ibu / bapa / penjaga (jika diminta)
- Maklumat akaun bank / e-wallet penerima
- Borang pengesahan atau pengemaskinian info (jika diwajibkan YAWAS)
BAGAIMANA CARA MEMBUAT TUNTUTAN MANFAAT PROGRAM TAWAS RM1,500?
Berikut langkah asas tuntutan manfaat mengikut proses yang disediakan YAWAS:
- Layari portal rasmi YAWAS atau pautan semakan TAWAS: https://tawas.yawas.my/login.php
- Semak status ahli bagi pastikan rekod keahlian wujud
- Kemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat dan maklumat bank
- Pilih kaedah pembayaran yang ditawarkan
- Hantar permohonan tuntutan mengikut arahan portal
- Tunggu pengesahan dan pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan
BILA TARIKH BAYARAN MANFAAT TAWAS 2026?
Untuk panduan awal, bayaran dilakukan secara berfasa mengikut bulan kelahiran anak selepas:
- Penerima mencapai umur 18 tahun bermula 2026
- Proses semakan & pengesahan selesai
- Kaedah pembayaran (EFT / Dompet Digital) disahkan
- Butiran lanjut seperti dalam jadual berikut:
| FASA | BULAN KELAHIRAN ANAK | TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|
| FASA 1 | JANUARI, FEBRUARI, MAC | MULAI 15-31 MAC 2026 |
| FASA 2 | APRIL, MEI, JUN | MULAI 15-30 JUN 2026 |
| FASA 3 | JULAI, OGOS, SEPTEMBER | MULAI 15-30 SEPTEMBER 2026 |
| FASA 4 | OKTOBER, NOVEMBER, DISEMBER | MULAI 15-31 DISEMBER 2026 |

CARA PEMBAYARAN MANFAAT PROGRAM TAWAS
Mulai kemas kini terkini, terdapat 2 cara pembayaran rasmi:
Pemindahan Data Elektronik (EFT)
- Bayaran dipindahkan terus ke akaun bank penerima
- Akaun bank mestilah aktif & atas nama penerima sendiri
- Penerima perlu kemaskini nombor akaun yang sah
Dompet Digital (E-Wallet)
- Pembayaran terus ke aplikasi e-wallet terpilih (mengikut ketetapan YAWAS)
- Penerima perlu sahkan nombor telefon e-wallet
- Sesuai untuk penerima yang tiada akaun bank

PROSES SEMAKAN STATUS TUNTUTAN
Penerima boleh membuat semakan melalui portal rasmi. Berikut adalah langkah lengkap semakan tuntutan Program TAWAS:
- Layari https://tawas.yawas.my/login.php
- Masukkan nombor IC
- Semak rekod keahlian
- Pantau status “Sedang Diproses” atau “Selesai Dibayar”
- Semak notifikasi pada e-mel atau SMS jika ada tindakan tambahan diperlukan

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Program pendaftaran telah ditutup.
Biasanya dalam tempoh beberapa minggu selepas dokumen lengkap.
Tidak. Akaun mesti atas nama penerima sendiri.
Melalui portal YAWAS atau media sosial rasmi Kerajaan Negeri Selangor.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Program Tawas ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Selangor. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS): https://tawas.yawas.com.my/
- E-mel: [email protected]
- Talian: 603 5481 8800