PERMOHONAN PROGRAM MYBRAIN 2.0 2026 DIBUKA : SEMAK SYARAT KELAYAKAN & CARA MOHON
Permohonan Program MyBrain 2.0 2026 dibuka bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam negara. Program tajaan ini merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan, selaras dengan keperluan pembangunan negara dan pasaran kerja masa hadapan.
Maklumat lanjut telah disusun di bawah bagi memudahkan rujukan.
BACA JUGA: PENDIDIKAN PERCUMA PTPTN
APA ITU PROGRAM MYBRAIN 2.0?
Program MyBrain 2.0 ditawarkan kepada orang awam yang tidak bekerja atau tidak mempunyai pendapatan tetap, serta pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang layak untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara.
Pemilihan bidang pengajian merangkumi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta bidang Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas.
Program ini merupakan salah satu inisiatif KPT dalam membangunkan bakat penyelidikan berimpak tinggi bagi memenuhi keperluan masyarakat, industri dan negara. Selain membantu meningkatkan keupayaan penyelidikan nasional, penajaan ini juga bertujuan menyokong kemajuan kerjaya, peningkatan pendapatan dan taraf hidup graduan. Pada masa yang sama, MyBrain 2.0 berperanan memperkasakan IPTS melalui penyediaan pensyarah yang lebih kompeten dan berkelayakan tinggi.
BILA TARIKH PERMOHONAN PROGRAM MYBRAIN 2.0 DIBUKA?
Tarikh permohonan Program MyBrain 2.0 2026 telah diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi melalui portal seperti butiran berikut:
| TARIKH PERMOHONAN PROGRAM MYBRAIN 2.0 |
|---|
| 4 / 2 / 2026 (RABU,12.00 TENGAH HARI) – 4 / 3 / 2026 (RABU 11.59 MALAM) |

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM MYBRAIN 2.0
Pemohon Program MyBrain 2.0 mestilah memenuhi kriteria berikut:
Kriteria Umum
- Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap; atau
- Pensyarah IPTS terpilih seperti dinyatakan dalam Lampiran A;
- Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 35 tahun bagi Ijazah Sarjana atau 45 tahun bagi Ijazah Kedoktoran pada tahun permohonan;
- Tiada ikatan kontrak aktif dengan penaja lain atau mendapat pelepasan sekiranya ditawarkan penajaan;
- Telah menerima surat tawaran penuh atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di IPT terpilih dalam Lampiran B bermula Semester 1, Sesi 2025/2026;
- Baki tempoh pengajian minimum 12 bulan (Sarjana) atau 24 bulan (PhD) pada Semester 1, Sesi 2026/2027;
- Bidang pengajian adalah seperti disenaraikan dalam Lampiran C;
- Kertas cadangan penyelidikan telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia;
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak menghidap penyakit kronik seperti dalam Lampiran D;
- Pemohon serta ibu bapa tidak disenarai hitam atau dalam tindakan undang-undang oleh Kerajaan.
Syarat Khusus – Ijazah Sarjana
- Tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon;
- Mempunyai PNGK minimum 3.00 / Kelas Dua Atas / setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda;
- Bagi pengajian mod Campuran, PNGK semester terkini minimum 3.30;
- Penajaan dibuka bagi mod Penyelidikan dan Campuran (Kerja Kursus & Tesis).
Syarat Khusus – Ijazah Kedoktoran (PhD)
- Tidak memiliki Ijazah Kedoktoran atau setaraf;
- Memenuhi salah satu syarat akademik berikut:
- PNGK minimum 3.30 bagi mod kerja kursus atau campuran;
- Lulus pengajian Sarjana secara penyelidikan;
- Laluan Fast Track PhD dengan surat tawaran IPT;
- Penajaan hanya dibuka bagi mod Penyelidikan sahaja.
APA TAJAAN PROGRAM MYBRAIN 2.0 YANG DISEDIAKAN?
Program MyBrain 2.0 menyediakan pembiayaan kepada pemohon berjaya merangkumi:
Yuran Pengajian
- Ijazah Sarjana: Kadar maksimum RM2,300 setiap semester atau sehingga RM9,200 sepanjang tempoh pengajian
- Ijazah Kedoktoran (PhD): Kadar maksimum RM3,750 setiap semester atau sehingga RM22,500 sepanjang tempoh pengajian
- Bayaran yang tidak ditanggung seperti Lampiran E
Pembayaran yuran dibuat terus oleh KPT kepada pihak IPT tertakluk kepada kadar maksimum yang ditetapkan. Sekiranya yuran sebenar melebihi kadar tersebut, baki bayaran adalah tanggungjawab pelajar.
Elaun Sara Hidup (ESH)
- Elaun sara hidup bulanan diberikan sepanjang tempoh penajaan;
- Pembayaran ESH bagi semester seterusnya tertakluk kepada laporan kemajuan pengajian atau keputusan peperiksaan yang dikemukakan oleh pelajar.
TERMA & SYARAT PROGRAM MYBRAIN 2.0 2026
Pelajar tajaan perlu mematuhi semua terma yang ditetapkan, antaranya:
- Mematuhi perjanjian dan syarat tawaran penajaan;
- Tertakluk kepada peraturan pengajian IPT sepanjang tempoh pengajian;
- Pembayaran hanya dibuat selepas dokumen lengkap diterima dan disahkan;
- KPT berhak menamatkan penajaan sekiranya prestasi akademik tidak memuaskan atau laporan kemajuan gagal dikemukakan;
- Kerajaan berhak menuntut semula bayaran sekiranya berlaku lebihan pembayaran.
PERMOHONAN PROGRAM MYBRAIN 2.0
Proses permohonan adalah seperti berikut:
- Permohonan
Pemohon perlu menghantar borang permohonan secara atas talian melalui Sistem Permohonan Program MyBrain 2.0 sebelum tarikh tutup iklan. - Temu Duga & Ujian Psikometrik
Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil menghadiri sesi temu duga dan ujian psikometrik secara dalam talian. - Penawaran
Pemohon berjaya akan menerima surat tawaran rasmi penajaan Program MyBrain 2.0.

Sila rujuk manual pengguna untuk Permohonan Program MyBrain 2.0:
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Program ini khusus untuk individu tidak bekerja, tidak berpendapatan tetap dan pensyarah IPTS terpilih.
Ya, tertakluk kepada baki tempoh pengajian minimum.
Tidak. Penajaan hanya untuk IPT dalam negara.
Selepas proses saringan dan temu duga selesai.
Tidak. Ia dibayar terus kepada IPT.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan Program MyBrain 2.0 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MyBrain 2.0: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/index.php
- Talian: 03-8870 6369 / 6925 / 6348 / 4631
- E-mel: [email protected]