PERMOHONAN MYKASIH : SEMAK CARA MOHON BANTUAN
PENGENALAN
Menurut pengumuman rasmi semasa pembentangan Belanjawan 2025, Bantuan MyKasih akan diteruskan bagi tahun ini. MyKasih merupakan salah satu usaha murni kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan. Program ini memberi tumpuan kepada bantuan barangan keperluan asas yang dikreditkan terus secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima.
Masih tertanya-tanya macam mana nak mohon bantuan MyKasih yang masuk terus ke dalam MyKad tu? Ketahui cara mohon bantuan tersebut dengan info yang kami sediakan.
BACA JUGA: SEMAK SENARAI BARANGAN YANG DILULUSKAN
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MYKASIH
Sebelum membuat permohonan, para pemohon perlu menepati syarat kelayakan berikut agar tidak terlepas peluang untuk menikmati segala inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
- Warganegara Malaysia.
- Berdaftar dalam data eKasih atau penerima STR.
- Pendapatan isi rumah termasuk dalam kategori B40/miskin tegar.
- Tiada rekod pendapatan tetap (bagi individu bujang).
CARA MEMBUAT PERMOHOHAN MYKASIH
Terdapat dua platform rasmi yang boleh digunakan oleh rakyat untuk membuat permohonan MyKasih secara atas talian:
PORTAL RASMI MYKASIH
- Layari: https://www.mykasih.com.my
- Klik pada “Semak Status”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa sengkang).
- Masukkan kod captcha yang dipaparkan.
- Klik butang “Semak Status”.
- Status kelayakan akan dipaparkan.
PORTAL RASMI MYSTR
- Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad & log masuk.
- Klik pada menu “Semakan Status”.
- Status kelayakan dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI
Jumlah bantuan adalah berbeza dan akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima yang layak mengikut kategori berikut:
| PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN (STR SAHAJA) | PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR (EKASIH) |
| Isi Rumah: RM100 sebulan (April-Disember) Warga Emas Tiada Pasangan: RM50 sebulan (April-Disember) Bujang: Tidak layak menerima bantuan | Isi Rumah: RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) Warga Emas Tiada Pasangan: RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) Bujang: RM50 sebulan sepanjang tahun |
KESIMPULAN
Bantuan MyKasih adalah satu sinar untuk mereka yang memerlukan terutamanya dalam menghadapi tekanan ekonomi sekarang. Semoga artikel ini dapat membantu anda menyemak kelayakan dan mengikuti langkah yang betul untuk tidak terlepas bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan. Semak status dan buat permohonan dengan segera supaya keperluan asas harian lebih terjamin dan dapat menjimatkan perbelanjaan.
PENAFIAN
Artikel ini hanya menyediakan panduan umum berdasarkan maklumat semasa. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang perubahan dasar atau info tanpa notis awal. Pembaca dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi pihak yang berkaitan untuk maklumat lebih jelas dan sahih.
RUJUKAN
- Kenyataan Media Belanjawan 2025 – Kementerian Kewangan Malaysia
- Portal Rasmi MyKasih: https://www.mykasih.com.my
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my