PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR 2026 2025 : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON BANTUAN
Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) merupakan salah satu usaha prihatin oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu keluarga berpendapatan rendah menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Melalui Permohonan BINGKAS Selangor 2026, setiap isi rumah yang layak akan menerima bantuan kredit bulanan RM300 untuk membeli barangan keperluan asas di kedai panel terpilih di seluruh negeri. Bermula 1 November 2025, orang ramai boleh membuat permohonan baharu BINGKAS Selangor 2026 secara dalam talian.
Ikuti info lanjut di bawah tentang cara semak kelayakan dan langkah mudah untuk memohon bantuan ini.
BACA JUGA: BANTUAN ANAK SELANGOR 2025
APA KELEBIHAN BINGKAS SELANGOR?
BINGKAS diwujudkan bagi memastikan keluarga di Selangor tidak terbeban dengan keperluan harian. Antara faedah utama bantuan ini ialah:
- Kredit RM300 sebulan untuk pembelian barangan asas keluarga.
 - Boleh digunakan di lebih 1,000 kedai panel terpilih seluruh negeri.
 - Transaksi mudah tanpa tunai menggunakan aplikasi SELANGKAH.
 - Membantu isi rumah mendapatkan bekalan asas seperti makanan, susu bayi dan barangan dapur penting.
 
*Bantuan ini turut membantu meningkatkan kesejahteraan keluarga dengan pengurusan kewangan yang lebih stabil.
SYARAT KELAYAKAN BINGKAS SELANGOR 2026
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak:
- Warganegara Malaysia dan lahir di Selangor, atau menetap di negeri ini melebihi 10 tahun.
 - Ketua keluarga berumur 18 tahun ke atas.
 - Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
 - Mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak.
 - Tidak menerima bantuan lain yang sejenis daripada kerajaan negeri atau persekutuan.
 
Perhatian: Sediakan dokumen lengkap sebelum memohon bagi mengelakkan kelewatan semakan.
SENARAI BARANGAN ASAS & RAKAN NIAGA BINGKAS
- Jenis Barangan Asas Dibenarkan
 
Kredit Bantuan BINGKAS Selangor boleh digunakan untuk membeli:
- Makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, susu, roti dan telur.
 - Produk segar seperti ikan, ayam, daging, sayur dan buah-buahan.
 - Keperluan bayi seperti lampin pakai buang dan susu formula.
 - Barangan isi rumah asas seperti sabun dan pencuci pakaian.
 

- Senarai Rakan Niaga
 
Kredit boleh digunakan di lebih 1,000 kedai panel / rakan niaga BINGKAS seluruh Selangor. Antaranya ialah:
- Econsave
 - 99 Speedmart
 - Mydin
 - Segi Fresh
 - Hero Market
 - Pasar mini tempatan berdaftar
 
Nota Tambahan: Senarai penuh panel kedai boleh disemak di https://bingkasselangor.com/panel-kedai atau dalam aplikasi SELANGKAH di menu “Rakan Niaga BINGKAS”.

PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR 2026
Permohonan telah dibuka bermula 1 November 2025. Individu yang layak boleh membuat permohonan baru secara online melalui portal rasmi https://bingkasselangor.com. Berikut adalah langkah lengkap permohohan BINGKAS Selangor 2026:
- Layari portal rasmi BINGKAS Selangor : https://bingkasselangor.com
 - Klik “Daftar Permohonan Baharu”.
 - Isi maklumat diri, keluarga dan pendapatan dengan tepat.
 - Muat naik dokumen sokongan:
- Kad pengenalan pemohon & pasangan
 - Sijil lahir anak
 - Bil utiliti sebagai bukti alamat Selangor
 
 - Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan.
 - Semak status permohonan BINGKAS Selangor 2026 selepas 14 hari bekerja dari tarikh penghantaran.
 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR 2026
Status permohonan BINGKAS Selangor 2026 boleh disemak secara dalam talian dengan langkah mudah seperti perincian berikut:
- Layari https://bingkasselangor.com.
 - Klik “Semakan Permohonan”.
 - Masukkan nombor kad pengenalan.
 - Paparan akan menunjukkan sama ada permohonan LULUS, DALAM PROSES, atau TIDAK LAYAK.
 
Makluman: Jika keputusan tidak diperoleh selepas tempoh 14 hari, hubungi pusat bantuan BINGKAS untuk semakan lanjut.
BAGAIMANA CARA AKAUN APLIKASI SELANGKAH DIAKTIFKAN?
Bagi penerima yang diluluskan, akaun bantuan SELANGKAH perlu diaktifkan sebelum boleh digunakan untuk membuat pembelian barangan asas. Berikut adalah langkah penuh pengaktifan akaun SELANGKAH:
- Muat turun aplikasi SELANGKAH di Google Play atau App Store.
 - Daftar akaun menggunakan nombor telefon dan kad pengenalan.
 - Pilih menu “Dompet BINGKAS”.
 - Aktifkan akaun dan semak baki kredit RM300.
 - Gunakan aplikasi untuk membuat bayaran tanpa tunai di kedai panel berdaftar.
 

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Semua permohonan dilakukan secara online di laman rasmi.
Tidak. Bantuan BINGKAS hanya disalurkan melalui e-dompet yang boleh digunakan di kedai terpilih.
Pemohon boleh menyemak status kelulusan melalui portal rasmi atau notifikasi yang diterima melalui SMS/e-mel.
Boleh, selagi memenuhi syarat pendapatan isi rumah dan menetap di Selangor.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan BINGKAS Selangor 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi BINGKAS: https://bingkasselangor.com/
 - Talian Bantuan BINGKAS: 1800-22-6600
 - E-mel: [email protected]