PERMOHONAN BANTUAN MAIK KELANTAN : SENARAI PENUH BANTUAN & CARA MOHON ONLINE
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyediakan pelbagai bentuk bantuan kebajikan bagi membantu golongan asnaf dan individu layak di negeri Kelantan. Seiring dengan perkembangan digital, permohonan bantuan MAIK kini boleh dibuat secara online melalui sistem e-Agihan bagi memudahkan proses permohonan, semakan dan pemantauan bantuan.
Artikel ini menghimpunkan senarai utama bantuan MAIK serta cara permohonan bantuan MAIK Kelantan secara dalam talian, khas untuk rujukan pemohon baharu dan sedia ada.
BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE
APAKAH BANTUAN MAIK?
Bantuan MAIK Kelantan merupakan inisiatif zakat dan kebajikan yang disalurkan kepada golongan asnaf serta individu layak mengikut ketetapan hukum syarak. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan dan menyokong kelangsungan hidup penerima.
SENARAI BANTUAN MAIK YANG BOLEH DIMOHON
Terdapat 20 jenis Bantuan MAIK Kelantan. Antara bantuan utama MAIK yang disediakan termasuk:
Umum & Kebajikan
- Bantuan Am
- Bantuan Tetap Bulanan
- Bantuan Hari Raya
- Bantuan Kepada Gharimin (Hutang)
- Bantuan Sewa Rumah
- Bantuan Pembangunan Asnaf
- Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman
- Bantuan Rumah Kediaman
Kesihatan
- Bantuan Rawatan Perubatan
- Bantuan Rawatan & Perubatan (Projek Khas)
Pendidikan & Persekolahan
- Bantuan Persekolahan
- Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke IPT – Fisabilillah
- Bantuan Pelajar Pondok & Tahfiz
Biasiswa & Dermasiswa MAIK
- Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK
- Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK
- Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK
- Program Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) MAIK
- Program Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK
- Biasiswa Tengku Anis (BTA) MAIK
Nota: Senarai bantuan tertakluk kepada ketetapan semasa MAIK dan keperluan pemohon.
PERMOHONAN BANTUAN MAIK KELANTAN
Permohonan bantuan MAIK boleh dibuat melalui Sistem e-Agihan MAIK secara atas talian. Langkah lengkap permohonan Bantuan MAIK Kelantan adalah seperti berikut:
- Layari Portal e-Agihan
- Akses laman rasmi di https://eagihan.e-maik.my/.
- Daftar atau Log Masuk Akaun
- Pengguna baharu perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Jika sudah mempunyai akaun, teruskan dengan log masuk.
- Pilih Jenis Bantuan
- Setelah berjaya log masuk, pilih kategori bantuan yang berkaitan seperti “Bantuan Am”.
- Lengkapkan Borang Permohonan
- Isi borang permohonan secara dalam talian dengan maklumat yang lengkap, tepat dan terkini. Pastikan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan diisi dengan jujur.
- Muat Turun Borang Pengesahan
- Muat turun borang pengesahan maklumat pemohon seperti yang dinyatakan di laman rasmi MAIK.
- Dapatkan Pengesahan
- Bawa borang pengesahan untuk disahkan oleh pihak berkenaan seperti Imam Masjid Bandar/Jajahan/Mukim atau Penggawa di kawasan anda.
- Muat Naik Dokumen Sokongan
- Muat naik salinan dokumen sokongan yang diperlukan ke dalam sistem.
- Semak dan Hantar Permohonan
- Semak semula semua maklumat dan dokumen sebelum menekan butang “Hantar” bagi memastikan tiada kesilapan atau kekurangan.
- Simpan Rekod Permohonan
- Simpan nombor rujukan permohonan (jika ada) untuk tujuan semakan status di kemudian hari.
Perhatian:
- Permohonan Bantuan MAIK Kelantan yang tidak lengkap atau mengandungi maklumat palsu akan ditolak. Penyaluran bantuan lazimnya dibuat kepada ketua isi rumah.
- Bagi pemohon yang menghadapi kekangan akses internet, permohonan juga boleh dibuat dengan hadir ke Pejabat MAIK / Pejabat Agihan Zakat berhampiran untuk mendapatkan panduan lanjut.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN MAIK KELANTAN
Dokumen yang lazim diperlukan termasuk:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon & tanggungan
- Bukti pendapatan atau pengesahan tiada pendapatan
- Bil utiliti (bukti alamat)
- Dokumen berkaitan jenis bantuan dipohon
TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN BANTUAN MAIK KELANTAN
Permohonan Bantuan MAIK Kelantan akan melalui proses semakan dokumen, siasatan dan kelulusan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Tempoh kelulusan bergantung kepada jenis bantuan yang di mohon dan kelengkapan dokumen yang dihantar.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Individu beragama Islam yang tergolong dalam kategori asnaf dan memenuhi syarat kelayakan.
Boleh, tertakluk kepada keperluan dan kelulusan pihak MAIK.
Kebiasaannya ya, bergantung kepada jenis bantuan.
Tidak semua. Ada bantuan bersifat bulanan dan ada yang one-off.
Permohonan boleh ditangguhkan atau ditolak sehingga dokumen lengkap.
Ya, jika perlu, terutama bagi bantuan berskala besar.
Ya, melalui sistem e-Agihan MAIK
Keutamaan diberikan kepada penduduk Kelantan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan Bantuan MAIK Kelantan ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman web rasmi MAIK: https://www.e-maik.my
- Sistem eAgihan MAIK: https://eagihan.e-maik.my
- Talian: +609-7481512