PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON ONLINE

PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON ONLINE

Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) merupakan inisiatif kebajikan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu keluarga berpendapatan rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup. Melalui Bantuan BINGKAS Selangor, setiap isi rumah yang layak akan menerima kredit bulanan RM300 yang boleh digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas di kedai panel terpilih seluruh negeri. Bermula 1 November 2025, permohonan baharu dibuka kepada rakyat Selangor yang layak untuk menikmati bantuan digital ini.

Teruskan membaca bagi mengetahui cara semakan kelayakan dan langkah permohonan Bantuan BINGKAS Selangor secara online.

BACA JUGA: BANTUAN ANAK SELANGOR 2025

KELEBIHAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR

Program ini diwujudkan bagi memastikan keluarga berpendapatan rendah di Selangor tidak terbeban dengan perbelanjaan asas harian. Antara kelebihan utama yang dinikmati oleh penerima ialah:

  • Kredit RM300 setiap bulan untuk barangan asas keperluan keluarga.
  • Boleh digunakan di lebih 1,000 kedai panel rakan niaga di seluruh negeri.
  • Pembelian lebih mudah & selamat melalui aplikasi SELANGKAH tanpa perlu tunai.
  • Membantu keluarga mendapatkan keperluan asas.

APA SYARAT KELAYAKAN BINGKAS?

Untuk memastikan Bantuan BINGKAS Selangor sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun.
  2. Ketua keluarga berumur 18 tahun ke atas.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang anak.
  5. Tidak menerima bantuan lain daripada Kerajaan Negeri atau agensi persekutuan yang sama tujuan.

Nota Tambahan: Pastikan semua dokumen dan maklumat pendapatan dikemaskini sebelum membuat permohonan bagi mengelakkan permohonan ditolak.

PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR

Permohonan Bantuan BINGKAS Selangor telah dibuka mulai 1 November 2025. Bagi permohonan baru, ia boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui portal rasmi. Berikut adalah langkah lengkap permohonan Bantuan BINGKAS Selangor:

  1. Layari portal rasmi BINGKAS Selangor: https://bingkasselangor.com
  2. Klik “Daftar Permohonan Baharu”.
  3. Isi maklumat peribadi, keluarga dan pendapatan dengan lengkap.
  4. Muat naik dokumen sokongan seperti:
    • Kad pengenalan pemohon & pasangan
    • Sijil lahir anak
    • Bil utiliti sebagai bukti alamat di Selangor
  5. Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan.
  6. Semak status selepas 14 hari bekerja dari tarikh hantar.
PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR?

Pemohon boleh menyemak status kelulusan permohonan Bantuan BINGKAS Selangor melalui laman rasmi atau aplikasi SELANGKAH dengan mudah:

  1. Layari https://bingkasselangor.com.
  2. Klik menu “Semakan Permohonan”.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan.
  4. Status akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES, atau TIDAK LAYAK.

Perhatian: Jika status masih ‘Dalam Proses’ melebihi 3 minggu, disarankan hubungi talian bantuan BINGKAS.

PENGAKTIFAN AKAUN MELALUI APLIKASI SELANGKAH

Penerima yang berjaya dalam permohonan perlu mengaktifkan akaun sebelum menggunakan kredit Bantuan BINGKAS Selangor. Ikuti langkah mudah seperti di bawah:

  1. Muat turun aplikasi SELANGKAH di Google Play atau App Store.
  2. Daftar akaun menggunakan nombor telefon & kad pengenalan.
  3. Pilih menu “Dompet BINGKAS”.
  4. Aktifkan akaun dan semak baki kredit RM300.
  5. Gunakan aplikasi untuk pembayaran tanpa tunai di kedai panel berdaftar.
PENGAKTIFAN AKAUN MELALUI APLIKASI SELANGKAH

SENARAI BARANGAN & PANEL KEDAI BINGKAS

  1. Jenis Barangan Dibenarkan

Kredit boleh digunakan untuk membeli:

  • Makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak, susu, roti & telur.
  • Produk segar seperti ikan, ayam, daging, buah & sayur.
  • Keperluan bayi (lampin, susu formula, tisu basah).
  • Barangan isi rumah asas seperti sabun & pencuci pakaian.
SENARAI BARANGAN & PANEL KEDAI BINGKAS
  1. Senarai Kedai Panel

Boleh digunakan di lebih 1,000 kedai seluruh Selangor, antaranya:

  • Econsave
  • Mydin
  • 99 Speedmart
  • Segi Fresh
  • Hero Market
  • Pasar mini tempatan berdaftar
SENARAI BARANGAN & PANEL KEDAI BINGKAS

Makluman: Senarai penuh boleh disemak di https://bingkasselangor.com/panel-kedai atau dalam aplikasi SELANGKAH di menu “Rakan Niaga BINGKAS”.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bagaimana cara guna kredit RM300?

Melalui aplikasi SELANGKAH di kedai panel berdaftar.

Boleh bawa baki ke bulan berikutnya?

Tidak, kredit perlu digunakan dalam bulan sama.

Jika permohonan tidak lulus, boleh buat rayuan?

Ya, boleh hantar semula dokumen tambahan untuk semakan semula.

Jika berpindah keluar Selangor, bantuan masih diteruskan?

Tidak, program ini khas untuk penduduk Selangor sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan Bantuan BINGKAS Selangor ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi BINGKAS: https://bingkasselangor.com/
  • Talian Bantuan BINGKAS: 1800-22-6600
  • E-mel: [email protected]

Leave a Comment