PERMOHONAN BANTUAN BANJIR JKM RM1000 : SEMAK PANDUAN LENGKAP CARA MOHON

PERMOHONAN BANTUAN BANJIR JKM RM1000 : SEMAK PANDUAN LENGKAP CARA MOHON

Setiap kali musim tengkujuh tiba, risiko banjir menjadi kebimbangan utama bagi ramai keluarga di Malaysia. Bagi memastikan mangsa dapat bantuan segera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan Bantuan Banjir sebagai sokongan awal untuk meringankan beban mangsa yang terjejas. Dengan adanya bantuan tunai ini, mangsa dapat membeli keperluan mendesak seperti makanan, pakaian, lampin, ubat dan kos perpindahan.

Panduan lengkap ini disediakan supaya pemohon dapat memahami syarat kelayakan, jumlah bantuan yang disediakan dan cara permohonan Bantuan Banjir JKM dengan betul.

BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BANJIR JKM?

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Pemohon yang ingin membuat permohonan Bantuan Banjir JKM perlu memenuhi kriteria berikut:

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) semasa bencana berlaku.
  3. Menetap atau menumpang di rumah persendirian ketika banjir berlaku.
  4. Berpindah ke PPS di bawah seliaan JKM.
  5. Hanya satu (1) rumah layak menerima bantuan tanpa mengira jumlah ahli.

Syarat ini bagi memastikan bantuan diagihkan kepada keluarga yang benar-benar terkesan semasa banjir.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BANJIR JKM

BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN?

Bantuan Banjir JKM akan diagihkan kepada permohonan yang layak mengikut jumlah berikut:

RM1,000RM10,000
Kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir.Diberikan jika berlaku kematian disebabkan bencana banjir.

*Jumlah ini disalurkan bagi membantu mangsa membeli barang keperluan asas serta menampung kos pemulihan awal selepas banjir.

BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN

PERMOHONAN BANTUAN BANJIR JKM

Terdapat 3 cara mudah bagi permohonan Bantuan Banjir JKM. Mangsa banjir boleh memohon melalui tiga cara berikut:

Daftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

  • Hadir ke PPS terdekat ketika banjir.
  • Daftarkan KIR & bilangan ahli keluarga dengan petugas JKM.

Melalui Aplikasi MyIBJKM

  • Mudah untuk mangsa yang mahu memohon secara digital.
  • Cara daftar MyIBJKM:
  1. Muat turun aplikasi MyIBJKM.
  2. Buka aplikasi selepas selesai pemasangan.
  3. Jika sudah ada akaun, log masuk dengan IC & kata laluan.
  4. Jika belum ada akaun, tekan Pendaftaran.
  5. Masukkan:
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Kata laluan
    • Sahkan kata laluan
    • Tandakan Perakuan
    • Tekan Seterusnya.
    • Isi alamat e-mel & nombor telefon aktif – Seterusnya.
    • Isi alamat surat menyurat semasa – Seterusnya.
    • Pendaftaran siap – log masuk semula.
    • Masukkan IC & kata laluan – Log Masuk.
    • Pilih PPS terdekat.
    • Berpindah ke PPS dan sahkan kehadiran dengan petugas JKM.
  6. Pejabat Daerah akan membuat pengesahan.
  7. Pejabat SUK Negeri akan memproses perakuan.
  8. Bantuan akan disalurkan kepada KIR yang layak.
  9. Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN BANJIR JKM

Permohonan di Pejabat Daerah

  • Datang ke Pejabat Daerah berdekatan.
  • Isi borang permohonan banjir.
  • Serahkan bukti kerosakan / pengesahan PPS.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah perlu hadir ke PPS untuk layak bantuan?

Ya, bantuan hanya diberikan kepada KIR yang berpindah ke PPS di bawah JKM.

Jika rumah tidak rosak tetapi terpaksa pindah, masih layak?

Layak jika pemindahan dibuat secara rasmi ke PPS.

Berapa lama proses kelulusan?

Biasanya dalam tempoh beberapa hari selepas pengesahan PPS & Pejabat Daerah.

Bolehkah memohon jika tidak memiliki rumah sendiri?

Layak jika menumpang rumah persendirian ketika banjir berlaku.

Jika banjir kali kedua berlaku dalam tahun sama, masih boleh mohon?

Ya, bantuan diberikan setiap kali bencana berlaku.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan Bantuan Banjir JKM ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Talian Kasih JKM : 15999 (24 jam)
  • Talian WhatsApp JKM : 019-26159999
  • Talian JKM : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045

Leave a Comment